 |
Paku Di Dinding Hati Mu . . . ..
 |
Oleh Zana.
2008-12-23 16:22:15
IP : 211.24.222.117 |
Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. âIsyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?â, âHmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal âAzhim.
Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya.
Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.
Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.
Ahh.., penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah dari Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang telah mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Benar sekali ungkapan si bijaksana yang menyebutkan: âKelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.â
Bagaimana diri kita semua kala ini? Pernahkah kita merasai yang diri ini amat jauh dari Allah iaitu tatkala tercebur ke dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Kerana dosa, kita yang telah Islam ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir dari rahmat Allah s.w.t., bayangkan betapa jauh dan sayupnya rahmat dan pandangan Allah pada seseorang yang kafir dan syirik pada-Nya?
Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. Kita tidak rela terpisah dari pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. Kalau Allah mula berlepas tangan dari kita, bermakna bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Bahawa syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah yang Esa.
Terpinggir dari manusia
Sudahlah menderita terpisah berjauhan dari Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir dari manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sekali lagi, dia bukan dipinggir mahupun dipisahkan oleh mereka. Sebaliknya dia sendiri menjadi terpisah dan terpinggir dari kelompok âorang-orang Allahâ itu kerana bahana dosa yang digulitinya.
Kerana keterpinggiran itu, dia akan semakin jauh dari majlis-majlis mereka. Kerana kejauhan itu, dia tidak dapat mengambil faedah-faedah kebenaran dari mereka lagi. Yang berlaku, dia semakin mendekatkan diri dengan kumpulan syaitan menurut kadar kejauhan yang dirasai dan dialami olehnya. Kini, hari demi hari terasa semakin menekan dan menyesak di dalam hati.
Tidak semena-mena, akibat dosa itu, perasaan benci dan amarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Lalu ia membuak-buak bagai dirasuk hantu syaitan. Tidak fasal-fasal anak dan isterinya dibenci. Malah, kerana bahana dosa itu, ia sampai ke tahap benci terhadap dirinya yang sebenar. Seorang ulama menyingkapkan: âJika aku melakukan maksiat kepada Allah, akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku.â
Kisah tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syarie, wajar menjadi teladan buat kita semua. Dalam tempoh tiga bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah s.w.t., mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah dan seluruh umat Islam.
Selama tempoh itu, mereka menangis siang dan malam, tidak henti-henti memohon keampunan Allah, sehingga datanglah keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu terpisah dari rahmat-Nya. Sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.
-Zana-
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
|
Komen..
|
ashfat 03-Jun-2009, 11:20:39 pm
IP:124.82.12.41 |
|
|
apa pulak ni putera?
apa yang ko buat kat putera ni comeyyyyy?
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
puterarindu 01-Jun-2009, 3:43:46 pm
IP:219.94.125.34 |
|
|
aku dah bosan
aku dah bosan
aku dah bosan
kata amy search
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 01-Jun-2009, 9:26:59 am
IP:202.190.124.12 |
|
|
tak mintak komen pun
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
ashfat 31-May-2009, 11:34:02 am
IP:124.13.120.231 |
|
|
bab putera ngan comey,
tak nak komen.
biarkan meke selesai sendiri.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
Zana. 30-May-2009, 11:36:28 pm
IP:203.106.151.143 |
|
|
.............. 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
puterarindu 30-May-2009, 6:13:54 pm
IP:219.94.125.34 |
|
|
sakit otak ada bantuan ker
putera nak sakit otak jugak lah
nanti dapat bantuan
anggerik nak bagi bantuan aper ek
bantuan CPR ada ker
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 29-May-2009, 8:21:21 am
IP:202.190.124.12 |
|
|
sakit otak kene mintak kad oku nie 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
ashfat 28-May-2009, 11:39:30 pm
IP:118.101.92.106 |
|
|
Zana,
apa tu!!!!!!
syanggggggggg? piiiiiiiirrrrrrah!
buat sakit otak aje.
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
Zana. 28-May-2009, 5:08:54 pm
IP:211.24.222.99 |
|
|
Anggerik............ 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 28-May-2009, 1:55:51 pm
IP:202.190.124.12 |
|
|
kalau dah cinta
jgn kan lautan api
lopak air sanggup kuredah 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
Zana. 28-May-2009, 1:24:38 pm
IP:211.24.222.99 |
|
|
alamak............
panjangnya nasihat buat yg tersayang.... 
