Forum myMasjid | Mula Topik Baru |Indeks
MAAFKAN AYAH....MIRA ..
Oleh Zana., 2009-06-02 12:59:34, IP : 211.24.222.99
CERPEN PILIHAN SINGAPURA
Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur tentu isteri dan anaknya Mira sudah tidur nyenyak.
Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di depan pintu bilik Mira. Rupa rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Ditangan kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di dalam diarinya dan disisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.
Mansur terus mengangkat Mira ketempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku. Sebelum Mansur menutup diari Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.
Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut kerana apa yang tertulis didalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur. Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira ditiga lembaran terakhir diari itu.
Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini ayah tidak jadi menemaniku ke Pesta Buku, mungkin ayah terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan kesibukanmu ayah."
Tiba tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada mengajaknya ke Pesta Buku tersebut. Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah penggal yang pertama.
"Ayah, minggu depan ada apa apa program tak?" Mira bertanya sewaktu Mansur baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.
Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada anaknya itu,âAda apa sayang?"
"Kalau Ayah tak ada apa apa, boleh tak Ayah temankan Mira ke Pesta Buku minggu depan?" tanya Mira lagi.
"Insyaallah Mira, kalau tak ada apa apa hal Ayah akan ambil cuti tahunan ayah untuk temankan Mira,ok. â Mansur memberikan jawapan seolah olah sekadar untuk melegakan hati anaknya itu.
"Terima kasih, ayah," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil mencium pipi Mansur.
Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja dengannya.
Di lembaran kedua Mira menulis lagi : "Hari ini sekali lagi ayah tidak jadi menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku yang sudah habis. Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ibu, tapi kan bagus kalau Ayah dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi ayah sibuk".
Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke kedai komputer itu bersama sama ibunya.
Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti dia akan bertanya seperti ini, "Ayah petang nanti sibuk tak atau Ayah ada apa apa program tak petang nanti?"
Kata kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak dapat memberikan jawapan âTIDAKâ, walaupun kadang kadang dia memang benar benar sibuk.
Di lembaran terakhir Mira menulis : "Hari ini dan untuk kesekian kalinya Ayah telah mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di tempat ku .
Pagi tadi aku mengajak Ayah ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Ayah dan Ibu ke pasar malam dan aku akan membeli anak patung itu.
Tapi kerana Ayah masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada orang lain.
Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan tunggu Pak Man depan rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar malam semalam. Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji, selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.
Pak Man selalu cakap,âmaafkan Pak Man, Mira, hari ini Pak Man terlambat,â padahal sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.
âPak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat cepat sebelum Mira pergi ke sekolah. Cuba kalau betul betul Pak Man lambat tentu Mira akan kecewa. Pak Man tak mau kecewakan harapan orang kerana memang susah untuk menyembuhkan hati orang yang kecewa kecuali kita minta maaf dengan tulus ikhlas pada orang yang telah kita kecewakan itu.â
Tiba tiba aku teringatkan Ayah aku. Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum pernah sekali pun Ayah minta maaf padaku, bila Ayah tidak dapat melayan kehendakku kerana mungkin Ayah menganggap yang anaknya ini masih kecil, tentu tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.
Aaaâ¦ah. Aku tak nak bersangka buruk pada Ayah walaupun sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap Ayah tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu didalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan ayah.
Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis bila membaca tulisan Mira yang terakhir itu.
Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya. Dia merenung wajah Mira sambil mengusap usap rambutnya.
Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira,âMira anakku sayang, maafkan ayah nak, Mira memang mempunyai hati emas. Ayah memang tidak pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Ayah penuhi padamu, nak. Dan Ayah selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab setiap pagi Ayah tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.â
âTapi Ayah silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.â
âEntah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak, seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Ayah.â
âAyah akan menunggumu sampai esok pagi untuk meminta maaf padamu, Mira.......â
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
|
 |
Yakin atau tidak, bukan sekolah, insitituisi atau uni yg membentuk dan memperkembangkan keunggulan dan nilai hidup seseorang anak itu. Bahkan bukan sekadar akademik atau kekuatan intelektual (sekali pun dlm bidang AGAMA) yg membentuk kekuatan iman seseorang. Saya yakin INSITUISI RUMAH lah yg membentuk dan mencerna segala nilai murni (atau sebaliknya) dlm diri anak2 itu.
"Udep Sare Mati Syahid" 02-Jun-2009, 3:03:32 pm, IP:203.82.91.103
|
 |
ye lah sahabat....
baiti jannati.. 
