Oleh Iskandar Dzulkarnain
06-Dec-2006 09:37:27
Trend atau gaya hidup rakyat M'sia umumnya dan melayu khasnya telah berubah kepada materialisme. Manusia dijadikan berpasang-pasangan maka itu adalah fitrah, maka sesiapa yg tidak mengikut fitrah adalah zalim iaitu tidak meletakkan sesuatu kepada tempatnya. namun begitu terdapat beberapa faktor untuk umat Islam di M'sia menjadi penghalang akan niat suci iaitu mendirikan rumahtangga disebabkan oleh duit hantaran kahwin yang begitu tinggi yg tidak mampu oleh mereka yg baru bekerja atau berpendapatan rendah. Tidak nafikan bahawa kos perbelanjaan majlis perkahwinan agak tinggi tapi tak bermakna semuanya perlu disediakan. Sepatutnya hendaklah berbelanja cara berhemah. Akibat dari duit hantaran yg tinggi maka kemaksiatan yg berlaku pun tinggi dan dikhuatiri akan menjadi budaya seperti di negara barat. Apa komen anda?
webmaster@mymasjid.net.my