myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Juruterbang peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulamak dilindungi awan............. ..

Oleh Derauhsmeon
2008-06-23 15:12:05
IP : 202.75.40.142

 

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar
majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel
menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms
84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh
pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah
memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan
tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan
panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan
tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut
mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2
yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita
mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama
Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun
yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan
pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah
beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai
dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi
penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang
datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.
Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah
Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23
Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena,
Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan
pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas
dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk
memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya
sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari
tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki
ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz
Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot
yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan
keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan
ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama
Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk
agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam
barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin
Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti
penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.
Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

-->>> SESAPA YG BOLEH MENGSAHKAN CERITA NIE SILA MESEJ...

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

Komen..

roziana
30-Jun-2008, 11:21:28 am
IP:202.75.4.168

semoga dia d`rahmati ALLAH SWT

rz....

   
yUsAnGgErIk
27-Jun-2008, 11:34:17 am
IP:202.75.4.168

anggerik baru balik dari semenyih arrr
pi ziarah opismate meninggal Sad Sad

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
27-Jun-2008, 11:06:42 am
IP:219.94.125.34

karipa ubi stellor tak buat... tak cekak nak lenyet ubi
kita pakai ubi kentang, cincang masak kari

lo ni tak tahu.. anggerik dok kat mano

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Derauhsmeon
26-Jun-2008, 6:10:19 pm
IP:202.75.40.142

kalau kt johor jgn lupa ajak Drauh skali...hehehe..laporr-laporrrrrr...

Putera..karipap basah ubi stello ader dok?
nk order barang selege...

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 3:32:21 pm
IP:202.75.4.168

watpe kenyang beberapa hari
makang sekali kenyang seminggu

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
26-Jun-2008, 12:35:38 pm
IP:219.94.125.34

hujung minggu ni maksudnya lagi 3 hari...
kalau macam tu malam ni putera kena uli tepung awal skit
nak bagi naik kaw kaw
bila anggerik makang nanti
kenyang beberapa hari Smile Smile Smile

oh! hari ahad tak menoreh lah ...
coz nak antar kueh umah anggerik
anggerik tinggal kat Johore ke KeLumpur

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 12:30:39 pm
IP:202.75.4.168

nak order ujung minggu ni anggerik ader buat makang2 sket Smile
ader buat nasi lemak kukus tak? yang macam2 ader
yang sampai tak cukup daun pisang nak bungkus sebab penuh giler Very Happy

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
26-Jun-2008, 12:26:25 pm
IP:219.94.125.34

itu namanya kueh bantat
dimana kueh di uli tapi tak taruk ibu roti

putera tak buat kueh takmau bangkit
anggerik teringin nak order ker

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 12:02:51 pm
IP:202.75.4.168

puteraku,
nak order kuih takmaw bangkit Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
26-Jun-2008, 11:29:00 am
IP:219.94.125.34

minyak planta kalau ader oder...
plantar minyak bila kena oder

sesapa nak oder karipap, kueh bangkit,
boleh oder dengan putera
kueh bangkit tu ada bermacam-macam jenis
ada jenis
1) kueh bangkit pagi
2) kueh bangkit petang
3) kueh bangkit malam
4) kurh bangkit subuh

putera boleh sediakan kalau-kalau ada yang nak
kueh bangkit waktu lain

insyaallah selamat...

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Yang Ranggi
25-Jun-2008, 6:16:55 pm
IP:192.163.20.231

putera,

mung anto minyak planta, atau plantor minyak...

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
puterarindu
25-Jun-2008, 5:08:10 pm
IP:219.94.125.34

kadang kadang antar gak orang kat plantar minyak...
he he he jawab bagi pehak ashfat

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Yang Ranggi
25-Jun-2008, 4:48:36 pm
IP:192.163.20.231

ashfat,

lepas terbang heli kat sg besi, ada ker selalu terbangkan heli kat pelantar minyak...

saja nak tanya???...

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
yUsAnGgErIk
25-Jun-2008, 3:52:17 pm
IP:202.75.4.168

sowii arr anggerik tak amik lesen bawak helikopter Smile
jadi tak reti arr nk terbang 2 kan orang
terbangkan beruang mungkin bole kots

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
25-Jun-2008, 2:54:43 pm
IP:219.94.125.34

bab terbang dan menerbangkan putera belum penah alami lagi
rasanya gayat kot... selalunya kita kat bawah tetiba naik kat atas gayat kompom gayat.

putera rasa... anggerik tu yang selalu menerbangkanya

kalau helang terbang tinggi,
kita pipit terbang rendah,
inilah dinamakan nasib diri,
hidup kita tak selalu indah.

