Terkini  Popular    Mula Topik

Dakwah Ke Arah Penyatuan Tiga Agama (islam, Yahudi Dan Nasrani)

2006-08-23 12:38:07
Assalamualaikum .....28 Mac 2006 Majalah Manar Al-Islam, Januari 1998, Abu DhabiLujnah Fatwa Kerajaan Saudi telah mengeluarkan fatwa mengenai Dakwah Ke Arah Penyatuan Tiga Agama ; Islam, Yahudi dan Nasrani. Lujnah fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz (rahimahullah) telah mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini pabila dikemukakan kepada lujnah tentang persoalan, pendapat dan tulisan-tulisan yang membahaskan tentang dakwah ke arah penyatuan tiga agama dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Persoalan yang dibangkitkan kepada lujnah tersebut adalah seperti berikut : 1. Dakwah ke arah penyatuan tiga agama. 2. Dakwah ke arah pembinaan masjid, gereja dan synagouge di dalam satu kawasan di perkarangan- perkarangan universiti, lapangan terbang dan lain-lain kawasan umum. 3. Dakwah ke arah percetakan Al-Qur'an, Taurat dan Injil di dalam sebuah buku atau kitab. 4. Lain-lain persoalan yang berkaitan dengan dakwah ke arah penyatuan tiga agama. Selepas mengkaji dan meneliti persoalan di atas, maka Lujnah Fatwa pun mengeluarkan fatwa seperti yang berikut: 1. Di antara usul kepercayaan dalam Islam iaitu telah ijmak umat Islam bahawa tiada dalam dunia ini agama yang lebih benar selain daripada agama Islam. Inilah penamat sekelian agama dan Islam telah membatalkan agama-agama dan syariat yang terdahulu. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia di hari akhirat termasuk di kalangan orang-orang yang rugi". ( Ali Imran : 85 ) 2. Dan diantara usul kepercayaan dalam Islam iaitu Al-Qur'an adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan. Al-Qur'an menasakhkan kitab-kitab yang terdahulu diturunkan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Kami turunkan kepada engkau kitab dengan sebenarnya, membenarkan dan menjaga kitab yang terdahulu sebelumnya, sebab itu hukumlah di antara sesama mereka menurut apa yang diturunkan Allah. Dan janganlah engkau turut hawa nafsu yang membelokkan engkau daripada kebenaran yang sudah datang kepada engkau" ( Al-Maidah : 48 ) 3. Wajib beriman bahawa Taurat dan Injil telah dinasakhkan dengan Al-Qur'an. Taurat dan Injil telah diseleweng dan ditukar ganti ( berlaku penambahan dan pengurangan ). Firman Allah SWT yang bermaksud : " Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka memutar-mutar lidahnya membaca kitab, supaya kamu menyangka ( yang dibacanya itu ) sebahagian daripada kitab, sedang yang sebenarnya bukan sebahagian dari kitab. Mereka mengatakan itu daripada Allah sedangkan yang sebenarnya bukan daripada Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui" ( Ali Imran : 78 ) 4. Dan di antara usul kepercayaan dalam Islam bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penamat sekelian nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Firman Allah yang bermaksud : "Muhammad itu bukanlah bapa seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah itu Maha Mengetahui atas segala sesuatu" ( Al-Ahzab : 40 ). Nabi Isa a.s yang akan diturunkan pada akhir zaman juga akan mengikut Rasulullah SAW dan melaksanakan syariat seperti mana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Dan di antara usul kepercayaan dalam Islam bahawa Rasulullah SAW diutuskan untuk semua umat manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud : " Dan tiadalah kami mengutuskan engkau melainkan (menjadi rasul ) untuk seluruh manusia, membawa berita gembira dan memberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" ( As-Saba' : 28 ) 5. Dan di antara usul kepercayaan dalam Islam, wajib mempercayai bahawa kufur bagi sesiapa yang tidak masuk Islam dari kalangan penganut Yahudi dan Nasrani. Mereka ini diistilahkan kafir, musuh Allah, musuh para rasul, musuh orang-orang mukmin dan mereka ini adalah penghuni neraka. Firman Allah yang bermaksud : "Orang-orang yang kafir dari