Pssstttt... sahabat... tapi kan....
pengaruh sekeliling juga turut mewarnai...
kan.. kan... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 02-Jun-2009, 4:45:55 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
umah abg y mmg dah mcm syurga taw 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 02-Jun-2009, 5:43:10 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
iya...........
alhamdulillah...
Puteri bahagia tengok Jimmy bahagia... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 03-Jun-2009, 7:53:27 am, IP:211.24.222.99
|
 |
hermmm siduyung lagi...
yus.. syurga.. dicelah kelapa sawit..
"Udep Sare Mati Syahid" 03-Jun-2009, 11:42:11 am, IP:203.82.79.102
|
 |
hermmm siduyung lagi...
yus.. syurga.. dicelah kelapa sawit..
"Udep Sare Mati Syahid" 03-Jun-2009, 11:59:09 am, IP:203.82.79.102
|
 |
kelapa sawit ke kepala sawit
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita 03-Jun-2009, 3:30:31 pm, IP:219.94.125.34
|
 |
hermmm ngko pernah rasa pengalaman macam ayah mira..?
"Udep Sare Mati Syahid" 03-Jun-2009, 3:36:31 pm, IP:203.82.79.103
|
 |
lum lagi kot
dari dulu sampai sekarang
dok layan pokok getah jer
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita 03-Jun-2009, 3:40:41 pm, IP:219.94.125.34
|
 |
hermm kisah ni memang bagus..
walau dah banyak kali baca, banyak kali dengar tapi masih menyentuh...
"Udep Sare Mati Syahid" 03-Jun-2009, 3:47:30 pm, IP:203.82.79.103
|
 |
dah banyak kali baca, banyak kali dengar tapi masih menyentuh...
sahabat...
maksudnya???????????
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 03-Jun-2009, 5:10:24 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
menyentuh = touching
menyentuh sampai ke dasar laut tu 
pengalaman sbg sorg bapak takde
tapi pengalaman sebagai anak bapak, ader 
masa umur 6 tahun,
dgn moto kapcai abah yg buruk dan selalu rosak
abah tetap dtg bg sokongan
wpun anggerik cuma masuk acara lari dlm guni
dah la tu, siap menangis + meraung tgh padang
maunye idak, anggerik jatuh dan bergolek2 dlm guni tgh padang
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 03-Jun-2009, 6:02:40 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
walaupun dah banyak kali baca,
tapi masih terasa hingga ke lubuk hati.
ada kesan le y...
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 03-Jun-2009, 11:34:44 pm, IP:124.82.12.41
|
 |
Ashfat....
ada kesan... 
Emm... Sedih ye bila di selami perasaan budak kecil tu..
Anggerik...
Hati Seorang ayah.... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 04-Jun-2009, 1:24:46 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
masa anggerik graduation, abah kuarkan duit simpanan
abah naik teksi dari johor ke KL,dgn mak dan adik2
sampai upm kul 5pagi, abah org pertama sampai kat dewan
pak guard pun tak sampai lagi 
hari tu anggerik nampak abah hensem sgt
abah cukur rapi misai, potong rambut kemas pastu sapu minyak
adik kata, dekat 2 jam abah gosok kemeja batik dia
pastu abah pakai minyak wangi hahaha 
setiap kali balik kg, anggerik senyum pjg
bila tgk abah gantung gambar anggerik kat dinding
abah kata, ni la permata hati abah 
(mak jeles giler hahaha)
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 04-Jun-2009, 1:59:48 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
Anggerik..
sedih gak terimgat abah yg sanggup susah payahkan dirinya demi kebahagiaan anak2 nya... 
Hu.. Hu...
Anggerik tinta gini..
sedih zana dgn imbasan segala kenangan yg pernah tercipta
dan kenangan itu juga yg kini semakin berlalu dan berlalu jauhhh.... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 04-Jun-2009, 4:44:57 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
Anggerik....
Zana tak lah dapat special layanan sampai begitu... 
Ye lah kecil2 tinggal dgn tok, nek dan nek nyang (moyang)...
Bila besar sket tinggal lak di asrama..
tapi Jerit perit abah buat semua kerja demi mendapatkan wang dalam membesarkan kami zana perhatikan walau tak penah zana luahkan pada dia...
ada masa di tengah malam zana nangis sorang2..
terharu sangat dengan pengorbanan dia...
Syyy.... biarlah dari kejauhan zana tadahkan doa moga jalanan hidupnya sentiasa di berkati sehingga ke akhir perjalanan hidupnya....
