Oleh Cahaya Anja
02-Sep-2008 15:14:43
Ini email dari adik saya..untuk dikongsi bersama :...
Pada saya ini satu pengalaman menarik , sbb saya tak pernah laluinya...
-------------------------------------
We were there at Permatang Pauh sewaktu hari percalonan. Maktab tersebut
cuma lebih kurang xxxxxxxxxxxxxx
memang dlm kawasan parlimen PP). Walaupun dekat, masa perjalanan mengambil
masa yang agak lama oleh kerana jalan jam. Perjalanan balik lagi teruk but
it was worth it. Oleh kerana ini kali pertama nak tengok orang dicalonkan,
maka kami tergolong dalam golongan jakun. Tak sangka macam pesta siap
dengan orang menjual berbagai jenis juadah, dan cenderamata.
Susah nak estimate berapa orang yang hadir, tetapi teramat-amat ramai.
Penyokong PR melimpah-limpah sehingga keluar dari kawasan maktab. Dari
jalan besar sehingga ke kawasan maktab, penuh dgn penyokong PR. Jalan pun
sesak sehingga ke toll Juru (jauh tu). Sempatle berjumpa dengan selebriti
politik from both sides. Tetapi bila majlis selesai, pemimpin BN tak berani
nak lalu keluar dan terpaksa tunggu dalam hujan. Nasib baik, percalonan
Anwar tidak ditolak, kalau tidak mungkin juga orang merusuh. Kalau dah
ramai macam tu, macam-macam benda boleh berlaku.
Memang ada penyokong PR yang agak kurang ajar seperti yang ditulis dalam
suratkhabar - bukannya semua penyokong Anwar jenis sopan santun. Sama juga
dngan penyokong BN cuma tak keluar dalam suratkhabar. Kalau tidak percaya
lihat gambar di sini:
http://mafrel.wordpress.com/2008/08/18/utterly-disgusting/ . Dan penyokong
BN juga mengeluarkan kata-kata kesat especially berkenaan dgn liwat (memang
xxx rated habis!)
______________________________
Gitulah kehidupan.....
Apa pengajaran yang anda dapat drp pengalaman tersebut??
Pendapat saya : Org Melayu dah pandai cari peluang berniaga..Siapa kata org Melayu tak pandai berniaga.
Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......
webmaster@mymasjid.net.my