myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. ..

Oleh azrul alwi
2008-03-09 13:40:10
IP : 121.120.172.191

 

Salam,

Saya teringat dahulu semasa belajar di sebuah IPT. Masa tu Anwar Ibrahim menjadi patron IPT tersebut. Masa tu gelombang kesedaran Islam semakin membesar. Ramai orang Melayu mahukan penghayatan Islam di dalam UMNO. Ramai orang Melayu nampak jika Anwar berkuasa, beliau akan meletakkan Islam di tahap yang maksima. Sebab rata-rata orang sedar, walaupun Islam di dalam diri mereka masih belum menyeluruh, tetapi mereka masih berharap sebuah pentabiran Islam yang dapat melengkapkan bahagian yang tertinggal itu.

Jika kita tengok sejarah perkembangan Anwar, beliau memang aktif di dalam sesuatu yang bercorak Islamik. Pada waktu itu, PAS sering digambarkan sebagai parti Islam yang extrim.

Sehinggalah Anwar dipecat. Orang-orang UMNO berpecah. Orang-orang melayu yang tak minat berparti (macam saya ni) mula nampak akan terjadi kemunduran kepada gelombang pembangunan Islam. Ramai pakat beralih arah. Semuanya mencari "next-best-alternative" yang boleh menaikkan Islam. Akibatnya "Ganu" jatuh kepada PAS dan kemenangan BN terjejas.

Apabila Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Orang nampak Pak Lah sebagai manusia yang boleh mengembalikan apa yang Anwar pernah capai. Orang-orang Melayu UMNO yang menyebelahi Anwar, semua kembali menyokong Pak Lah. Sebab ayah beliau duhulu bekas mufti, sudah tentu anaknya akan jadi terbaik. Lalu imej ayahnya lebih ditonjolkan untuk meraih sokongan. Dia mendapat mandat besar.

(Arwah moyang saya dulu adalah mufti pertama Pulau Pinang, nama dia tak naik pun ..)

Malangnya, bak kata lirik lagu kumpulan Raihan, "iman tak dapat diwaris, oleh seorang ayah yang bertakwa.". Orang-orang yang mengharap Islam terpelihara dan terjaga berpendapat Pak Lah sama saja macam menteri-menteri lain. Tak mampu nak menjiwai Islam. Tak mampu menterjemahkan Al-Quran melalui perwatakkan dan pentadbiran. Di dalam isu IFC pun beliau agak terumbang-ambing mempertahankan Islam.

Hari ini, depa dah sedar kesilapan mereka memilih watak Sheikh Abdullah Fahim. Apabila Anwar muncul semula dan bergabung dengan PAS. Para pencinta Islam telah nampak jalan baru. Ditambah pula dengan faktor dasar-dasar yang menjadikan rakyat tersinggung. BN lalu terkena tamparan hebat semalam.

Selepas ini, UMNO akan melakukan "bedah siasat", mereka akan membincangkan faktor mengapa mereka kalah. Jika UMNO ingin bertapak di hati rakyat Melayu sekali lagi, maka semua orang UMNO kenalah menjiwai Al-Quran dan hadith. Mungkin kena balik masjid mengaji kitab Bahrul Mazi dan Fiqh Sunnah. Mungkin semua orang UMNO kena download audio-audio koleksi saya untuk dengar semasa memandu. Mungkin mereka kena contohi perwatakkan Dato Shahidan Kassim atau Dato Nik Aziz. Kedua-duanya mengamalkan Islam yang non-liberal, yang asli.

Apa-apa pun, untuk mendapat semula tempat di dalam hati pencinta Islam, Al-Quran perlu dijunjung dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian ramai pemimpin UMNO. Dan apabila itu berlaku, tidak akan wujud lagi jurang perbezaan di antara UMNO dan PAS. Orang Melayu akhirnya boleh bersatu (macam puak-puak HINDRAF bersatu dibawah agama mereka).

Kemajuan infrastruktur penting, tetapi itu bukanlah yang dimahukan oleh para pencinta Islam. Para pencinta Islam boleh hidup dengan serba kekurangan asalkan Islam dijunjung.