Amin... Amin... Amin...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 05-Jun-2009, 7:44:45 am, IP:211.24.222.99
|
 |
ciannnnnnn Zana,
walaubagaimana pun tu cerita zaman kecik-kecik dulu.
boleh jadi ingatan dan kenangan yang abadi.
beginilah yg membolehkan anak-anak berazam untuk
mengeluarkan ibubapa mereka kpd situasi yang lebih selesa.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 05-Jun-2009, 12:32:01 pm, IP:124.82.5.89
|
 |
Ye lah...
Mudah-mudahan... Insyalah....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 05-Jun-2009, 12:52:49 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
Zana,
ash pun dibesarkan oleh atuk ngan nenek,
mereka meninggal sewaktu ash masih kecil lagi.
ayah & emak memikul tanggungjawab mereka selepas itu,
tapi dek kerana berpindah randah, ash memohon untuk tinggal di asrama.
Yang sedihnya ayah tak sempat nak menikmati hasil dari anaknya yang ini. ayah meninggal ketika umurnya baru 63 tahun.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 05-Jun-2009, 4:27:26 pm, IP:124.82.15.19
|
 |
ya ke....
Cian Ashfat..
tapi Allah lebih sayangkan dia kan...
Al-Fatihah moga dia tenang di alam sana yg abadi...
Amin... Amin... Amin...
Dia meninggal sakit apa???
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 07-Jun-2009, 12:28:56 am, IP:203.106.151.106
|
 |
hermmm bapak aku?
2 minggu lepas dapat slip SPM, dia pergi ke rahmat ALLAH SWT.
pi register kolej sendiri... nasib baik masa konvo, ada bonda dan kekanda kekanda...
"Udep Sare Mati Syahid" 08-Jun-2009, 12:06:07 pm, IP:203.82.79.104
|
 |
abah ku ?
daftar tadika pun dia hantar 
masuk asmara sekolah menengah pun dia temankan
daftar universiti pun dia yg paling gelabah 
anak dara dia dating pun dia nak temankan 
dolu2 masa belajar naik beskal, pun abah dok belakang
confident je bwk beskal padahal abah tolong kayuhkan 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 08-Jun-2009, 1:55:28 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
Sahabat...
Iya... Takziah...
Moga rohnya dicucuri rahmat di alam sana yg abadi...
Amin... Amin... Amin...
Anggerik...
Itulah hati seorang Ayah... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 09-Jun-2009, 7:49:17 am, IP:211.24.222.99
|
 |
anggerik kan anak abah
muka pun sebijik mcm abah
abah versi pompuan 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 09-Jun-2009, 10:14:03 am, IP:202.190.124.12
|
 |
......... 
kata org tua2 sejuk....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 09-Jun-2009, 1:51:34 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
mak pun ckp,anggerik sejuk ngan abah 
ape anggerik mintak senang je abah bg 
kalau adik beradik lain, abah bkira sket 
sbb anggerik yg paling comey kat ati abah kots 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 09-Jun-2009, 6:03:13 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
Insyaallah mudah-mudahan Anggerik..... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 09-Jun-2009, 11:02:07 pm, IP:203.106.151.102
|
 |
Firman Allah dalam Surah Al-Israq Ayat 24.
Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayang mu, dan doakanlah untuk mereka dengan berkata, Wahai Tuhan ku, cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 10-Jun-2009, 11:02:26 am, IP:118.101.54.234
|
Sila login untuk menghantar komen.
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
0 |
Asar |
: |
|
| Subuh |
: |
0 |
Magrib |
: |
|
| Syuruk |
: |
0 |
Isyak |
: |
|
| Zohor |
: |
|
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
|
|
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh Abdul Rahim,02-Sep-2010, 10:41:16 am
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:32:23 pm
-
Diskusi Audio Kuliah : Surah Al-Waqiah 001 hingga 014
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:28:02 pm
-
Menghafaz Al Quran kaedah Jibril
oleh sako,30-Aug-2010, 5:51:47 am
-
Diskusi Audio Kuliah : Bahrul Mazi Jilid 01 ms090
oleh sako,30-Aug-2010, 5:44:46 am
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
mona, sabri sabran, Safuan, muhd saifuddin, wansabariah, azli marzuki, Anita Zahri, Nor Shamsul, Abd Aziz, hazwari, Rizal Abu Bakar, mohd rodzi bin esa, Bakri Ibni Shah, Hj. Hasnur Hisyam, Hafiz Cenderawasih, Zana., ibrahim, rizal, Fezliana Ahmad, Dalina, encheammat, SHAHRUN RIZAN BIN TA, habha, zakaria, Abdul Rahim, din, yusri hj ambang, yunus bin darus, sharifah alattas, Suzana Binti Anuar, |
|
|


31 online user(s)
|