myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan

Projek myMasjid
www.mymasjid.net.my

 

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?(An-Naml : 20)
Hadis Abu Musa r.a katanya: Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. Lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.(Riwayat Muslim)
 

Forum myMasjid

| Mula Topik Baru |Indeks
Kasih seorang ibu! ..
Oleh Zana., 2009-05-14 08:49:22, IP : 211.24.222.99

 

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.

Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, sianak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Psssttt: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, love u mom ...

..LAKUKAN SEKARANG DAN DI SAAT INI...KENANGILAH WAJAH IBU TUA YANG MENUNGGU DERINGAN TELEFON DARIMU YANG SIBUK DAN JAUH ITU...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

14-May-2009, 5:05:03 pm, IP:211.24.222.99

mama, emak, mak, mami, umi, semuanya sama saja.
disebabkan merekalah setiap insan lahir di dunia.
disebabkan merekalah aku dapat melihat alam ini.
tanpa mereka...... dimanakah kita? siapakah kita.
oleh itu, jagalah hati mereka agar kita tidak digelar derhaka.

yang merah itu saga, dan yang putih itu kendi.

14-May-2009, 6:38:37 pm, IP:118.100.179.201

ya! Allah apa yang hang merepet ni dedalu?

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

14-May-2009, 11:29:46 pm, IP:60.54.57.59

Insyallah dedalu.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

15-May-2009, 10:47:15 am, IP:211.24.222.99

Sudirman - Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

19-May-2009, 1:58:10 pm, IP:211.24.222.99

Minat betul pada Allahyarham Sudirman ya?
nampaknya semua senikata lagunya disimpan dalam ingatan.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

20-May-2009, 12:09:59 am, IP:124.82.13.137

Memang minat...
lagu Broery Marantika pun suka...
dan banyak lagi.....

Sebabnya.......
Selalu dengar abah pasang masa kecil2 dulu...

Memori dalam lagu... Smile

Mak apa cite???

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

20-May-2009, 9:22:01 am, IP:211.24.222.99

lagu-lagu 7puluhan ya.

Mak? masih ada disini lagi..
esok baru nak antar pulang.
bila dia rindukan anaknya, dipinta ash pulang kesana.
gitulah selalu.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

22-May-2009, 5:46:49 pm, IP:118.101.55.49

Tak pastilah ashfat era bila..
tapi memang syahdu..
tambah2 kalau terdengar dlm keheningan malam....

Di gamit nostalgia tau...
macam kes dengar irama wayang cina dari kejauhan tu juga.... ;-(

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

24-May-2009, 1:17:26 am, IP:203.106.149.201

wayang cina?
agaknya semasa kecil ada pergi tengok opera cina,
semasa belawan, pedang belum kena, mangsanya dah jatuh kelantai.
ashpun biasa jugak camtu.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

24-May-2009, 10:02:57 pm, IP:118.101.190.74

ashfat....

mendengar sayup2 alunannnya dari kejauhan...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

25-May-2009, 1:38:58 pm, IP:211.24.222.99

Zana,

tak le... bukan macam tu!
pegi tengok sama sebab boring pas baca buku dan buat homework sekolah, tapi tak paham apa pun.
masa tu masih budak lagi,
pegi makan lin chi kang yang jual ditepi jalan. boleh tahan jugak.
kalau sekarang tak nak makan le!

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

25-May-2009, 2:59:37 pm, IP:124.82.14.255

kalau tak nak makan
nak main la tu...
Smile Smile Smile

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

25-May-2009, 3:42:39 pm, IP:219.94.125.34

lai ci kang wawww best nyer Smile
pastu letak buah mata kucing lebih skett arrr Very Happy

putera nak laici kang ker nak abc spesel Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

25-May-2009, 4:00:13 pm, IP:202.190.124.12

Zana tak lah sampai tahap tu..

kalau kalau mama zana dulu..
rasanya memang iya... Smile

Wah anggerik ABC special.. best tu...
tapi laicikang zana tak suka...
Benda bentuk agar2 ni mmg zana tak makan... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

26-May-2009, 8:08:59 am, IP:211.24.222.99

tapi heran gak,
la ni kalau ada wayang cina, selalu nak ujan aje,
walaupun tak mau pecaya, tapi rasanya secara kebetulan aje kot?

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

26-May-2009, 11:17:11 am, IP:124.13.217.74

ye lah.....

bertambah syahdu.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

26-May-2009, 5:26:34 pm, IP:211.24.222.99

bagi Zana,
wayang cina yg kita tak faham apa bendapun bertambah syahdu ke?

