 |
Ribena ada kandungan arak????? ..
 |
Oleh Zana.
2006-12-21 08:26:07
IP : 202.75.5.138 |
Saya menerima e-mail :"RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK" LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadaryang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,"katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi sumber : Fwd mail "Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
|
Komen..
|
Halimaton Saadiah 02-Feb-2007, 10:09:04 am
IP:218.111.70.164 |
|
|
| Akum... Alhamdulillah.. Saya dah lama join MyMasjid ni tapi baru arini sempat masuk forum.. tut tut terbaca pasal ribena ni.. Thanks zana sb bgtau.. kat umah saya ni sentiasa ada ribena tu sb my family mmg suka minum.. bila dah dpt info ni saya kena buang terus lah ribena tu.. thanks!
|
| |
|
|
|
ajay 28-Dec-2006, 10:27:38 am
IP:203.121.36.3 |
|
|
thank for the information... kalu ada lagi sila bgtau lagi..MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa. |
| |
|
|
|
nurfatihah 23-Dec-2006, 10:47:15 am
IP:218.111.62.169 |
|
|
| ye ke...anak saudara sy slalu minum air ribena ni yg dikatakan baik utk bayi...nak buang kahak...kena maklumkan ni...thanks...
|
| |
|
|
|
Mami Ros 21-Dec-2006, 11:10:09 am
IP:192.163.20.231 |
|
|
| hikk...hikk.....hikk....zana mami selalu buat air sarbat ... untuk anak anak... sesekali buat air sirap + limau kasturi.... sedappppppp...asli..... air asam jawa pun sodappppppppp....... Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu." |
| |
|
|
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Bahrul Mazi Jilid 17
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-09
- SIRAH NABI
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-10
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Cinta bersegi-segi!!
oleh Asis the Gladiator,05-Jan-2009, 5:26:05 pm
-
re: Dosa kah Aku..arr
oleh Asis the Gladiator,05-Jan-2009, 2:31:24 am
-
re: Kenapa mesti menjerit?
oleh Asis the Gladiator,05-Jan-2009, 2:29:01 am
-
re: Dosa kah Aku..arr
oleh yleadh,04-Jan-2009, 11:32:32 pm
-
re: Kenapa mesti menjerit?
oleh yleadh,04-Jan-2009, 11:28:07 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, puterarindu, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, Qorie Afifi, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


22 online user(s)
|