Forum myMasjid | Mula Topik Baru |Indeks
nilai cintanya melalui cara makan...... ..
Oleh Zana., 2009-05-27 08:25:03, IP : 211.24.222.99
" Ish! Pelahapnya dia makan! Cancel nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii... .teruknya."
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha... jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.
Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih minat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!
Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi wujud di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu hilang sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!
Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. Angin satu badanlah pulak!
Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti on time dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
|
 |
Asingkan antara tulang dan isi ikan yang telah direbus tadi.
Tapis isi ikan untuk mengelakkan dari tercampur tulang.
Masukkan semua air rebusan ikan bersama-sama dengan bahan seperti daun kesum, bunga kantan, cili boh, belacan, cili padi, dan asam gelugur. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Pastikan kuah laksa tidak terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedia dihidang
Rahsia kejayaan yang paling penting ialah menghormati orang lain dan menghargai pandangan mereka
"Udep Sare Mati Syahid" 27-May-2009, 11:53:23 am, IP:203.82.79.103
|
 |
wah sahabat........
Kecur.............. 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 27-May-2009, 12:59:14 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
ini macama y, ko boleh jadi tokey laksa le!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 27-May-2009, 3:11:41 pm, IP:118.101.92.214
|
 |
Zana,
pasni, meh cuba resepi y, buat laksa.
kalau ok boleh tolong buat promosi.
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 27-May-2009, 3:15:07 pm, IP:118.101.92.214
|
 |
bro.. tu bukan resepi aku.. copy org punya..
resepi ori ada dlm ingatan allahyarhamah emak....
ermmmm
"Udep Sare Mati Syahid" 27-May-2009, 3:53:59 pm, IP:203.82.91.101
|
 |
larrrrrrrr!
ingat kot sendiri punya,
kalau mak punya konfom sedap.
tapi masakan pun nak kena dengan tangan orang yang membuatnya,
ada orang buat tak sedap walaupun mengikut 100% bahan dan cara yang dimasak oleh mereka yang masak dgn rasanya yang sedap. tul dak?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 27-May-2009, 5:03:58 pm, IP:118.101.95.204
|
 |
bile memasak, anggerik akan selalu celup2 kan tangan dalam kuali 
supaya ape yg org slalu kata tu, sedap sbb air tangan 
sbb tu air yg anggerik masak sedap giler
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 27-May-2009, 5:36:58 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
bro.. betul.. selalu tengok mamak tu masak mesti kena renjis ngan air.. rupanya mau kasi air tangan dia..
bila org lain yg masak pasti tak sedap punya, walau bahan dan memasak di tempat yang sama..
"Udep Sare Mati Syahid" 28-May-2009, 11:34:26 am, IP:203.82.79.103
|
 |
Anggerik....
patutlah Putera, Ashfat dan Abg Y asyik nak ko je yg masakkan..
dia org kata zana masak tak cukup serba serbi... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 28-May-2009, 12:53:15 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
lagi sedap kalau letak air kaki 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 28-May-2009, 2:19:07 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
Zana,
jangan merepet!
tak pernah kata punnnn!
tak pernah rasa punnnn!
tak pernah makan punnnn!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 28-May-2009, 11:28:53 pm, IP:118.101.92.106
|
 |
tak pernah rasa?
kesiannnnnnnn
putera penah rasa kann?
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 29-May-2009, 8:22:59 am, IP:202.190.124.12
|
 |
rasa dan merasai
beeehhhhh tuuuu
nasi goreng minyah tanah special
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita 30-May-2009, 6:09:41 pm, IP:219.94.125.34
|
 |
putera masa kali pertama rasa air tangan masakan anggerik
dua hari tak bangun bangun tau 
punye la beh 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 30-May-2009, 10:53:13 pm, IP:60.49.243.202
|
 |
begitu sekali penangannya anggerik... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 30-May-2009, 11:50:33 pm, IP:203.106.151.143
|
 |
tu baru rasa air tangan
belum anggerik bagi rasa air mata
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 31-May-2009, 12:23:30 am, IP:60.49.243.202
|
Laman : 1
Sila login untuk menghantar komen.
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:41 |
Asar |
: |
16:17 |
| Subuh |
: |
05:51 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:07 |
Isyak |
: |
20:27 |
| Zohor |
: |
13:14 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
|
|
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh Abdul Rahim,02-Sep-2010, 10:41:16 am
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:32:23 pm
-
Diskusi Audio Kuliah : Surah Al-Waqiah 001 hingga 014
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:28:02 pm
-
Menghafaz Al Quran kaedah Jibril
oleh sako,30-Aug-2010, 5:51:47 am
-
Diskusi Audio Kuliah : Bahrul Mazi Jilid 01 ms090
oleh sako,30-Aug-2010, 5:44:46 am
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
aiman, amizan, Khairul Anuar, Bakri Ibni Shah, MOHD HAMDAN, baharin, Musni, Mohammad Rosli Hussi, Fadzli, aminuddin abas, isemaail, azli marzuki, hazwari, rosni ahmad, Abd Rahim bin Yusof, Al-Hafiz Bin Salleh, noraini yunus, adzhar01, cilokoro, MOHAMAD FIRDAUS, wan suhil, azman, basha kushairi, mohd zamzuri, noorfaz, adwiyyah, Khatijah Ibrahim, marhalim, fairuz, sabri sabran, |
|
|


41 online user(s)
|