myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan

Projek myMasjid
www.mymasjid.net.my

 

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.(Ar-Ruum : 7)
Hadis Anas r.a katanya: Nabi s.a.w telah mengorbankan dua ekor kibas berwarna putih agak kehitam-hitaman dan bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri sambil menyebut nama Allah, bertakbir dan meletakkan kaki baginda di atas belikat (berhampiran tengkuk) keduanya.(Riwayat Muslim)
 

Forum myMasjid

| Mula Topik Baru |Indeks
kerjaaaaaa... insaf insaflah ..
Oleh yleadh, 2009-05-29 11:29:39, IP : 203.82.91.104

 

bukan rekaaan beb..
kalau rajin baca.. taknak .. gue tak leh buat apa..

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahabat sekelian !

Sumber: Albanjari Online

"Udep Sare Mati Syahid"

aiyarkkkkkk

sian nyer, anggerik pong tak minum susu f&n Very Happy

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

29-May-2009, 11:37:47 am, IP:202.190.124.12

ngko minum susu getah...

"Udep Sare Mati Syahid"

29-May-2009, 11:41:31 am, IP:203.82.91.104

tu arr susu getah lagi berkrim bro Smile
sampai ke malam ter bayang bayang Very Happy

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

29-May-2009, 11:43:32 am, IP:202.190.124.12

tak sempat malam beb..

tumbang tak bangun bangun

"Udep Sare Mati Syahid"

29-May-2009, 11:56:00 am, IP:203.82.91.104

minum susu getah bole susut Smile muhehehe

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

29-May-2009, 12:21:18 pm, IP:202.190.124.12

bukan beb.. minum nanti malam bertukar jadi ojol.. heh heh heh sendat tul

"Udep Sare Mati Syahid"

29-May-2009, 2:59:34 pm, IP:203.82.91.103

Sahabat...
Kerja.. Kerja... Sad

hu...hu.. dah kembali di landa kesibukan yg amat...
Nak curi ruang kejap sementara tidak ada tetamu yg bertandang... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

29-May-2009, 4:49:02 pm, IP:211.24.222.99

Haiiiiii! susahnya nak cari makan ye?
apa boleh buat, kalau tidak sudah tentu missss soruuuuu le.
lain le kalau keje sendiri, pegi pun tak apa dan tak pegi pu tak apa,
boss sendiri le, macam putera tu, kebun getah sendiri, sup belut liar sendiri. saya kira y pun gitu juga kot?

ash ngan Zana ni dah jadi kuli orang, kena le keje.
baik sikit bagi Zana waktu keje 8 pagi ke 4.15 petang.
ash tak tentu waktu gitulah hendaknya.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

29-May-2009, 11:17:38 pm, IP:60.54.59.100

mc anggerik keje ngan org yg tak sempurna
last2 kite yg tinggal separuh tiang Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

30-May-2009, 1:17:00 pm, IP:202.190.124.12

separuh tiang?
separuh lagi...?

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

30-May-2009, 1:49:08 pm, IP:219.94.125.34

Ashfat pembetulan zana WP2 la 8.00pg - 5.00ptg.. Smile

Putera...
Separuh anggerik separuh lagi tu bayang... Smile
(Pontianak harum sundal malam) Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

30-May-2009, 11:32:18 pm, IP:203.106.151.143

Ah ya! Tks.

kita ni orang tgh tidur, awak entah dimana,
orang berhujung minggu awak entah le...
kekadang memang boring; apa tidaknya kalau ke Heathrow (London)
tanpa henti 13 jam. Ke Sydney 8 jam Bayangkanlah betapa siksanya.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

30-May-2009, 11:45:38 pm, IP:118.101.54.52

Ashfat...
nak wat cam mana...
persoalan yg tiada huraian....

apa pun tabah kan diri..
kuatkan semangat dlm mencari rezeki... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

30-May-2009, 11:48:41 pm, IP:203.106.151.143

apa leh buat..
kan ini nature of duty..
semua orang ada, tapi lainan senerionya kan?

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

31-May-2009, 11:46:18 am, IP:124.13.120.231

Ye lah...

macam binaan piramid juga hidup kita ini...

apa pun coraknya...
terpulang pada kerjaya pilihan empunya diri... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

01-Jun-2009, 8:26:50 am, IP:211.24.222.99

hermm sapa pernah masuk dlm pyramid..?

"Udep Sare Mati Syahid"

02-Jun-2009, 12:01:45 pm, IP:203.82.79.102

Sahabat...

kata sesetengah orang tak baik masuk dlm piramid tu...

