Terkini  Popular    Mula Topik

Coretan-ana Telah Kehilangan,,,,,

2007-03-22 12:53:47
Assalamualaikum....Innalillahi wa inna ilaihi roojiuun...begitulah lafaz yang kedengaran bila ada kematian...7 Mac yang lepas,abah ana telah meninggal dunia...tak sempat untuk melihat cucunya yang akan membesar..ada sepupu yang bertanyakan ana,bagaimana perasaan ana setelah kehilangan kedua ibu bapa..Ana sekadar senyap sahaja...nak kata sedih tu,ntah laaa...Bagi ANA,kesedihan ana dah lama berakhir...KESEDIHAN ANA IALAH SATU JE,IAITU NENEK ANA YANG TELAH MENJAGA ANA SEMENJAK ANA BERUMUR 41 HARI HINGGALAH DIA MENINGGAL DUNIA..tu lah saat sedih ana...ye lah,orang yang menjaga kita,membelai kita dari kecik hingga ana anggap NENEK lah ibu bapa ana...Masa arwah ibu meninggal dunia hari tu,ana tak dapat melihat beliau dikebumikan..begitu juga dengan abah ana...bukan tak nak lihat,tapi ada halangan2 tertentu yang tak dielakkan memandangkan ana berada jauh diperantauan...bila ana fikir secara halus,adakah ini keadilan yang ALLAH berikan kepada ana...masa ana lahir,dorang tinggalkan ana dibawah jagaan arwah datuk dan nenek...sebab tu lah ana tak berkesempatan melihat dorang hingga saat terakihr mereka seperti mana mereka tak melihat ana membesar...HANYA ALLAH TAALA YANG MENGETAHUI ATAS SEMUA PERKARA...apa yang penting bagi ana,tiada dendam buat mereka...Insya'Allah doa ana akan mengiringi mereka selagi ana masih bernyawa dan tak dijemput oleh-NYA...Insya'Allah,sabtu malam ni akan balik ke Kota Bharu menaiki bas dan akan kembali ke KL petang ahad dengan menaiki kereta seorang diri...memandangkan perjalanan dari Kota Bharu ke KL mengambil masa 8 jam dan tak tahu ana selamat sampai kl atau tak,maka dengan ini saya ingin meminta maaf dari kalian yang mengenali diri ana ni sekiranya sepanjang kita berkenalan ana ada buat silap dan salah sama ada secara zahir ataupun batin...sekiranya ada mana2 orang yang saya pernah berhutang ni,minta halal kan lah ek sekiranya ANA tak berkesempatan untuk membayarnya...p/s:tak taulah,selepas abah meninggal ni,ana selalu je mimpi arwah nenek dan ma memanggil ana...tu aaa buat coretan ni....takut tak berkesempatan dah nak mintak maaf atau halalkan hutang...-Mak tiri pun ada bitau yg dia bermimpikan gigi palsunya jatuh ke tanah...-arwah abah meninggal,tubuhnya lembik...orang kata kalau mayat tubuh lembik,ada lah orang terdekat akan ikut sekali...ntah laaa,kuasa ALLAH TAALA semua tu...kalau ana dah sampai masa,sampailah masa...ajal dan maut takkan cepat atau lambat w/pun seminit...Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my