Jika dikaji faktor sejarah, empayar Rome merupakan sebuah empayar hebat yang memberi rakyatnya dengan pelbagai kemudahan dan infrastuktur. Hiburan di Rome adalah yang tercanggih pada zamannya. Namun, menurut T. W. Arnorld di dalam The Preaching of Islam, golongan ulama kriestien di Rome pernah menulis surat kepada khalifah yang memerintah pada waktu itu, meminta Islam menawan Rome. Mereka kagum dengan Islam yang melahirkan pelbagai kebudayaan dan kepimpinan yang berintegeriti tinggi.

Maka eloklah kita semua bermuhasabah diri. Kepada para pemimpin, pelajari Al-Quran dan terjemahkan Al-Quran di dalam kehidupan dan tanggungjawab seharian. Apabila Al-Quran dan sunnah menjadi asas, semua orang akan sayang.

Kepada rakyat biasa macam saya ni, yang bukannya baik sangat, yang selalu terlanjur dan buat silap, yang bodoh dan bangang, kenalah sentiasa muhasabah diri juga. Kenalah juga mempelajari Al-Quran dan menterjemahkan Al-Quran di dalam kehidupan. Mudah-mudahan kita tidak tenggelam di dalam arus gelombang Islam yang semakin kuat.

(Takut nak kalau anak tanya, "ayah .. betul ker orang kata Allah tu raja setan?" .. kita dah tak boleh jawab ..)

Sekadar, pendapat setengah sen daripada seorang warganegara yang tidak suka melihat orang Islam berpecah.

Semoga tuhan mengampunkan kita semua.

Wallahu"alam.

.. salam aidil ad-ha ..

Komen..

puterarindu
11-Jul-2008, 12:08:02 am
IP:60.49.243.202

kau bertiger itu samer saja
sukerrrr bergadusss

nanti putera nak tambat jauh jauh sikit

putera ikat dekat dekat supaya makan banyak
ni tidak, dia bergaduss pulakkk

susah jugak membelanya

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Derauhsmeon
08-Jul-2008, 9:23:27 pm
IP:202.75.40.142

memang dia tak kenal rozana..tapi rozana mesti kenal dia..

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
roziana
07-Jul-2008, 2:41:51 pm
IP:202.75.4.168

bila masanya i jd beruk nih.....beruk pun tak kenal i tau

rz....

   
yUsAnGgErIk
07-Jul-2008, 2:38:19 pm
IP:202.75.4.168

yela rozie

yg buruk semua nya I
yg beruk semua nya U Smile

   
roziana
07-Jul-2008, 2:29:55 pm
IP:202.75.4.168

ini pesanan penaja paling buruk i penah jumpa di abad ini.

rz....

   
Derauhsmeon
01-Jul-2008, 5:41:52 pm
IP:202.75.40.142

fitnah lagi teruk....nie cuma pesanan penaja,,,,, Smile

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
roziana
30-Jun-2008, 11:13:08 am
IP:202.75.4.168

sapelh yg suka fitnah aku yg baik ni

rz....

   
yUsAnGgErIk
27-Jun-2008, 4:16:17 pm
IP:202.75.4.168

putera bukan di ngap
tapi me ngap Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
Derauhsmeon
27-Jun-2008, 4:12:15 pm
IP:202.75.40.142

bapak naga tak per dia dah tua..takleh nk buat apa-apa..
anak naga nie mesti kuat lagi..kalau dia ngap..abis ngep putera...

hehhehehhe

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
yUsAnGgErIk
27-Jun-2008, 11:31:41 am
IP:202.75.4.168

roziana tu lagi la bahaya
kalau anggerik ni mcm anak naga
roziana bapak segala naga
seram uiii seramm

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
27-Jun-2008, 10:52:00 am
IP:219.94.125.34

tulah kejer anggerik...
skodeng orang jer

entah entah dia selalu skodeng putera mandi
eeee takut la nak mandi sorang sorang
nanti anggerik skodeng... roziana boleh temankan putera mandi tak?

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Derauhsmeon
27-Jun-2008, 10:36:47 am
IP:202.75.40.142

camner tahu nie....

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
yUsAnGgErIk
27-Jun-2008, 7:43:52 am
IP:202.75.4.168

macam munyi kat toilet je muhahaha Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
Derauhsmeon
26-Jun-2008, 5:48:45 pm
IP:202.75.40.142

blup..burppp..bluuupppppp

disitu bumi dipijak disitu langit ku junjung..

