Terkini  Popular    Mula Topik

Cadangan Perkongsian Rumah Ibadat..???

2006-07-04 12:26:29
Assalamualaikum semua..Terlebih dahulu nak minta maaf kalau isu yang saya nak kongsikan ni xbetul. Tapi bila saya tanya pada kawan saya, dia cakap dia pun tahu isu ni., so maknanya mmg adalah isu tentang cadangan perkongsian rumah ibadat nie. Kenyataan cadangan dari seorang lelaki islam.(Xtaula islam ke idak.) manalah tau kalau dia menyamar dan sengaja nak memecah belahkan umat islam.~“ Pada pendapat saya lebih bagus berkongsi rumah ibadat untuk merapatkan hubungan antara kaum,bangsa dan agama.Jgn nampak seperti agama sebagai halangan untuk merapatkan hubungan antara manusia,apa gunanya ada rumah ibadat hanya untuk sesuatu agama tetapi nyawa tak selamat di sebabkan permusuhan mahzab dan politik,contoh mudah Pakistan dan Timur Tengah,Negara kitapun kalau tak kawal boleh sampai ke tahap itu.Kita mesti berfikiran kehadapan bukan kebelakang, buang sifat2 membeza bezakan manusia dengan agama. Semua manusia beragama percaya kewujudan Tuhan cara mereka berfikir tentang ketuhanan itu hak mereka,kita sebagai manusia bertamadun jangan pula membeza bezakan manusia lain dengan menganggap kita yang terbaik,sebab pada hakikatnya mereka yang membantah idea perkongsian tempat ibadat berfikiran demikian tapi mereka tak luahkan kecuali pada suku sakat mereka.Selain itu mereka yang berfikiran tempat ibadat bukan hanya untuk ibadat tetapi ada juga aktiviti lain,itu sebenarnya bukan masalah,ada idea untuk menyelesaikannya.Yang penting matlamat perkongsian rumah ibadat untuk merapatkan hubungan antara manusia dan mengurangkan ketahap minima sifat permusuhan dan pandang serong antara sesama manusia.Idea awal boleh didirikan disetiap ibu negeri di negara kita kerana di bandar bandar besarlah ada penganut berbagai agama.Saya menanti[sepatutnya sudah ada]mufti Al Azhar yang mencadangkan idea perkongsian rumah ibadat walaupun secara bersyarat,ulama di sana lebih terbuka, berpelajaran tinggi dan banyak mengkaji sebab itu pemikiran mereka bertaraf antarabangsa, maka saya boleh turut dengan yakin”~bagi saya ni Cadangan yang xmasuk akal.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my