Terkini  Popular    Mula Topik

Kematian Pasti Akan Tiba

2007-03-01 17:03:50
KEMATIAN PASTI AKAN TIBAOleh Mohd Yaakub bin Mohd YunusManusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasaioleh hawa nafsu dan hidup dibelenggu dengan perbuatanmaksiat amat sikit bahkan mungkin juga sama sekalitidak mengingati bahawa malaikat maut pasti akandatang membawa perintah Allah S.W.T untuk meragutnyawanya. Sekiranya golongan ini mengingati kematian,pasti mereka bukan ketakutan atau bersedih hati keranamengingatkan apa yang bakal dihadapinya di alamakhirat kelak, tetapi ia gusar mengenangkanharta-bendanya serta segala kemewahan dunia yang bakalditinggalkannya. Firman Allah S.W.T.:Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, danbahawasanya pada hari kiamat sahajalah akandisempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yangdijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga makasesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannyadan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalahkesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. - Aali`Imraan (3) : 185Ketahuilah bahawa kematian pasti akan tiba terhadapseluruh umat manusia tanpa mengenal erti bangsa,kedudukan dalam masyarakat, kekayaan harta bendamahupun golongan yang dilihat gagah perkasa. Tiadasesiapa pun yang boleh melarikan diri dari menghadapimaut. Apabila telah ditetapkan waktu kematian bagiseseorang maka ianya tidak akan tertunda ataudipercepatkan walaupun sesaat. Firman Allah S.W.T.:Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yangkamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akanmenemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaAllah yang mengetahui segala yang ghaib dan yangnyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamutelah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu'ah (62): 8"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian daridosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidakterkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu;(maka segeralah beribadat dan bertaqwa) keranasesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah,apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan;kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamusegera beriman)". – Nuh (71) : 4Dengan mengingati kematian maka kita akan lebihberwaspada dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kitaakan sentiasa berusaha untuk menurut perintah AllahS.W.T dan Rasul-Nya dan meninggalkan segalalarangannya kerana kita tidak tahu bila ajal akanmenjemput kita. Dengan mengingati kedatangan kematianianya boleh menyebabkan kita teruja untuk membuatpersiapan yang rapi untuk menghadapinya nanti. Olehitu Islam amat menganjurkan agar kita sentiasamengingati tentang kematian.Di antara cara-cara yang terbaik untuk mengingatikematian adalah seperti berikut:a) Kita menegenangkan ahli keluarga kita, sahabathandai kita mahupun sesiapa sahaja yang bolehmempengaruhi hidup kita yang telah terlebih dahulumeninggal dunia. Kita kenangkan mereka semasa hidupdahulu mungkin memiliki harta kekayaan yang banyak,jawatan yang besar serta disanjung masyarakat tetapikini dibiarkan keseorangan di dalam kubur. Hartanya,kedudukannya serta sanjungan orang ramai tersebut kinitelah terpisah darinya. Rentetan dari itu hendaklahkita serapkan dijiwa kita bahawa kematian juga pastiakan menjemput kita dan kita juga bakal akankeseorangan di alam kubur.b) Hendaklah kita menziarahi kubur kerana ianya dapatmembantu kita untuk mengingati bahawa kita juga akanmenghadapi nasib yang serupa dengan ahli kuburtersebut.…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itumengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayatImam Muslim, hadis no: 976.Malah doa yang disunnahkan ketika menziarahi kuburjuga mengingatkan yang sedang berdoa bahawa dia jugabakal menyertai ahli kubur tersebut di masa hadapan.Di antara doa-doa tersebut adalah:Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin danmuslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Akumohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. -Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975.Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin danmuslimin, semoga Allah memberi rahmat kepadaorang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian darikami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadisriwayat Imam Muslim, no: 974.c) Islam juga menganjurkan kita untuk menziarahi orangsakit serta menghadiri majlis pengkebumian seorangMuslim yang lain kerana sedikt-sebanyakperkara-perkara tersebut dapat mengingatkan kitatentang kematian. Al-Barra' bin `Aazib r.a berkata:Rasulullah s.a.w. menyuruh menjenguk orang sakit,menghantarkan jenazah, menyambut doa pada orangbersin, menepati sumpah, menolong orang yangteraniaya, mendatangi undangan dan menyebarkan salam.– Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2445.Menyedari bahawa mengingati kematian ini dapat membawanilai-nilai yang positif terhadap setiap insan makaterdapat banyak dalil yang menganjurkan manusia agarselalu ingat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalahsementara. Rasulullah s.a.w. bersabda:Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitukematian – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, no: 4248Namun begitu mengingati kematian bukan bermaksud kitamendoakan agar dipercepatkan kematian terutamanyaketika kita ditimpa musibah kerana perbuatan tersebutadalah dilarang oleh syarak. Sabda Rasulullah s.a.w.:Janganlah seseorang itu menginginkan mati kerana balayang menimpanya, tetapi jika dia terpaksa menginginkankematian maka hendaklah membaca (doa):Ya Allah, lanjutkanlah hidup saya sekiranya hidup itulebih baik bagiku dan segeralah matikan saya sekiranyamati itu lebih baik bagiku. – Hadis riwayat Imamal-Bukhari, no: 5671.Mengingati kematian sekadar meyakini bahawa lambatlaun ajal kita pasti akan ditamatkan dan kita perlumempersiapkan diri untuk menghadapi maut. Rasulullahs.a.w. juga telah mengkategorikan insan yang sentiasamengingatkan kematian sebagai manusia yang palingbijaksana.Dari Ibnu `Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullahs.