Terkini  Popular    Mula Topik

Azan Dilaungkan Pada Setiap Masa

2009-04-20 12:17:01
Sesuatu yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran ku selama ini.

Ketahuilah bahawa setiap waktu, ribuan bilal di serata dunia akan melaungkan Azan, mengakui bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad adalah RasulNya.

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dgn ratusan kepulauannya dengan penduduk menjangkau seramai 180 juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dgn ribuan bilal yang akan melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad sebagai rasulnya. Proses ini akan kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa diantara timur dan barat Indinesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan diserata Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Nyanmar (Burma)dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Decca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota di Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan UAE, Makkah, Madinah Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke Pantai Timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di Pantai Timur Atlantik, Azan Zohor kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu solat, tanpa putus-putus.

Subhanallah.... begitu hebat dan agongnya Islam.

Kalulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Wallahualam.

yang merah itu saga, dan yang putih itu kendi.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my