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

26-May-2009, 11:57:09 pm, IP:124.82.13.0

Ashfat..
bukan persoalan faham ke tak..
tapi irama yg membawa ke satu nostalgia zaman yg amat indah...

waaaaaaaaaa Sad

-Memori hanya untuk di kenang tak berulang-

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

27-May-2009, 7:45:50 am, IP:211.24.222.99

Oooooooo! ya ke?

Lagu opera tu ynang boleh dijadikan nostalgia ya?
dan mungkin ada peristiwa-peristiwa yang manis atau disebaliknya yang
boleh dikenangkan hingga hari ini.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

27-May-2009, 2:26:03 pm, IP:118.101.92.214

nostalgia wayang pek ji
dulu2 bedak ngan mekap murah ekk

tu yang diorg suke pakai tebal2

skrg ni dah mahal Sad
tu yang bedak muka maybelline ni pun anggerik pakai sampai setahun Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

27-May-2009, 5:38:47 pm, IP:202.190.124.12

Ya ke.......... Smile

Ashfat..
banyak sangat kenangan indah zaman anak2 itu...
Hanya insan berkaitan yg mampu menghargai nostalgia dirinya... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

28-May-2009, 1:14:41 pm, IP:211.24.222.99

ye lah!

anak sulung nak katakan!
dibela pula oleh atuk ngan nenek
memang banyak benda-benda yang boleh dijadikan nostalgia dan bila dikenangkan kembali, tersenyum sendiri.
Adussss!!!! seronoknya.
tapi kini bila pulang, kg. dah jadi bandar, tempat-tempat yang banyak mencetuskan kenangan dah bertukar wajah. Alahai sedihnya... Itulah pembangunan namanya.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

28-May-2009, 5:53:46 pm, IP:118.101.188.78

Di bela oleh nenek...

Emmm.... kita serupa...
Bertahun menangis mengenangkan pemergian nenek ke alam abadi.... Sad

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

29-May-2009, 5:14:56 pm, IP:211.24.222.99

panggilan orang utara bagi nenek ialah tok; dan
bagi atok pula tok wan.
setelah keduanya meninggal barulah tinggal bersama mak dan ayah
di berek polis. Apabila masuk tingkatan 1, ash dapat masuk sekolah berasrama penuh.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

29-May-2009, 11:40:16 pm, IP:60.54.59.100

masa anggerik dok ngan atuk
selalu ikut atuk jaga lembu

pastu diam2 anggerik ikat tin kosong kat kaki lembu
muhaha lintang pukang lembu tu lari bile dgr bunyi tin berlaga Smile

lagi laju dia lari lagi kuat bunyi tu Very Happy

petang2 bai jual roti datang bawak kapcai
roti bergantung2 kat moto dia
mcm roti bergerak je, tak nampak rupa moto Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

30-May-2009, 1:02:57 pm, IP:202.190.124.12

masa kecik dulu
putera dibesarkan di london
lebih kurang 5 km dengan new catsle
sejak tua ni masuk utan

berubah angin la plak

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

30-May-2009, 1:11:32 pm, IP:219.94.125.34

bagus la putera

walaupun dibesar kan di london
tak besar2 sampai skrg

dok comey kiut cam dulu gak Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

30-May-2009, 1:13:07 pm, IP:202.190.124.12

asal dulu besar dan tersergam indah
dan lama, dia mengucup jadi kecik sikit
tetapi tetap utuh seperti dulu

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

30-May-2009, 5:52:19 pm, IP:219.94.125.34

buat2 tak paham, putera ni suke ngaruts Sad

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

30-May-2009, 10:43:44 pm, IP:60.49.243.202

Laman :    1 2 >> Akhir

Sila login untuk menghantar komen.

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
08-Sep-2010 | 29 Ramadhan, 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:41 Asar : 16:17
Subuh : 05:51 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:07 Isyak : 20:27
Zohor : 13:14    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

aimanamizanKhairul AnuarBakri Ibni ShahMOHD HAMDANbaharinMusniMohammad Rosli HussiFadzliaminuddin abasisemaailazli marzukihazwarirosni ahmadAbd Rahim bin YusofAl-Hafiz Bin Sallehnoraini yunusadzhar01cilokoroMOHAMAD FIRDAUSwan suhilazmanbasha kushairimohd zamzurinoorfazadwiyyahKhatijah Ibrahimmarhalimfairuzsabri sabran

Komuniti Telatah Orang Kampung

55 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com