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepadabaginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antarakaum mukminin yang paling utama?Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antaramereka.Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukmininyang paling cerdik?Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingatikematian di antara mereka, dan yang paling baguspersiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orangyang cerdik. – Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, no:4249.Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenanganjiwa bagi seseorang yang sedang menghadapi kesulitanhidup. Ia akan menimbulkan kesedaran bahawa duniabukan segala-galanya dan selepas kematian ada alamyang kehidupan serta kenikmatannya kekal abadiselama-lamanya. Bagi mereka yang dianugerahkan dengankesenangan dalam kehidupan, maka mengingati kematiandapat menjauhkannya dari segala kerlipan serta godaanduniawi. Kematian akan menyedarkannya bahawa segalakesenangan berbentuk duniawi itu tidak kekal dan diabakal akan berpisah darinya. Hanya kehidupan di alamakhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkanjiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di duniaitu demi untuk mencapai kebahagian di akhirat. SabdaRasulullah s.a.w.:Perbanyakkan mengingati pemutus kenikmatan iaitukematian, kerana sesungguhnya tidaklah seseorang yangmengingatinya di waktu sempit kehidupannya, kecuali(mengingati kematian) itu melonggarkan kesempitanhidup atas orang itu. Dan tidaklah seseorangmengingatinya di waktu luas (kehidupannya) , kecuali(mengingati kematian) itu menyempitkan keluasan hidupatas orang itu. – Hadis riwayat Imam al-Suyuthi didalam al-Jami' al-Saghir no: 1400.Oleh itu dengan menyedari setiap yang bernyawa pastiakan menghadapi maut dan maut itu akan datang padawaktu yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. tanpapenangguhan mahupun dipercepatkan waktu kehadirannya,pasti ianya akan menimbulkan semangat untuk segeramelakukan amalan-amalan berbentuk ketaatan kepadaAllah dan Rasul-Nya. Sekiranya seseorang itumenangguh-nangguhka n untuk melakukan amalan yang solehdan ternyata ajalnya tiba ketika sedang asyikmelakukan maksiat maka dia termasuk orang yang merugidan bakal mendapat balasan yang buruk di akhiratkelak. Firman Allah S.W.T.:Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamudilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dananak-pinak kamu daripada mengingati Allah (denganmenjalankan perintah-Nya) . Dan (ingatlah), sesiapayang melakukan demikian, maka mereka itulahorang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah)sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamusebelum seseorang dari kamu sampai ajal mautkepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akanmerayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkahbaiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya akudapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dariorang-orang yang soleh". Dan (ingatlah), Allah tidaksekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atausesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; danAllah Amat Mendalam Pengetahuan- Nya mengenai segalayang kamu kerjakan. – al-Munaafiquun (63) : 9-11Justeru itu setiap umat Islam seharusnya memanfaatkanseluruh kehidupannya dengan cara yang terbaik iaitudengan mengerjakan segala amalan yang diperintah olehAllah S.W.T. dan Rasul-Nya dan meninggakanlarangan-Nya sebelum ditimpa kematian.Dari `Abdullah bin `Umar dia berkata: Rasulullahs.a.w. memegang bahuku lalu bersabda:Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang yangasing atau seorang musafir.Dan Ibnu `Umar menyatakan: Jika engkau masuk waktusubuh, maka janganlah engkau menanti senja. Jikaengkau masuk waktu senja, maka janganlah menantisubuh. Ambillah dari kesihatanmu untuk sakitmu danambillah dari hidupmu untuk matimu. – Hadis riwayatImam al-Bukhari, no: 5937.Oleh itu diwaktu badan kita sedang sihat ini hendaklahkita manfaatkan semaksimum mungkin untuk menjadi hambayang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh.Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpakecelakaan sehingga terpaksa hidup di dalam keuzuransampaikan kita tidak mampu melakukan amalan-amalanyang soleh. Kita pergunakan hayat kita ini denganmenghindari perbuatan maksiat kerana mungkin entahesok mahupun lusa malaikat maut akan datang untukmencabut nyawa kita sedangkan kita masih bergelumangdengan dosa.Semoga penulisan ini akan mengingatkan diri kita semuaterutamanya penulis sendiri akan kematian yang bakaltiba dan mudah-mudahan ianya dapat meningkatkankeinginan kita untuk melakukan apa jua persiapan yangsewajarnya demi untuk menghadapi kematian tersebut.Hamid al-Qaishari pernah berkata:Kita semua telah menyakini kematian, tetapi kita tidakmelihat orang-orang yang bersiap-sedia menghadapinya! Kita semua telah meyakini adanya syurga, tetapi kitatidak melihat oarang yang beramal untuknya!Kita semua telah meyakini adanya neraka, tetapi kitatidak melihat orang-orang yang takut terhadapanya! Maka terhadap apakah kamu bergembira? Kemungkinan apakah yang kamu nantikan?Kematian! Itulah yang pertama kali yang akan datangkepadamu dengan membawa kebaikan atau keburukkan.Wahai saudara-saudaraku! Berjalanlah menghadapiPenguasamu (yakni Allah) dengan perjalanan yang bagus.– Mukhtashar Minhajul Qashidin, ms. 483, tahqiq SyaikhAli bin Hassan al-Halabi. "Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my