myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Mengenali Raudhatus Sakinah (RS) ..

Oleh Sumilah Marto
2008-10-31 14:08:31
IP : 60.53.16.33

 

Salam,

Mungkin ada yang tertanya-tanya:

* Apa itu Raudhatus Sakinah?
* Adakah penubuhannya menjadi suatu kebanggaan?

Jom mengenali Raudhatus Sakinah (RS) secara sepintas lalu:

Pengenalan

Raudhatus Sakinah adalah sebuah institusi bimbingan dan perlindungan yang menawarkan perkhidmatan bimbingan dan sokongan emosi serta pendidikan khusus untuk remaja puteri Islam. Institusi ini telah beroperasi secara rasmi pada Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM) dan didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sejak beroperasi, institusi ini telah berjaya mengendalikan ramai pelatih terdiri dari peringkat umur antara 14 hinga 20 tahun yang memerlukan bimbingan emosi dan kerohanian.

Objektif Penubuhan RS

* Memberikan bimbingan dan sokongan moral, emosi serta pendidikan kepada remaja puteri yang memerlukan selari dengan tuntutan Islam.
* Membantu remaja dapat membina semula keyakinan untuk meneruskan penghidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
* Sebagai satu usaha kebajikan untuk masyarakat dan ummah ke arah menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja.

Struktur Organisasi

Pengendali Raudhatus Sakinah terdiri dari tenaga pembimbing yang berpengalaman dan mahir dalam bidangnya:

Pelaksana Program

* Kaunselor
* Pra-Kaunselor
* Sahabat Pembimbing
* Sukarelawan
* Pembimbing Akademik

Pengurusan

* AJK Pengurusan
* Pengurus
* Warden

Pengoperasian & Aktiviti


Aktiviti dan program yang dijalankan adalah bersesuaian dengan remaja-remaja puteri yang terlibat serta selari dengan kehendak Islam. Raudhatus Sakinah cuba menyediakan program yang bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan remaja-remaja yang terlibat. Antara aktiviti dan program yang telah dijalankan:

Bimbingan Kerohanian

akidah
fardhu ain
akhlak
seerah
al-Quran
hadith

Bimbingan Kemahiran

komputer
jahitan dan masakan

Bimbingan Rekreasi/Riadhah

Indoor dan outdoor games
perkelahan
lawatan

Bimbingan Kaunseling

Kaunseling kelompok dan individu
Bimbingan Kerjaya

Mengikut keperluan dan kesesuaian pelatih.

Prosedur Kemasukan
Kategori remaja yang mengikuti bimbingan di institusi ini:

* Berumur di antara 13 hinga 25 tahun
* Beragama Islam dan warganegara Malaysia
* Memerlukan sokongan, bimbingan dan perlindungan
* Bebas dari penyakit kronik (AIDS dan Dadah)
* Tiada kes undang-undang (boleh dipertimbangkan mengikut tahap)
* Bersedia menjalani bimbingan mengikut tempoh yang telah ditetapkan
* Bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan

Kesimpulan

Penubuhan Raudhatus Sakinah bukanlah suatu kebanggaan. Sebaliknya sebagai salah satu usaha pencegahan supaya setiap anggota masyarakat sama-sama berganding bahu menyelesaikan konflik sosial yang berleluasa dalam kehidupan hari ini. Dengan adanya kerjasama dan bantuan dari setiap anggota masyarakat, diharapkan impian untuk menghapuskan atau mengurangkan ke tahap yang minimum masalah gejala sosial akan menjadi kenyataan sekaligus di ketika itu kewujudan Raudhatus Sakinah tidak diperlukan lagi.

Sumilah Marto,
Timb Pengerusi RS Johor,
bp AJK Pengurusan RSJ.

Komen..

mlay
01-Nov-2008, 3:40:26 am
IP:60.48.38.12

semoga lahirnya anak2 yang akan menjadi umat yang terbaik berakhlak mulia di dalam islam...

berTEMU,berCINTA,kemudian berPISAH,adalah KISAH sedih hati manusia.

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
8 Januari 2009, 11 Muharam 1430
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:51 Asar : 16:45
Subuh : 06:01 Magrib : 19:19
Syuruk : 07:23 Isyak : 20:33
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

zatieyZAIQorie Afifiashfatima_4280Asis the GladiatorputerarinduAna HusnikakraihanyleadhDOLnurDiaputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

12 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com