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
ashfat
25-Jun-2008, 2:48:34 pm
IP:124.82.12.43

Sebab itulah saya tanya Derauhsmeon supaya dapat saya hubunginya untuk meminta pengesahan sebagaiman yang dipinta olehnya.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
ashfat
25-Jun-2008, 2:40:03 pm
IP:124.82.12.43

Sg. Besi, tepi Highway KL/Seremban.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
Yang Ranggi
25-Jun-2008, 1:40:31 pm
IP:192.163.20.231

ashfat,

YR penah attend ceremony tauliah ni kat USM ... budak2 gunturean dapat tauliah dalam ATM.

YR pun penah gak attend ceremony kat Pulada, pulapor, biasanya bila dah tamat latihan, mestilah dapat tauliahnya kan....

so, ashfat dapat terbangkan belon tu pengkalannya dimana, sungai besi atau butterwoth... hehe..

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
ashfat
25-Jun-2008, 1:07:54 pm
IP:124.13.217.127

Ya lah pasai tambak putera, hang memang juara. tapi juara sampai tang manapun entahlah. Saya tak pernah buka tayar dll, tapi yg saya tahu hanyalah terbangkan dia saja.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
yUsAnGgErIk
25-Jun-2008, 11:13:05 am
IP:202.75.4.168

entah Smile
anggerik tak belajar ilmu hutan atau hantu
dulu belajar pasal ilmu kaji saraf otak Very Happy
kot2 ada fius putera yg tertanggal, bole anggerik skru kan

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
25-Jun-2008, 11:02:41 am
IP:219.94.125.34

dulu masa putera gi krusus penanaman pokok kayu jati untuk dijadikan balak
pensyarah cakap macam tu lah..
putera nak amalkan tak mampu
tak leh main sesuka buka tayar heli orang
nanti kena taram lak

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
25-Jun-2008, 10:52:26 am
IP:202.75.4.168

putera memang pandai dan memandai mandai

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
25-Jun-2008, 10:49:10 am
IP:219.94.125.34

hak aaa
masa lepas krusus tu dapat sijil .. kan
pastu baru boleh kawen

pastu baru ashfat boleh buka tayar
buka pintu
buka cermin
buka seat
buka macam macam
yang kita rasa nak buka ek

Smile Smile Smile

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
ashfat
25-Jun-2008, 9:20:40 am
IP:60.54.57.113

YR,
Cuba elobrate sikit lagi, supaya lebih nyata.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
Yang Ranggi
25-Jun-2008, 8:57:55 am
IP:192.163.20.231

erkkkkkkkkk.......cam ku kenal jerr... perkataan "tauliah dari DYP" tu dapat masa lepas kursus ek..

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
ashfat
24-Jun-2008, 7:13:16 pm
IP:124.13.123.165

Anggerik,

Bukan buat part time pasang tayar heli. Yang sebenarnya saya adalah bekas Pegawai yang ditauliahkan oleh YDP Agong dalam TUDM.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
puterarindu
24-Jun-2008, 12:15:30 pm
IP:219.94.125.34

eeee dok kat dalam gok tikus lagi best... nanti masukan aircon pastu pasang hi-fi,lepak kat dalam sana,
nanti leh ler anggerik nga derauhsmeon datang ke gok tikus putera

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
23-Jun-2008, 4:31:59 pm
IP:202.75.4.168

gok kambing besar sgt, menda luas nie tak menyeksakan sangat
kurung dalam gok tikus Smile huhuhuhuhu ganaz kan?

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
Derauhsmeon
23-Jun-2008, 4:23:00 pm
IP:202.75.40.142

klu gitu kurung dlm gok kambing jer....

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
yUsAnGgErIk
23-Jun-2008, 4:18:03 pm
IP:202.75.4.168

derauh, putera ni tak reti dok diam Very Happy
jangankan jentik, kene pelangkung pong masih tak diam2
payoh payoh payoh

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
Laman :    1 2 >> Akhir

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

Qorie AfifiputerarinduAsis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

42 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com