myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

MENJADI AKU ..

Oleh puterarindu
2008-05-21 11:33:36
IP : 219.94.125.34

 

semulai kita pun ketemu
dalam getar senyum mu
ada iklas mendesak
dari bibirku
munga teria inginmu

dan aku
tak terpetik kilasmu
lantas mebiarkan inginmu
terkecai
menjadi aku itu
lelaki yang melukaimu

dan kau
membiarkan aku
terdiam dikolong ini
dengan sesak nafasku
menanti lagi senyum mu

ngalir darah lukaku
saat kau jauh
mengutip impi indah
tanpa aku
disisimu...

21 MAY 2008

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

Komen..

puterarindu
10-Jul-2008, 11:51:26 pm
IP:60.49.243.202

BALINGLAHBATUMU
... buat roziana

balinglah batu itu
sekuat hati
dan biarkan batu itu
melantun jauh
lalu biarkan batu itu
melentin bagai buah nneting

keatas
dan jatuh melantun lagi
batu itu
bagai nneting

dan itulah kita
irodatnya hidup dengan
reda dosa lantas memaafi
adalah dengan ketulusan

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
roziana
09-Jul-2008, 11:17:42 am
IP:202.75.4.168

mintak maaf klu ada yg trasa dgn bahasa yg kasar sblm ni,i memang mcm ni sorilah ye.

rz....

   
Yang Ranggi
09-Jul-2008, 8:37:09 am
IP:192.163.20.231

ada dua sastrawan rupanya kat sini.......

tengah bersayumberaaaaaa...........

kasihku, kasihmu bercantum menjadi satu kerana DIA.

   
roziana
07-Jul-2008, 3:24:59 pm
IP:202.75.4.168

ape la anggerik ni asyik cita pasal asam je..masam tau.

rz....

   
yUsAnGgErIk
05-Jun-2008, 10:55:54 am
IP:202.75.4.168

masam dalam kelat
kuhirup dingin asom boi pekat
dan kau tertawa melihat
mataku terkedip menahan kesat
ah, aku masih ingat
kecurku berbaur asam pedas likat Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
04-Jun-2008, 5:11:26 pm
IP:219.94.125.34

GIUR

gemercik
liur derai
saat leka kita
bermain
antara ingin dan izin
antara hasrat dan impian

temanganmu pun
menyentuh inginku
dan aku termalu
bila rakusmu
melekakan aku
pada riakmu

akukah lelaki itu
bersebelahan saratmu
dan kau pun seakan terlupa
tetang aku
tika kau tiada diam
menghirup sup dan makan bakso !

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
02-Jun-2008, 12:13:10 pm
IP:202.75.4.168

kedut kedut di wajahmu
dgn riak selamba
dalam aroma bakso jawa
kuhirup panas aroma
pun rojakmu kujamah sekilas
manis pijar dalam pedas
nasi ayam curahan cili
dan taulanku acapkali memuji

melewati geraimu satu petang saat pulang
kucari bayangmu seakan hilang
geraimu mengungsi sepi
dan satu pagi saat tercari serbuk pencuci
tersapa aku dengan suara yg dkt di hati
"bakso makcik masih panas di kuali
pindah gerai tapi tetap di sini"
dan kulihat gerai baru beratap rumbia
dengan menu yang sama

dedikasi untuk makcik jual bakso kat depan umah Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
31-May-2008, 9:39:12 am
IP:219.94.125.34

gebumu masih terasa
biarpun kulitmu menggerutu
tetap indah jadi halwaku
kari pekat yang membangkit hasrat
terbuai dalam kawah hangat
betapa aku rindu
ingin dalam diam
roti canai dan kari kaki ayam

puisi ni untuk putera

MELINTASI PANDAN JAYA
(buat anggerik AW AW AW)

kadang malam tersendiri bisu
kauaku menyendiri ingin
namun kita kotakan ego
demi maruah ... katamu

cakar bugar
emas sempuh
aroma menggeritik
kecur pun membasah pundi

seakan serentak ingin kita
matamu mataku tertoleh kesitu
kedai kaki ayam
ah!!! aku pun jadi tak keruan

puisi sadis..

