myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Mak okay.......Mak okay. ..

Oleh Cahaya Anja
2008-09-29 09:33:13
IP : 60.53.107.196

 

Terpegun melihat iklan hari raya Petronas ...

Maknya langsung tak berkecil atas sikap anaknya , begitulah hendaknya perasaannya yang patut ada di hati ibu ibu.

Saya akui sebagai ibu memang payah untuk tidak berkecil hati ,memang hati ibu mudah tersentuh,

Saya selalu ingatkan diri saya supaya tidak mudah berkecil hati dgn anak anak dan orang yang tersayang..

LEbih lebih lagi dgn anak , sebab mereka perlu keredhaan kita supaya mudah menjalani hidup ini.

Teringat pesan Dr. Fadhzillah Kamsah , kadang kadang perbuatan anak ini punca dari kita , mungkin kita pernah buat begitu pada ibu kita,
So pesannya setiap malam buat lah solat Taubat. Maafkan lah anak , dan sentiasa berdoa kesejahteraan hidupnya.

Aidil Fitri daripada saya.

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......

Komen..

putri zaza
02-Oct-2008, 10:48:53 am
IP:121.120.162.34

bukan kte xnak bawak mak ayah duk ngan kte tp org2 tua ni dorg selesa duk umah dorg jugak..

i love........myself!

   
puterarindu
30-Sep-2008, 12:11:55 pm
IP:219.94.125.34

sepatutnya kita kena bawak ibu bapa kita berada selalu bersama kita,
barulah tak meleleh air mata bial nak beraya

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Cahaya Anja
29-Sep-2008, 4:16:40 pm
IP:60.53.107.196

Bila pandang sesuatu , pandang dengan mata hati , bukan dgn mata hitam...tapi pastikan hati kita bersih ,macamana tu?..

Boleh ke kita mendapat hati yang 100% bersih..

Bila pandang sesuatu , saya akui...tak banyak ,pasti ada sedikit buruk sangka, macamana tu

Q, memang sebagai anak wajib kita memohon ampun dari ibu..walau ibu nampak ok.

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......

   
yleadh
29-Sep-2008, 4:06:18 pm
IP:118.100.105.127

hermmm sepanjang ramadhan ni, saya dapati tv tv kita amat kurang menayangkan iklan iklan sempena ramadhan n syawal, tak seperti tahun tahun lalu.. kenapa? entah..

tapi saya selalu menonton siaran dari Indonesia, iklan iklan mereka amat menarik terutamanya yang berlatarbelakangkan 2 bulan mulia ini (tapi mereka lebih utamakan ramadhan)..
begitu menyentuh jiwa, dan sentiasa bersambung sambung, diawal ramadhan lain, di akhir ramadhan lain lak.. ada je idea mereka.

ada satu iklan menarik sungguh, kisah bebrapa budak sibuk mengumpul kertas kertas terpakai, nampak macam org susah, org lain pandang serong.. tapi rupanya mereka mengumpul dana untuk membeli makanan untuk panti asuhan, dan ada sekumpulan mat mat tembok pun sama menghulur sumbangan bersama sama mereka..

mesej...?

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Qzairinz
29-Sep-2008, 3:05:23 pm
IP:60.50.71.94

Ibuku kaulah pelita
Yang Dulu Kini Selamanya
Kau beri ku Kasih
Kau Beri Ku Manja
Kasihmu kudambakan

Engkaulah Ibu yang ku kasihi
Penawar duka sarat didada
walaupun penuh sengsara berkorbankan airmata
Berkorban Jiwa dan Raga

Kasihmu Ibu...tiada duanya
Kasihmu Ibu...tiada bandingnya
Mendidik kami...dengan ketabahan
Kepayahan dan kesulitan, ditanam dijiwa..

Kasihmu Ibu.. tiada nilainya
Tak rela aku melihatmu didalam keadaan duka
Hapuskanlah airmatamu
Kerana ia menyayat hati ini
Terasa bagai ditusuk sembilu
Hanya Allah yang tahu
Pedihnya hati ini..

kasihmu Ibu bak mutiara
Pasti bersinar selamanya
Tidak seperti kaca
Jatuh hancur berkecai
Musnahlah segalanya

Kasihmu Ibu yang ku rindukan
Penawar hati dikala duka
Kupohon kan restumu
Setitis doa suci
Memohon kasih Ilahi

Kini setelah aku dewasa
Masa dan detiknya sudah tiba
Untuk ku membalas segalanya
Buat Ibu Tercinta
Semoga kau Bahagia.....

Ketulusan Hati, Penyeri Keperibadian Diri, Merangsang keCINTAan Hakiki, Khusus buat-Mu YARABBI - yen

   
Qzairinz
29-Sep-2008, 2:56:06 pm
IP:60.50.71.94

Tapi berwaspadalah....jangan disangka wajah ibu yang tenang itu tidak tersembunyi gelora di lubuk hatinya. Kadang-kala ibu sering bersikap cuba beralah demi menjaga hati anaknya, walaupun dihatinya merasa begitu kecewa dengan sikap sianak... Justeru itu, kita disarankan agar sentiasa memohon ampun kepada ibu kita dan cuba selidiki kot-kot ada benda-benda @ perbuatan @ perkataan kita yang telah mengguris perasaannya selama ini. BERTINDAKLAH Segera Di saat kita masih memiliki ruang dan kesempatan untuk Memohon Keampunan Darinya dipagi Syawal ini, atau kita kitakan menyesal seusia kita.

Ketulusan Hati, Penyeri Keperibadian Diri, Merangsang keCINTAan Hakiki, Khusus buat-Mu YARABBI - yen

   
Zana.
29-Sep-2008, 12:18:41 pm
IP:210.187.66.218

Memang tersentuh jiwa...
nangis tau...
teringat bonda nun di desa.....

huk.. huk...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
8 Januari 2009, 11 Muharam 1430
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:51 Asar : 16:45
Subuh : 06:01 Magrib : 19:19
Syuruk : 07:23 Isyak : 20:33
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

zatieyZAIQorie Afifiashfatima_4280Asis the GladiatorputerarinduAna HusnikakraihanyleadhDOLnurDiaputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

23 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com