 |
Anak perlu dididik cintai tiga kemanisan iman ..
 |
Oleh Wan Kasmah Daud
2006-07-31 09:17:42
IP : 203.121.38.4 |
Assalamualaikum …. IBU bapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Hal itu dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Seseorang Muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya ada pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya, hendaklah dia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah dia benci untuk menjadi kufur sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Imam at-Tabrani meriwayatkan daripada Ali bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca al-Quran. Sebab orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya berserta nabinya dan orang yang suci.” (Hadis riwayat Ad-Dailami) Dalam buku Ihya Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak al-Quranul Karim, hadis Nabi, hikayat orang alim dan beberapa hukum agama. Maka, apabila perasaan cinta kepada Allah dan rasul-Nya tertanam dalam jiwa anak-anak, ibu bapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Ibu bapa perlu mendedah dan menerangkan kepada anak-anak Rukun Islam dan Iman, seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya dalam kehidupan. Kedua-duanya adalah asas sebagai seorang Muslim dan mukmin sejati. Anak-anak juga perlu diajar mengenai asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi rasul-Nya; nama Allah, syurga dan neraka serta perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang Muslim. Begitu juga hukum syarak. Hal ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani serta jasmani. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan Rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail : Maksudnya, “Wahai Muhamad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu adalah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan haji sekiranya mampu.” Jibrail berkata: “Benar jawapanmu.” Jibrail berkata lagi: “Maka terangkan pula kepadaku mengenai apakah dia Rukun Iman?” Rasulullah menjawab: “Rukun Iman adalah hendaklah engkau beriman kepada Allah, maliaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada qada dan qadar Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)
|
|
Komen..
|
Mohd Norazmi 02-Aug-2006, 12:35:23 pm
IP:124.82.6.134 |
|
|
| assalamualaikumm, trimakasih... Dan jika ada sesiapa yg bleh tolong jawapkan pertanyaan saya ini. saya sebagai bapa kpd 2 org anak. bagaimanapula situasi masa/tempat mendidik anak untuk menyintai kemanisan iman? dan bagi saya dari segi umur anak pun bebeza cara menyemai perkara tersebut. betul ke?
|
| |
|
|
|
Wan Kasmah Daud 31-Jul-2006, 2:18:34 pm
IP:203.121.38.4 |
|
|
| Waalaikumsalam ... sama-sama yleadh .... qutreen ... bersamalah kita meriahkannya ...
|
| |
|
|
|
qutreen 31-Jul-2006, 12:31:37 pm
IP:60.51.76.178 |
|
|
assalamualaikum kakwan, dah lama tak masuk mymasjid ni,dah rupa lain la pulak... apa2 pun saya akan terus bersama mymasjidselalu terima email je dari kakwan... ~qutreen~ apa yg dikejar dlm hidup mu,berkali ku kata pada mu,kita tinggal di dunia yg sementara,penuh tipu daya.... |
| |
|
|
|
yleadh 31-Jul-2006, 11:32:35 am
IP:219.95.146.118 |
|
|
| thanks kak wan... "Udep Sare Mati Syahid" |
| |
|
|
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Bahrul Mazi Jilid 17
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-09
- SIRAH NABI
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-10
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Salam Perkenalan
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 6:11:39 pm
-
re: Paku Di Dinding Hati Mu . . .
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:23:06 pm
-
re: KURMA,MADU dan KISMIS...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:20:24 pm
-
re: Korang pernah cuba takkk.. ....
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:19:57 pm
-
re: sila ke gerai saya...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:41:54 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
puterarindu, Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, Qorie Afifi, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


39 online user(s)
|