Anggerik baca tu... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
ashfat 26-May-2009, 8:48:38 pm
IP:118.101.93.107 |
|
|
mat bangla semuanya merempat di sini.
mana pulak depa ni loaded?
yang tau papa kedana aje?
macam tu comey nak pilih ke?
mamak kedai tu k lah sikit kot?
tapi pengotor, dan kebanyakan mereka kedekut dan manyak cembulu.
kalau comey dapat kat mereka alamat tak leh nampak batang idung le,
dikurungnya lam ghumah, kalau ada orang datang, kena cepat2 masuk lam bilik tak leh jenguk muka. minta duit! sori leeee. kalau keje, jangan-jangan kena ghenti. masa tu kan ganaz comey dah tak laku lagi leee!
lawyer buruk comey pun boleh beraksi lam ghumah aje. baru padan muka!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 26-May-2009, 2:00:26 pm
IP:202.190.124.12 |
|
|
takpe la mamak kedai makan ke
mat bangla ke
asalkan muslim dan
manyak duit muhaahaha 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
ashfat 26-May-2009, 11:56:49 am
IP:124.13.217.74 |
|
|
macamana putera?
macamana adik comel?
jawab le!!!!!!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
Zana. 26-May-2009, 9:03:41 am
IP:211.24.222.99 |
|
|
................... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
ashfat 26-May-2009, 12:52:58 am
IP:124.82.10.74 |
|
|
mamak kedai makan,
tak pon bangla.
boleh le kot?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 25-May-2009, 5:16:49 pm
IP:202.190.124.12 |
|
|
biaq la dia tengok2 yang lain dulu
kan nak pilih baka terbaik 
next!!!
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
Zana. 25-May-2009, 4:23:53 pm
IP:211.24.222.99 |
|
|
amboi Putera...
Masih gusar akan anggerik???? 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
puterarindu 25-May-2009, 2:51:16 pm
IP:219.94.125.34 |
|
|
belum tentu lagi
dulu ya..
diam maknaya setuju
sekarang diam
maknanya nak tengok yang lain dulu
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita |
| |
|
|
|
ashfat 25-May-2009, 2:48:32 pm
IP:124.82.14.255 |
|
|
kalau dah Emmmmmmm tu,
tanda setuju lah ya?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
Zana. 25-May-2009, 1:33:57 pm
IP:211.24.222.99 |
|
|
Ermmmmm.... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
ashfat 24-May-2009, 9:54:22 pm
IP:118.101.190.74 |
|
|
menyakat tu macam bergurau jugak ya?
tak mengapa!
bergurau senda & menyakat tandanya sayang!
tak gitu ke?
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
Zana. 24-May-2009, 1:09:57 am
IP:203.106.149.201 |
|
|
Cian anggerik.... 
Putera nie... sudah2lah menyakat tu...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 22-May-2009, 2:32:47 pm
IP:202.190.124.12 |
|
|
putera tu, selalu menyesatkan anggerik tau 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
Zana. 19-May-2009, 3:00:18 pm
IP:211.24.222.99 |
|
|
Alahai... memang merumitkan....
Cian Anggerik....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
yUsAnGgErIk 08-May-2009, 2:50:28 pm
IP:202.190.124.12 |
|
|
sesat tak jumpe hati putera kat mane 
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. |
| |
|
|
|
ashfat 02-May-2009, 12:16:45 am
IP:124.82.6.11 |
|
|
ye lah puter,
bak kata pepatah,
sayangkan anak, tangan-tangankan,
sayangkan ister tinggal-tingalkan,
dan sayangkan mak we, agaknya manja-manjakan.
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
ashfat 02-May-2009, 12:13:26 am
IP:124.82.6.11 |
|
|
gaknya putera manjakan dia sangat,
cuba tegas sikit!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
|
puterarindu 01-May-2009, 4:59:36 pm
IP:219.94.125.34 |
|
|
ya... tak kemana
bagi kunci
bagi keter
isi minyak
bagi duit tol
hilang beb
kalau idak senja
esok
baru balik
alasan
sesat jalan
sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita |
| |
|
|
|
ashfat 28-Apr-2009, 9:49:37 am
IP:124.13.121.48 |
|
|
Jangan risaulah putera,
Kalau betul gena gayanya,
Adik comel ku tak kan kemana,
percayalah!!!!!
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman. |
| |
|
|
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:52 |
Asar |
: |
16:28 |
| Subuh |
: |
06:02 |
Magrib |
: |
19:25 |
| Syuruk |
: |
07:17 |
Isyak |
: |
20:34 |
| Zohor |
: |
13:23 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- TAFSIR FIZILALIL QURAN
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2010-03-22
- Mahkamah Padang Mahsyar
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2010-03-23
- AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2010-03-24
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2010-03-25
- Tafsir Nurul Ehsan Jilid 1
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2010-03-26
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: yessss... dah muncul...
oleh yleadh,19-Mar-2010, 2:47:26 pm
-
re: Kisah Mayat Bertukar Wajah
oleh Zana.,17-Mar-2010, 12:29:48 pm
-
re: Cium Tangan Bertunduk...?Sejauh Maer Seriusnya Dal
oleh Zana.,17-Mar-2010, 12:25:58 pm
-
re: yessss... dah muncul...
oleh Zana.,17-Mar-2010, 12:18:22 pm
-
re: kiamat sudah dekat..
oleh FARRAH,14-Mar-2010, 2:55:55 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
yleadh, Zana., Siti Fatmah, adwiyyah, ashfat, Mohd Fadzil, FARRAH, Asterix, man, Wan Kasmah Daud, noraini, nor, Wan Noor, Kay A, Kay A, east ma R Z da, Ct Shafinah, kakraihan, Mohd, nurDia, Mohd. Hazaoma, lieyna, HambaAllah, zack306, Bib, LadyDiana, Mohd Yusri, Ojayy, Eddy, zelan07, |
|
|


57 online user(s)
|