myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

TINTA HATI ..

Oleh Zana.
2009-06-10 16:17:01
IP : 211.24.222.99

 

Kasih bukan sekalung intan
Hati bukan sekeras batu
Akal bukan sebeku logam
Diri bukan setabah mujahidah Mu
Dan aku..
Selemah yang adanya

Tuhan..
Bila bahagia bertamu
Seakan aku mahu hidup lebih lama
Tapi tuhan..
Aku tahu ini ujian Mu
Ini bukan pintaku

Tabahkanlah aku
Mentafsir bahagia
Mentafsir cinta
Mentafsir ukhuwah
Agar teradun pelangi ibadah
Hanya untuk Mu
Kasihanilah aku
Kemelut jiwaku......

Ilham rasa
-Zana-

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Komen..

Zana.
10-Jun-2009, 4:51:07 pm
IP:211.24.222.99

Sahabat....

cinta adalah ketika kta sanggup untuk bekorban kepada ALLAH, MUHAMMAD SAW dan AHLUL BAITNYA....

Cinta itu juga satu Anugerah........

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
yleadh
10-Jun-2009, 4:44:32 pm
IP:203.82.91.102

Apa, kau fikir Aku tidak merindui Muhammad ?
Yang Aku rindui sejak azali , lalu Muhammad kemudiannya merinduimu
Tidakkah semuanya diciptakan dengan Nafas ArRahman?
Demi CintaKu , mereka yang Aku cintai pastinya akan bertemu di Singgahsana ArRahman!

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Zana.
10-Jun-2009, 4:37:14 pm
IP:211.24.222.99

Sahabat...

Hanya Allah yg mengerti segala yg tersimpan..
aku pasrah pada-nya...

Sesekali keterasingan menerjah
Dalam kesendirian ini
Ku lihat diriku
Beterbangan tanpa arah
Bagai bebunga lalang
Yang tunduk akur pada elusan bayu
Lantas aku bertanya
Itukah aku
Yang tewas dalam menghadapi dugaan-Mu

Sesungguhnya
Kesendirian begini
Mengajar aku menjadi
Pemikir yang peka

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
yleadh
10-Jun-2009, 4:30:50 pm
IP:203.82.91.102

-sekiranya engkau hendak digelar sebagai As-Siddiq (yang benar), maka berimanlah kepada semua Rasul dan Nabi dan semua kitab-kitabNya

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
22 Mac 2010, 6 Rabiul Akhir 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:52 Asar : 16:28
Subuh : 06:02 Magrib : 19:25
Syuruk : 07:17 Isyak : 20:34
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

 
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

yleadhZana.Siti FatmahadwiyyahashfatMohd FadzilFARRAHAsterixmanWan Kasmah DaudnoraininorWan NoorKay AKay Aeast ma R Z daCt ShafinahkakraihanMohdnurDiaMohd. HazaomalieynaHambaAllahzack306BibLadyDianaMohd YusriOjayyEddyzelan07

Komuniti Telatah Orang Kampung

39 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com