keturunan ahli kitab dan mempersekutukan tuhan itu tiada dapat meninggalkan ( kepercayaannya yang sesat ) sampai datang kepada mereka keterangan yang jelas" ( Al-Bayyinah : 1 ) 6. Dakwah ke arah penyatuan tiga agama, pendekatan dan percantuman tiga agama ini di dalam satu acuan dihukum sebagai seruan atau dakwah yang kotor dan mempunyai tipu daya di sebaliknya. Tujuannya menyatukan kebenaran dan kebatilan, merosakkan Islam, memusnahkan kekuatyannya, memesongkan akidah Islamiyah sehingga menjadi murtad yang nyata. Firman Allah yang bermaksud : " Dan mereka akan tetap memerangi kamu, sampai mereka dapat menyurutkan kamu dari agamamu, kalau mereka sanggup" ( Al-Baqarah : 217 ) 7. Di antara kesan dakwah yang jijik ini menghapuskan perbezaan di antara Islam dan kufur, antara yang hak dan yang batil, di antara yang makruf dan yang munkar dan memecahkan tembok pemisah di antara orang-orang Islam dan kafir. Tidak adalah wala' dan bara', jihad dan peperangan untuk mengagungkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT : "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka tidak melarang apa yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak memeluk agama kebenaran, iaitu daripada orang-orang yang diberikan kitab kepadanya sampai mereka membayar ufti dengan tangannya, dan mereka menjadi rendah" ( At-Taubah : 29 ) 8. Jika dakwah ke arah penyatuan tiga agama ini terbit dari seorang mukmin maka dakwah ini dihukum sebagai murtad yang jelas kerana seruan ini bertembung dengan usul kepercayaan Islam, rteda dengan kekufuran terhadap Allah dan membatalkan kebenaran Al-Qur'an yang membatalkan semua agama, syariat dan kitab-kitab terdahulu. Sehubungan dengan ini, fikrah dakwah ini tertolak daripada hukum syarak, diharamkan dengan seharam-haramnya melalui semua sumber-sumber perundangan Islam ( Al-Qur'an, As-Sunnah dan Ijmak ). 9. Sehubungan dengan apa yang telah disebutkan, maka haram bagi seseorang muslim yang beriman dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul untuk menyeru dan berdakwah ke arah jalan dosa ini, memberi galakan, membuka jalan, berlebih-lebih dalam menyahut seruan itu, menyertai muktamar, nadwah dan cenderung ke majlis-majlis perayaan mereka. Jika seorang muslim mencetak Taurat dan Injil berasingan sudahpun dihukum haram maka bagaimanakah pula dengan mencetak Taurat, Injil dan Al-Qur'an bersama-sama di dalam satu kitab ?. Sesiapa yang melakukannya atau menyeru ke arah itu, maka itulah kesesatan yang nyata kerana ia diibaratkan mencampur di antara hak ( Al-Qur'an ) dan hak yang dibatalkan ( Taurat dan Injil ) atau hak yang telah diselewengkan. Haram bagi seorang muslim menyahut dakwah pembinaan masjid, gereja dan synagouge di satu tempat kerana ia diibaratkan mengiktiraf agama lain sebagai agama Allah. Menamakan gereja dan synagouge sebagai rumah Allah, menganggap ibadah yang dilakukan di dalam gereja itu sebagai ibadah yang sahih dan diterima di sisi Allah, hukumnya haram kerana ibadah-ibadah tersebut bukan di atas syariat Islam. 10. Wajib diketahui oleh semua bahawa seruan ke atas orang-orang kafir umumnya dan ahli-ahli kitab untuk menganuti Islam wajib ke atas orang-orang Islam dengan nas-nas yang jelas dari Al-Qur'an da As-Sunnah. Tetapi dakwah tersebut mestilah melalui kaedah al-bayan ( penerangan ), al-mujadalah ( perdebatan ) dengan cara yang terbaik dan tidak membelakangkan sesuatu yang disyaratkan Islam. Ini semua penting untuk menyakinkan mereka dengan Islam dan seterusnya mereka dapat menganut Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakan: Hai ahli kitab, marilah kepada satu perkataan yang sama antara kami dan kamu, iaitu bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukan Allah dengan apa jua pun, dan tidak mengambil selain Allah sebagai tuhan, tetapi kalau mereka tidak mahu menurut katakanlah; Akuilah oleh mu bahawa kami ini orang-orang Islam" ( Ali Imran : 64 )

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my