Terkini  Popular    Mula Topik

Raudhatus Sakinah (rs) Memerlukan Sumbangan Kita

2008-10-31 14:05:19
Assalamualaikum wb,

Netters yang dirahmati Allah SWT,

Dikongsikan sedutan catatan tinta seorang sukarelawan RS:

“Antara pelatih yg sempat aku temui, Ira (bkn nama sbnr) berusia 15 thn dan ditempatkan di RS krn ditangkap khalwat di sebuah hotel. Ira hampir genap setahun tinggal di RS. Dura (bkn nama sbnr) 23 tahun dimasukkn ke RS krn gejala murtad. Yaya (bkn nama sbnr) 20 thn tlh selamat melahirkan seorg bayi lelaki yang kini tlh diserahkan kpd sebuah keluarga angkat. Apa yg cukup mengagumkan aku, stlh mereka dimasukkn ke RS, begitu besar perubahan pd diri mereka. Setiap hari mereka akan bangun seawal jam 3.30 pg utk Qiamullail, puasa sunat isnin dan khamis tidak pernah ditinggal dan tadarus al-Quran. Rata2 shbt2ku mengagumi perubahan mereka tmasuk shbt2 rijal. Bg mereka, wpun pelatih2 ini pernah mbuat kesilapan...tp mereka lbh baik dr wanita2 di luar sana yg masih bergelumang dgn dosa. Sekurang2nya mereka telah btaubat.

Harapanku, masyarakat tidak memandang hina mereka ini kerana tanpa sokongan kita, sukar utk mereka meneruskan perjuangan mereka di Raudhatus Sakinah. Moga sinar hidayah terus menerangi hidup mereka...Amiin...”

Memandangkan Raudhatus Sakinah (RS) adalah sebuah institusi kebajikan badan bukan kerajaan (NGO), sumber kewangan yang diperolehi adalah melalui sumbangan dan derma daripada badan-badan atau orang perseorangan yang dermawan. Oleh itu Raudhatus Sakinah amat memerlukan sokongan kewangan dari orang ramai.

Sila masukkan sumbangan anda ke akaun berikut:

Bank Muamalat

0108 000017 7710

WANITA JIM JOHOR

Smskan sumbangan kepada:

Pn Solehah 019 7205860,

Bendahari Wanita JIM Johor.


Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”
Semuga Allah mengganjari setiap sen yang disumbangkan ke tabung ini.
Terima Kasih.

Sumilah marto,
Timb Pengerusi RS Johor.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my