myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

suka minum air coke tak??? ..

Oleh Zana.
2006-11-21 10:45:46
IP : 202.75.5.138

 


Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan atau sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia tentang minuman ringan Coke Coca Cola.

Di kebanyakan negeri US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gelen air Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi air Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Bagi mencuci tandas - Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian flush. Kesan kotoran atau hampas akan hilang dari tindakan citric asid yang terdapat dalam air Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome - Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan air Coke. Kesannya, karat akan hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan corrosion atau hakisan pada skru dan nat bateri kereta - Tuang saja setin air Coke pasti kesan hakisan akan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat - Sekali lagi tuang setin air Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak atau melekit dari pakaian - Tambahkan setin air Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian, bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu, kotor dan melekit? Celup tuala dengan air Coke dan kemudian lap. Pasti bersih. Tidak perlu guna tin sembur untuk mencuci cermin kerana ia amat mahal.

Bahan aktif Coke ialah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air Coke dalam lori tangki (bukan lori yang bawa air Coke siap dalam botol atau tin), pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

Tolong jangan letak atau parking kereta anda berhampiran dengan lori tangki yang ada tanda amaran itu.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori dan trak mereka sejak 20 tahun. Wah, mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya ialah 18 sudu cawan teh bagi setin Coke. Cuba bancuh kopi atau teh dengan kandungan 18 sudu gula kat rumah dan minum. Mesti termuntah tetapi jika tambahkan citric asid, mesti muka anda akan tersenyum. Tambah pula dengan ais. Wah! Rasa macam minum air Coke yang berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dan otak pun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan bagi para pekerja buruh. Seperti candu yang dibawa masuk ke China dahulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ke tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk air Coke, pasti gigi itu akan hilang atau lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, cubalah cara ini. Mungkin gigi anda itu boleh hilang.

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama je. Anda minum Caffein, tetap bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, ada antara peladangnya yang menggunakan air Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Sesiapa yang ada tanam pokok cili kat rumah, bolehlah sembur air Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pergi ke Mekah, boleh confirm kot?

Jadi sambil-sambil kita minum air Coke, bolehlah juga cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dan lain-lain.

Rupa-rupanya air Coke ini boleh dijadikan bahan gantian jika bahan pencuci, pelincir atau penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tidak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa kat sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati. Nak minum ke tak?

Sumber : FWD Mail

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Komen..

ElrondPeredhil
22-Nov-2006, 11:19:01 am
IP:61.6.38.132

Yang jadi isu ni bukannya coke ni halal ke tak? yang jadi isu sekarang ialah sikap syarikat coke ni yang membantu puak zionist membantai umat Islam. kalau kita minum banyak2 memang ler mudarat, tapi kalau takat ckit2 jer saya rasa tak jadi hal. banyak lagi cola alternatif di pasaran yang tak dikeluarkan oleh syarikat coca cola ni.

Sesungguhnya pandangan mata kasar itu penuh tipu daya syaitan.

   
Zana.
22-Nov-2006, 9:16:17 am
IP:202.75.5.138

Ye lah Mami ingat masa sekolah rajin gak beli air liminate nie...
murah je dlm 25 sen..
Masih rindukan air tu...
ada dijual lagi ke????

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
Mami Ros
21-Nov-2006, 1:26:43 pm
IP:192.163.20.232

yleadh,
air oren, coke dan sarsaparila( betul agak ejaannya)..dulu dulu ...cukup sedap...
cuma didapati dalam bulan posa jer..... bulan lain tak dok...
nikmatnya terasa hingga laaa nie...takleh chelenge ngan air bergas sekarang nie...

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."

   
Zana.
21-Nov-2006, 11:20:04 am
IP:202.75.5.138

Ya ke sahabat..
mcm best bunyinya...

macam dlm novel seorang tua di kaki gunung (penah baca ke??)
guna air katok..
tadahan dari bukit..
penah gak rasa sekali air ni di Lebuhraya lama dulu..
memeng sejuk sampai tulang..
nyaman sangat....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
yleadh
21-Nov-2006, 11:17:10 am
IP:219.95.146.118

hermm zaman kanak kanak dulu.. masa dok kampung tadak air pili.
kita org guna kolam untuk membasuh pakaian dan mandi.
utk minum lak kitaorg tadah air hujan. buat corong pada cucur atap tu terus masuk ke tempayan, mulut tempayan tu dah siap bubuh kain sebagai alat penapis..

segar sungguh air tempayan tu.. tadak pun masaalah sakit buah pinggang ke, apa ke..

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Zana.
21-Nov-2006, 11:13:42 am
IP:202.75.5.138

Tak pe rela...
di samping karat ada gak mineral...
kalau karat tu selamat lagi dari coke tu...
Tapi apaun air telaga yg terlebih baiknya..
Cthnya org dahulu kala sihat sokmo.................
kan.. kan..

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
yleadh
21-Nov-2006, 11:11:18 am
IP:219.95.146.118

heh heh kalu berani, minum le air paip besi tu.. mau penuh ngan karat karat tuh

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Zana.
21-Nov-2006, 11:10:01 am
IP:202.75.5.138

Paip besi pun ok gak .... :)

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
yleadh
21-Nov-2006, 11:08:31 am
IP:219.95.146.118

sahabat.. so kembali le ke asal.. minum le air 'jarang' bebanyak.

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Zana.
21-Nov-2006, 11:07:01 am
IP:202.75.5.138

Sahabat..
ada gak dengar benda nie...

macam-macam zaman sekarang...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
yleadh
21-Nov-2006, 11:02:34 am
IP:219.95.146.118

hermmm bagi yang suka bertanam tanaman, kalu tanaman anda diserang ulat / kulat / serangga perosak.. spray kan je dgn coke, sure mati ulat ulat / serangga perosak tu.

nak lagi power..? minum coke beserta makan mentos.. errr jaga jaga kalu perut anda meletop nanti...

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Zana.
21-Nov-2006, 10:47:43 am
IP:202.75.5.138

Awas!!!!!!!!!!!!!!!!

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

puterarinduAsis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

40 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com