Entahlah...
yg pasti zana pun tak penah... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

02-Jun-2009, 12:45:50 pm, IP:211.24.222.99

oo ye ke?

tapi zaman sekolah n kolej dulu kalu main hoki kitaorg guna sistem pyramid apa.. okk je

"Udep Sare Mati Syahid"

02-Jun-2009, 2:41:22 pm, IP:203.82.91.103

Sahabat...

Maksud zana piramid di tanah arab tu... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

02-Jun-2009, 4:37:45 pm, IP:211.24.222.99

iyele.. ni pun kat atas tanah gak.. tapi padang hoki...

"Udep Sare Mati Syahid"

02-Jun-2009, 4:47:53 pm, IP:203.82.91.104

Sahabat... Smile

maksud zana yg tak baik tu..
sebab masa kita masuk dlm piramid di tanah arab tu..
bila nak daki sampai atas tempat firaun beribadat tu..
kita kena cam rukuk je tak leh angkat2 badan..
ini yg menjadi persoalan..
sebab seolah2 menghormati dia lebih dari segalanya...

Walahualam...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

02-Jun-2009, 4:54:27 pm, IP:211.24.222.99

anggerik dulu kecik2 pun main sisitem pyramid ni
susun tin2 mcm piramid pastu baling ngan selipar

pastu main kejar2 la Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

02-Jun-2009, 5:56:07 pm, IP:202.190.124.12

Wah! anggerik...
Antara nostalgia indah tu.... Smile

jangan kan main tuju tin nie..
Bola sepak pun tumpang sekaki..

Indahnya zaman anak2 tu..
Masuk sek menengah..
semua dah berubah... Sad

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

03-Jun-2009, 7:56:18 am, IP:211.24.222.99

bila bca artikel kt atas tu..
mengingatkan kisah zai sdri 8thn lalu
dengan anak 3 sdg brsekolah 2 masih kecil
suami trsyg diberhentikan..
1hari..duit dlm tgn cuma tggl ada 80sen SAHAJA.
nasib baik cuti sklh..so anak2 kt rumah.
zai tpksa amik cuti sbb xde duit utk tmbang..
hanya yang penah merasa tahu nikmatnya sebuat keperitan
untuk mencapai kejayaan.

03-Jun-2009, 1:42:57 pm, IP:60.53.84.5

hermm zai, membaca komen anti seolah olah sedang flashback pada diri sendiri... hermmm

"Udep Sare Mati Syahid"

03-Jun-2009, 3:26:21 pm, IP:203.82.79.103

putera dulu tak penah baling tin
baling botol susu penah la

masa kecik kecik dulu
dah besar sikit baling buah dadu plak
nak jawab pereksa

besar sikit lagi
baling batu sembunyi tangan
nak memang punya pasal

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

03-Jun-2009, 3:26:40 pm, IP:219.94.125.34

SeekOr burung telah jatuh cinta dengan mawar putih, 1 hari burng melamar mawar putih..mawar putih cakap bila dia tukar warna merah baru dia terima burung..burung pun terus lukakan badannya dan kenakan darahnya kepada mawar putih..mawar putih pun bertukar jadi merah dan telah jatuh cinta kepada burung itu, tapi sayang...burung itu sudah tiada lagi kerana luka parah..

"Udep Sare Mati Syahid"

03-Jun-2009, 3:53:52 pm, IP:203.82.79.103

Kasihan burung dan mawar.... Sad

Leon - Saling Merindu

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

( 1 )
Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

( 2 )
Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

( 3 )
Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...

( 4 )
Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...

(ulang 1, 2, 3, 4 & 3, 4)

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

03-Jun-2009, 4:56:37 pm, IP:211.24.222.99

zai..
sedih baca tinta zai tu....

sahabat...
di intai kenangan ye.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

03-Jun-2009, 4:58:15 pm, IP:211.24.222.99

chao chin chowww

"Udep Sare Mati Syahid"

03-Jun-2009, 5:00:36 pm, IP:203.82.79.103

Laman :    1 2 3 4 5 >> Akhir

Sila login untuk menghantar komen.

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
08-Sep-2010 | 29 Ramadhan, 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:41 Asar : 16:18
Subuh : 05:51 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:07 Isyak : 20:27
Zohor : 13:14    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

aimanBakri Ibni ShahMOHD HAMDANbaharinMusniMohammad Rosli HussiFadzliaminuddin abasisemaailazli marzukihazwarirosni ahmadAbd Rahim bin YusofAl-Hafiz Bin Sallehnoraini yunusadzhar01cilokoroMOHAMAD FIRDAUSwan suhilazmanbasha kushairimohd zamzurinoorfazadwiyyahKhatijah Ibrahimmarhalimfairuzsabri sabrandinSafuan

Komuniti Telatah Orang Kampung

46 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com