myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Terpisah Dari Allah Terpinggir Dari Manusia ..

Oleh Zana.
2008-12-23 16:19:16
IP : 211.24.222.117

 

Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. âIsyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?â, âHmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal âAzhim.

Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya.

Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.

Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.

Ahh.., penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah dari Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang telah mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Benar sekali ungkapan si bijaksana yang menyebutkan: âKelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.â

Bagaimana diri kita semua kala ini? Pernahkah kita merasai yang diri ini amat jauh dari Allah Subahanna Wa Tala iaitu tatkala tercebur ke dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Kerana dosa, kita yang telah Islam ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir dari rahmat Allah s.w.t., bayangkan betapa jauh dan sayupnya rahmat dan pandangan Allah pada seseorang yang kafir dan syirik pada-Nya?

Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. Kita tidak rela terpisah dari pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. Kalau Allah mula berlepas tangan dari kita, bermakna bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Bahawa syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah yang Esa.

Terpinggir dari manusia

Sudahlah menderita terpisah berjauhan dari Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir dari manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sekali lagi, dia bukan dipinggir mahupun dipisahkan oleh mereka. Sebaliknya dia sendiri menjadi terpisah dan terpinggir dari kelompok âorang-orang Allahâ itu kerana bahana dosa yang digulitinya.

Kerana keterpinggiran itu, dia akan semakin jauh dari majlis-majlis mereka. Kerana kejauhan itu, dia tidak dapat mengambil faedah-faedah kebenaran dari mereka lagi. Yang berlaku, dia semakin mendekatkan diri dengan kumpulan syaitan menurut kadar kejauhan yang dirasai dan dialami olehnya. Kini, hari demi hari terasa semakin menekan dan menyesak di dalam hati.

Tidak semena-mena, akibat dosa itu, perasaan benci dan amarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Lalu ia membuak-buak bagai dirasuk hantu syaitan. Tidak fasal-fasal anak dan isterinya dibenci. Malah, kerana bahana dosa itu, ia sampai ke tahap benci terhadap dirinya yang sebenar. Seorang ulama menyingkapkan: âJika aku melakukan maksiat kepada Allah, akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku.â

Kisah tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syarie, wajar menjadi teladan buat kita semua. Dalam tempoh tiga bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah s.w.t., mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah Shallahu Alaihi Wasalam dan seluruh umat Islam.

Selama tempoh itu, mereka menangis siang dan malam, tidak henti-henti memohon keampunan Allah, sehingga datanglah keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu terpisah dari rahmat-Nya. Sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Komen..

Zana.
30-May-2009, 11:23:41 pm
IP:203.106.151.143

Putera...
kira time beristirehat.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
puterarindu
30-May-2009, 1:26:16 pm
IP:219.94.125.34

putera ari ari beh

coz dapat jual pok ari ari
cuma ari ujan
tak leh menoreh dan tak leh jual pok

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
29-May-2009, 11:44:23 am
IP:202.190.124.12

dlm keje, mende paling best adalah 25hb tiap2 bulan Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

   
ashfat
28-May-2009, 11:22:21 pm
IP:118.101.92.106

memang pun.
keje.... keje......keje....
kadnng-kadang rasa nak berhenti saja,
tapi takut miss soruuuuu pulak.
bila fikir tentang pendapatan
bila fikir taentang tanggungjawab, seronok pulak.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
28-May-2009, 1:22:09 pm
IP:211.24.222.99

Aduh! sampai tiada ruang...
keje.. keje....
Cian dia......

tak mengapalah dah itu pilihan ashfat...
apa pun buat yg terbaik untuk diri sendiri... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
27-May-2009, 2:21:01 pm
IP:118.101.92.214

ash tak pandai nak bicara tentang iklan di TV,
maklumlah selalunya tak ada masa nak menontonnya.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
27-May-2009, 7:41:12 am
IP:211.24.222.99

macam2 ada.... (iklan astro) Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
27-May-2009, 12:09:10 am
IP:124.82.13.0

pulak dah!!!!!!!

