myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

6 perkara Allah sembunyikan ..

Oleh Zana.
2008-08-25 15:25:59
IP : 210.187.66.218

 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Komen..

Zana.
27-Aug-2008, 3:38:44 pm
IP:210.187.66.218

Putera...

makan nasi ulam pegaga
cecah pula budu kelantan
terima kasih yang tak terhingga
moga putera jua beroleh keberkatan

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
Zana.
27-Aug-2008, 3:36:24 pm
IP:210.187.66.218

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ash~widuri
27-Aug-2008, 12:03:48 pm
IP:202.75.4.185

alhamdulillah...

"Kelmarin hanya tinggal kenangan Bersama peristiwa semalam"....

   
Yang Ranggi
27-Aug-2008, 11:59:29 am
IP:192.163.20.231

tanjung putri tempat bermandi
tanjung kling ramai bercanda
ingatan dan ajaran tersemat dihati
ke pusara nanti dibawa bersama

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
Zana.
27-Aug-2008, 11:12:32 am
IP:210.187.66.218

Welcome.. welcome..

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
26-Aug-2008, 5:34:49 pm
IP:124.82.10.187

T.K. Zana,
Moga Allah jadikan dirikan diri ku bertambah taqwa kepadaNya.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
Yang Ranggi
26-Aug-2008, 10:11:23 am
IP:192.163.20.231

salam,

buat geng mymasjid.

naik sampan ke pulau kapas
naik van ke highway karak
mohon maaf perkara yang lepas
sempena menyambut Ramadhan al mubarak.

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
puterarindu
25-Aug-2008, 5:03:22 pm
IP:219.94.125.34

thanks zana...

makan nasi ulam pegaga
cecah pula budu kelantan
terima kasih yang tak terhingga
muga zana beroleh keberkatan

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Wan Kasmah Daud
25-Aug-2008, 4:10:49 pm
IP:203.121.38.4

Terima kasih zana ...

'Ya Allah jadikan aku lebih baik dari apa yang mereka sangka, dan ampunkan bagiku apa-apa (dosa-dosa) yang tidak mereka ketahui. Dan jangan dituntut dengan apa yang mereka katakan '

Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
8 Januari 2009, 11 Muharam 1430
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:51 Asar : 16:45
Subuh : 06:01 Magrib : 19:19
Syuruk : 07:23 Isyak : 20:33
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

zatieyZAIQorie Afifiashfatima_4280Asis the GladiatorputerarinduAna HusnikakraihanyleadhDOLnurDiaputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

20 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com