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
28-May-2008, 9:51:32 am
IP:202.75.4.168

gebumu masih terasa
biarpun kulitmu menggerutu
tetap indah jadi halwaku
kari pekat yang membangkit hasrat
terbuai dalam kawah hangat
betapa aku rindu
ingin dalam diam
roti canai dan kari kaki ayam Smile

puisi ni untuk putera

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
28-May-2008, 9:46:22 am
IP:219.94.125.34

Di balik suci warnamu
Ada merah yang menumpang teduh
Ada hijau yang menyelit diam
Dan hitam yang mencorak rasa
Kuih lompat tikam warisan bonda

puisi ni untuk putera

haus mulus indah katarsis
merenungrewang rungkai ingin
tika sunti memintal hasrat
saat kari terkandung sarat
dalam kerangupan aroma
kau pun terbuai
saat indah
tika rangup, halwa panas
membasah bibirmu
dengan karipapku
yang digoreng panas

puisi khas buat anggerik Smile Smile Smile

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
28-May-2008, 8:39:29 am
IP:202.75.4.168

Di balik suci warnamu
Ada merah yang menumpang teduh
Ada hijau yang menyelit diam
Dan hitam yang mencorak rasa
Kuih lompat tikam warisan bonda

puisi ni untuk putera Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
26-May-2008, 6:11:32 pm
IP:219.94.125.34

batu

gerimis tumpah
berjerabu
dibatu diam
seakan
penghapus dosa!

puterarindu

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
26-May-2008, 11:40:38 am
IP:202.75.4.168

Adakala ada rasa pedih
Terkubur dalam diri
Terkadang sendu bermukim
Jauh di perdu hati
Biar rasa-rasa itu
Memakan temulang belulangku
Demi bahagiamu

kerana tulus seorang perempuan
celamu terselindung di balik rupa
seadanya lelakimu dipuja
biarpun duri tapi tetap permata
lalu untuk apa menimbang khilafnya wanita

mendakap bayang bayangmu
Barangkali terlalu payah
realiti yg terusir jauh
Kerana mimpi lebih indah

26 mei 2008

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
26-May-2008, 11:39:02 am
IP:219.94.125.34

kubuka dadaku
lalu kubiarkan
keris amarahmu
menusuk kedadaku
tikamlah
tikamlah
tikamlah

tikamlah dengan dendammu
saat amarahmu
kerana aku
tiada terdaya
untuk merempuh
hidup
tika payah
terlalu akrab menjadi temanku.

:persis luka jebat, saat tuah membenamkan taming sari
demi persahabatan

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
23-May-2008, 8:33:29 am
IP:202.75.4.168

Berbicara tentang bulan

Terkadang aku terlalu ingin
Berbicara dengan bulan
Tentang sinar yang terang
Biarpun di hari kelam
Dan kau takkan tahu
Di balik senyum bulan
Ada redup di dada bintang

22 Mei 2008

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
yUsAnGgErIk
22-May-2008, 9:48:24 am
IP:202.75.4.168

Puisi untuk mama

Entah di garis mana
Ada pemisah ukuran kasih kita
Walau cukup jerih untuk jadi permata
Namun di hati mama, aku tetap kaca..

Sepatah bicaramu di atas pangkin kayu
" Mengapa angah tidak seperti anak mama yang lain
Yang indah di pandangan, mulus di ingatan"
Hingga ke saat ini aku tidak pernah pasti
Apakah mama telah ada jawapan

Seraut wajah angah biarpun tidak indah
Pernah disebut tetangga kerana cerah minda
Sedang anak mulus mama kecundang
Dengan dakwat merah penuh di buku penyata
Dan anak comot yang jarang di ingatan mama
Bertapak di puncak menara

Pasti mama tidak akan pernah terkenang
Anak comot mama dijulang orang
Dan mama takkan pernah tahu
Diiringi tepuk sorak hadirin
Anak comot mama tetap juara

Cacatkah aku, mama
Andai rupaku tak seindah mana...

6 April 2008

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

Asis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manputerarinduSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

26 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com