myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Apa yang kita makan ..

Oleh Asis the Gladiator
2008-08-23 03:31:44
IP : 218.208.231.240

 

wahai semua rakyat jelata sekalian.

Masa aku menulis ini sudah pukul 3 pagi, aku tak ngantok nak buat macam mana.

Satu persoalan yang mungkin anda semua anggap remeh disini, tapi aku rasa ini adalah point penting untuk survival bangsa.

Ini berkaitan dengan makan yang kita makan.

Kenapa Bangsa kita agak lemah dari segi akal dan fizikal berbanding dengan bangsa eropah, ini pointnya:

* Makan ruji kita sudah terbukti secar relatifnya kurang khasiat dan over karbohidrat

* Di sekolah anak2 kita dihidangkan dengan nasi lemak yang sudah terbukti tiada zat yang dapat menyokong pertumbuhan otak

* Daging bukan makanan wajib kita

* Makanan kita lebih gula dan lemak

Kesan makanan ini :

* Pertumbuhan dan kecergasan akal adalah minima

* pertumbuhan fizikal dan tenaga adalah minima

Makan eropah:
* makan ruji dia orang yang wajib adalah daging , roti, sayur segar dan susu. so tidak heranlah jika saiz mereka jauh lebih besar dari kita, dan mereka juga jauh lebih gagah dari kita, dan pertumbuhan anggota badan mereka lebih sempurna dan macho dari kita.

Cuba kita lihat sejarah kenapa Genghis Khan dari mongolia dapat menjajah hampir satu dunia ini aku kesan dan pakar kesan, kerana makan utama mereka adalah daging, dan satu2nya bangsa asia yang makan daging macam bangsa eropah, dan mereka sangat cekap menungggang kuda dan memanah.

So aku fikir sudah sampai masanya kerajaan Malaysia membuat satu dasar atau revolusi makan negara diperingkat sekolah rendah, Kerajaan perlu standardkan dasar pemakanan disekolah rendah dan polisi ini mesti look to western.

Aku tak yakin dengan saiz badan yang kecil dan tenaga yang tak segagah dan akal yang tak setajam bangsa eropah kita mampu fight mereka.

Sebab ada seorang minah orang putih dia pernah menulis dalam bukunya, dia menghuraikan secara terperinci berkaitan dengan pemakanan, dan dia simpulkan bahawa kita adalah apa yang kita makan.

Benda ini kita tak boleh pandang sebelah mata, sebab dari pengamatan aku nampak banyak kebenaranya.

Janganlah kita terlalu memuja muja makanan kita selama ini sebab kita bukanlah keturunan pengkaji macam mereka.

Aku tertarik semasa mendengar ucapan Prof diraja Ungku Aziz, Dia berkata bahawa dia tak pernah makan nasi lemak dan dia sendiri tidak menggalakan anak melayu makan nasi lemak, dan point2 yang dia berikan cukup teapt dari segi sains. Dan tak heranlah kini dia menjadi salah seoarng manusia yang hebat di Malaysia.

So kita kena menrima realiti ini.........jangan asyik nak bangga je dengan apa yang kita warisi, kita mesti cuba buat satu perubahan dalam polisi pemakanan harian kita, jika tidak mahu bangsa lain pergi jauh meninggalkan kita.

So komen anda semua aku harapkan, dan aku akan jawab balik

kita mesti tahu apa yang kita buat

Komen..

lopet
25-Aug-2008, 12:28:30 pm
IP:218.111.166.10

nasik lemak memang enak n very2 sedoppp...ape lagik ngan tea tarik suamm2..

tapi kuarge ku lebih gemar makan lempeng cicah sambal tumis ikan bilis atau telo....aio tea o suam2....

cam ne dgn otak2 org yg makan lempeng nie asis?....huhuhuhu...

allah maha mengetahui

   
puterarindu
23-Aug-2008, 12:10:47 pm
IP:219.94.125.34

kak anja nak nasi lemak ... taruk paru dengan telur puyuh masak sambal 3 bungkus...

aiii tergian lak nak makan nasi lemak telur puyuh
aku rindu saat itu, tika saat penat selepas menoreh

asis kena makan nasi lemak... nama jer nasi lemak. tapi kelemakanya tak berapa la sangat... jaman jaman barang mahal ni pembekal kena save bajet

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Cahaya Anja
23-Aug-2008, 9:39:20 am
IP:60.51.65.43

Oh..gitu..tak terbaca pulak oleh..kak, apa kata Asis beri sumber rujukan Asis , kongsi le dgn kak Anja..tak baik kedekut ilmu..
Hari ini kak ada banyak masa lapang..boleh gak kak Anja baca apa yang Asis dah baca.

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......

   
Asis the Gladiator
23-Aug-2008, 9:23:13 am
IP:218.111.36.35

Wahai Anja

Kena faham maksud asis, bukan asis kata nasi lemak tak boleh makan,

Boleh, tapi bukan ruji utama untuk budak sekolah. Sebab kesannya adalah secara kumulatif.

Kalau dah jual nasi lemak dah periuk nasik anja , teruskan.

Tapi asis hanya berkongsi pandangan, Dalam sesuatu perkara kita kena berani beri hujah.

Sebab asis, tuliskan bukan sekadar merapu macam si luncai tapi dari fakta dan bukti saintifik. Tak percaya cari sendiri dan baca sendiri.

Luaskan lagi pembacaan,

Ingat kita bukan bangsa hebat.

Tapi kita mampu menjadi bangsa hebat kelak jika kita tahu apa yang kita buat.

Kita mesti berani berubah..........Walaupun budaya itu sudah dibina selama 1000 tahun oleh keturunan.

Tak mau dalam hidup ini pegang watak sekadar melopong mulut

kita mesti tahu apa yang kita buat

   
Cahaya Anja
23-Aug-2008, 9:06:36 am
IP:60.51.65.43

Nasi lemak tak de khasiat ?....Toloong sikit...KAK Anja penjual nasi lemak tau....Nasi lemak tidak memudaratkan sebab...

1. Nasi lemak sekarang tidak berapa lemak ..untuk kantin sekolah kak Anja kurangkan santan...sebab utk budak sekolah tak elok, untuk di warong kak Anja lebihkan , dah itu permintaannya.

2. Kuantiti nasi lemak tak berapa banyak ,sekadar cukup utk lapis perut dan beri tenaga, kalau banyak nanti ngantuk pulak.

3. Ada kacang dan ikan bilis ,yang dah terbukti banyak khasiat

4. Ada bau daun pisang dan bau daun pandan+santan, elok utk aromaterapy..utk orang yang rungsing sampai tak boleh tidur lalu merapu-raban mcm kawan saya sorang tu...

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
8 Januari 2009, 11 Muharam 1430
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:51 Asar : 16:45
Subuh : 06:01 Magrib : 19:19
Syuruk : 07:23 Isyak : 20:33
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

zatieyZAIQorie Afifiashfatima_4280Asis the GladiatorputerarinduAna HusnikakraihanyleadhDOLnurDiaputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

15 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com