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
yUsAnGgErIk
26-May-2009, 6:22:02 pm
IP:202.190.124.12

iklan sat..

fikir sebelum tuang opss buang Smile
anda mampu mengubah nye

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

   
ashfat
26-May-2009, 11:43:51 am
IP:124.13.217.74

Zana,

tolong buang jauh-jauh.
tak mau... tak mau... tak mau...

pakai yang lama tau.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
26-May-2009, 8:35:31 am
IP:211.24.222.99

MMg free...
pagi ni pun masih free lagi...
ptg nanti tak pasti.. Smile

icon tu.... Sad
adalah penawar bg Ashfat....

dah sembuhkan....??? Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
26-May-2009, 12:34:08 am
IP:124.82.10.74

dah tak lemas lagi,
sebab Zana dah tukar icon nya.
ash tak setuju tau!!!!!
maintain yang lama le Zana.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
yUsAnGgErIk
25-May-2009, 4:57:36 pm
IP:202.190.124.12

eleh menoreh pok getah yg panjang berjela tu tak lemas pulak Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

   
puterarindu
25-May-2009, 3:04:21 pm
IP:219.94.125.34

jangan panjang sangat
lemas .... i

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
ashfat
25-May-2009, 2:46:53 pm
IP:124.82.14.255

rasanya dlm pejabat tu semuanya merdeka kot?
boleh tinta panjang-panjang dan banyak-banyak.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
25-May-2009, 1:29:04 pm
IP:211.24.222.99

Ashfat...
Sudah kembali...

Tapi ptg nie...
Free Sket dia ada Meeting memerangkap main golf Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
24-May-2009, 9:46:55 pm
IP:118.101.190.74

La ni dia ada di pejabat ya?
susah le!

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
20-May-2009, 9:07:36 am
IP:211.24.222.99

Dia tak de la...
Siap pesan suruh tgk bilik dia..
jap lagilah... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
19-May-2009, 11:56:32 pm
IP:124.82.13.137

dia datang!
ehem! ehem!

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
19-May-2009, 1:16:06 pm
IP:211.24.222.99

............ Smile

ya ke????? Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
14-May-2009, 10:49:03 pm
IP:60.54.57.59

Zana cakapandai ye?
dia datang, dah jadi macam tikus mundok.
baru tau!!

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
13-May-2009, 6:12:19 pm
IP:211.24.222.99

Tak pe harimau takut air..
selam je di laut terdalam.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
11-May-2009, 3:45:17 pm
IP:124.82.3.119

Zana ni tu le,

agaknya selalu aje, rimau kat pejabat tu menginding ye?

asyik... asyik nak lari, takut kepada harimau tu.
Alaaaaa! apa susahnya, gunakan tali macam dlm sarkas,
kalau tak pandai, y boleh tolong ajarkan.
tak gitu?

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
11-May-2009, 1:19:50 pm
IP:211.24.222.99

lariiiiiii....... Smile

Eh.. topik ingatkan harimau .. Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
02-May-2009, 10:36:42 am
IP:124.82.6.244

enkou ni putera, selalu saja lari dari topik asal.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
puterarindu
01-May-2009, 7:32:14 pm
IP:219.94.125.34

ada lari ker
tak der perasan...

kalau lari
nak kena putera gi tangkap dan ikat
kat pokok getah putera

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
ashfat
21-Apr-2009, 6:29:41 pm
IP:118.101.53.210

Ya! Allah putera, putera!
bila masa saya ada bela kambing ni?
nak bela diri sendiri pun tak ada masa,
ni kan pulak kambing?
saya tak ada masa untuk itu semua.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
21-Apr-2009, 5:00:43 pm
IP:211.24.222.99

ish.... Putera ni..
lari tajuk sokmo...

dah sembuh telinga tu agaknya... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
puterarindu
21-Apr-2009, 1:41:37 pm
IP:219.94.125.34

emmmm kak zana
sapa yang beh
ashfat ke kambingnya!

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Zana.
21-Apr-2009, 10:15:17 am
IP:211.24.222.99

Ashfat...
memang best.......... Smile

Emm.... nyum... nyum...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
Laman :    1 2 3 4 >> Akhir

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
22 Mac 2010, 6 Rabiul Akhir 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:52 Asar : 16:28
Subuh : 06:02 Magrib : 19:25
Syuruk : 07:17 Isyak : 20:34
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

 
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

yleadhZana.Siti FatmahadwiyyahashfatMohd FadzilFARRAHAsterixmanWan Kasmah DaudnoraininorWan NoorKay AKay Aeast ma R Z daCt ShafinahkakraihanMohdnurDiaMohd. HazaomalieynaHambaAllahzack306BibLadyDianaMohd YusriOjayyEddyzelan07

Komuniti Telatah Orang Kampung

36 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com