   
Cahaya Anja
26-Jun-2008, 4:45:24 pm
IP:60.54.75.191

S - SAYANG

M - MANJA

L - LOVE

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......

   
puterarindu
26-Jun-2008, 4:23:56 pm
IP:219.94.125.34

ne non ne non ne non
ambulan lalu

mender tu
S

M
L

tak berapa paham

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 4:14:52 pm
IP:202.75.4.168

S - sempit
M - Muat
L - Lebar
XL - Xtra Lebar
XXL - Xtra xtra lebar
XXXL- Oooii kuatnyer makan.

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
roziana
26-Jun-2008, 3:50:11 pm
IP:202.75.4.168

ye la bsr tp sebsr mn saiz L ke XL ke XXL KE XXXL? beruang tu jantan ke betina?

rz....

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 3:46:59 pm
IP:202.75.4.168

sebesar beruang laaaaarrr Smile
mana ada beruang sebesar biawak ke ulat ke

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
roziana
26-Jun-2008, 3:38:38 pm
IP:202.75.4.168

mn beruang nyer? aku nk tgk sebsr mn

rz....

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 2:47:56 pm
IP:202.75.4.168

kat umah takde orang
ade beruang je Very Happy

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
roziana
26-Jun-2008, 2:04:59 pm
IP:202.75.4.168

AS`KUM?ada org kt rmh?????

rz....

   
puterarindu
26-Jun-2008, 12:38:59 pm
IP:219.94.125.34

anggerik suker kepala jer ker
organ organ lain...?
organ organ lain pong beh gak
macam tulang rusuk ker
kepala lutut ker
tengkok ker
jari kaki ker

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 12:24:56 pm
IP:202.75.4.168

pipi putera tu anggerik wat celup tepung, goreng garing2
lagi sedap mata tu wat laicikang sejuk Smile

bibir tu masak steam atau tiga rasa
tapi tanak bawang tau,anggerik tak suke makan bawang

telinga putera goreng kunyit je

tapi kalau nak jimat masa, sume komponen2 kepala putera tu
cincang dalam bentuk kiub, wat tomyam pekat Very Happy

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
26-Jun-2008, 12:20:01 pm
IP:219.94.125.34

hidung hiris nipis nipis... gaul dengan misai
pastu perap semalaman
perghhhh sedap giler

mata wat sup sedap gak kan kan
putera suker hirup sup mata..

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
26-Jun-2008, 12:13:27 pm
IP:202.75.4.168

paling sedap tang mata putera tu, cicah dgn sambal belacan perghh Surprised
idung putera tu anggerik hiris nipis2 wat kerabu Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
25-Jun-2008, 5:12:39 pm
IP:219.94.125.34

putera maner ada kepala... kelapa ada la...
kalau sesiapa makan kepala putera masak lemak cili api
kompom ketagih.. sedap tu...

anggerik penah makang kepala putera kan kan kan Smile Smile Smile
manyak sodap Ooooo itu ari putera makan kepala putera seeeedaaaaap
meleleh air liur

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yUsAnGgErIk
25-Jun-2008, 3:37:11 pm
IP:202.75.4.168

tapi lagi sedap kalau putera tu dimasak lemak cili padi.letak timun sekali dalam gulai kuning tu.

tang kepala putera tu, belah dua pastu masak asam pedas letak daun kesum ngan munge kantan.jgn lupe letak bende

Aku masih berdiri dan akan terus berlari :)

   
puterarindu
25-Jun-2008, 3:08:07 pm
IP:219.94.125.34

nampak gayanya nak kena bancuh anggerik nga pisang
pastu taruk tepung sikit, pastu goreng, nama menu
anggerik goreng celup tepung -
wat makan malam atau makan pagi secara mengejut
Smile Smile Smile eeee takut OOooooo

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
ashfat
25-Jun-2008, 2:36:50 pm
IP:124.82.12.43

Eih, Eih, anggerik,

Takkan lah sama manusia dgn kedua2 makhluk Allah. Sabo aja.

beribadat dan bertaqwa kepada Allah dimana jua

   
Laman :    1 2 3 >> Akhir

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

puterarinduAsis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

47 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com