Forum myMasjid | Mula Topik Baru |Indeks
Tulang Rusuk.. ..
Oleh Zana., 2009-05-21 16:25:39, IP : 211.24.222.99
Untuk renungan bersama...
Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya....
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak Kamu tidak cintakan saya lagi!!!.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing .
Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
Selamat tinggal..
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah
salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang
paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
|
 |
anggerik tak kisah
kulit gelap ke comot ke
kurus ke kiut miut ke
yang penting kaya muahahaha 
acah je 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 22-May-2009, 12:44:17 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
adik comel,
putera tak cukup kaya ke?
ada estet getah...
ada restraunt sup belut liar,
ada itu....
ada ini....
nanti esok orang datang melamar,
adik comel buat hal pulak?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 22-May-2009, 6:03:50 pm, IP:118.101.55.49
|
 |
nak datang minang anggerik, syarat2 nya
8 lori beras wangi 
8 tan ikan kembong masak asam pedas (letak daun kesum)
8 papan telur dadar (taknak bawang)
8 besen sambal belacan ngan timun hiris
8 kawah tomyam campur (kurang pedas)
8 gelen air tembikai laici
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 22-May-2009, 6:07:57 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
putera,
boleh kommited dengan permintaan adik comel ku ke?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 22-May-2009, 9:25:53 pm, IP:118.101.191.105
|
 |
Putera bagaimana????? 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 24-May-2009, 1:38:14 am, IP:203.106.149.201
|
 |
putera tu cakap aje!
tak berani dekat lah.
come on putera, sila buktikan...
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 24-May-2009, 10:49:17 pm, IP:118.101.190.74
|
 |
........... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 25-May-2009, 1:45:48 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
huh! kan baik macam ni.....
macam tulah tak kan nak jadi yang serba huduh tuuuuu.
dah.... dah.... tinggalkan saja yang tu, bawalah macam biasa,
senang hati menatapnya dan menghayatinya.
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 25-May-2009, 3:07:18 pm, IP:124.82.14.255
|
 |
Ashfat... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 25-May-2009, 5:12:34 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
saya Zana!
apa yang boleh saya tolongkan?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 26-May-2009, 12:50:35 am, IP:124.82.10.74
|
 |
Ashfat...
tak de apa....
senyum sendiri melihat tinta Ashfat berkaitan icon tu... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 26-May-2009, 8:59:58 am, IP:211.24.222.99
|
 |
dah..... dah..... dah.....
tak mau tengok,
tolong tak mau tengik lagi tau!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 26-May-2009, 11:53:49 am, IP:124.13.217.74
|
 |
ok.. ok...
...........................
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 26-May-2009, 5:24:39 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
mekasih.....
mekasih.....
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. 26-May-2009, 10:06:51 pm, IP:118.101.93.107
|
 |
sama-sama...
sama-sama... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 27-May-2009, 7:50:07 am, IP:211.24.222.99
|
 |
tak sama 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 27-May-2009, 5:41:34 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
tak serupa 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 28-May-2009, 1:06:45 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
tak sewajah 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 28-May-2009, 1:12:28 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
apa lagi....
haaaa.....
tak tahu... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 28-May-2009, 1:28:18 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
tak semuka 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 28-May-2009, 1:30:05 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
tak apa lagi....
tak.. tak ...tak tahu 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 28-May-2009, 1:35:19 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
tak tahu dalam bahasa jawa
ora ngeti 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 28-May-2009, 1:37:26 pm, IP:202.190.124.12
|
 |
Anggerik...
Ko biar betul...
macam org mengerti je bunyinya... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 28-May-2009, 1:42:41 pm, IP:211.24.222.99
|
Laman : 1
Sila login untuk menghantar komen.
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:41 |
Asar |
: |
16:17 |
| Subuh |
: |
05:51 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:07 |
Isyak |
: |
20:27 |
| Zohor |
: |
13:14 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
|
|
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh Abdul Rahim,02-Sep-2010, 10:41:16 am
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:32:23 pm
-
Diskusi Audio Kuliah : Surah Al-Waqiah 001 hingga 014
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:28:02 pm
-
Menghafaz Al Quran kaedah Jibril
oleh sako,30-Aug-2010, 5:51:47 am
-
Diskusi Audio Kuliah : Bahrul Mazi Jilid 01 ms090
oleh sako,30-Aug-2010, 5:44:46 am
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
aiman, amizan, Khairul Anuar, Bakri Ibni Shah, MOHD HAMDAN, baharin, Musni, Mohammad Rosli Hussi, Fadzli, aminuddin abas, isemaail, azli marzuki, hazwari, rosni ahmad, Abd Rahim bin Yusof, Al-Hafiz Bin Salleh, noraini yunus, adzhar01, cilokoro, MOHAMAD FIRDAUS, wan suhil, azman, basha kushairi, mohd zamzuri, noorfaz, adwiyyah, Khatijah Ibrahim, marhalim, fairuz, sabri sabran, |
|
|


46 online user(s)
|