 |
kena tipu lagii........ ..
 |
Oleh yleadh
2006-06-27 10:39:53
IP : 219.95.146.118 |
Penipuan yang bernama PerdamaianAku masih ingat seluruh dunia terpaku menyaksikan satu perdamaian bersejarah di antara dua bangsa berseteru kini mereka bersekutu untuk memecahkan masalah al-Quds yang satu. Dijulanglah dua nama itu Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang Yang satu... Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi pembunuh Deir Yassin yang keparat itu Yang satu lagi... mati terkapar ketika lintas hormat soldadu Atas nama Islam beliau dihujani peluru. Sudah lama perjanjian Camp David itu Pelarian masih menunggu Perdamaian yang disambut dunia itu Hairannya mereka masih di situ di khemah-khemah pelarian itu.. Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap Tetapi seluruh raja-raja Arab Diumpan dengan kalimah 'perdamaian' Sehingga termetrilah satu persetujuan Sekali lagi dunia meraikan kejayaan kononnya akan membawa keamanan pelarian tetap menunggu Kata Israel... jangan sentuh soal pelarian.. Kita selesaikan masalah wilayah dulu Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I ... dan Sharm al-Syeikh II Kali ini bukan seperti Camp David sekadar menamatkan permusuhan tetapi melepaskan tuntutan ke atas 77% kawasan yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu Tak cukup dengan itu Baitul Maqdis mereka yang tentu kerana telah diistihar ibu negara yang satu dan abadi pula statusnya itu Bagaimana pula dengan Al-Aqsa Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin yang selebihnya milik mereka ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan Begitulah liciknya mereka mengabui rampasan dengan umpam perdamaian. Bangkitlah umat melaungkan intifadah sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah kepada zionis laknatullah Mereka bentangkan pula 'Pelan Damai' Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.. Berdaulat tanpa Baitul Maqdis? Berdaulat tanpa al-Aqsa? Berdaulat dan pelarian masih di situ? di khemah-khemah pelarian itu? Seperti biasa jawapan-jawapan pada peroalan itu Nanti kita akan selesaikan dengan syarat hentikan intifadah dulu. Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk memberi kepercayaan kepada sebuah penipuan yang bernama perdamaian Ibarat memasuki lubang ... yang sama berulang-ulang. Hafidzi MN
"Udep Sare Mati Syahid" |
|
Komen..
 |
|
luvillahi 28-Jun-2006, 1:30:34 pm
IP:192.228.219.253 |
|
|
Kadang-kadang kita rasa perdamaian itu seperti penipuan. Tapi kadang-kadang ada hikmahnya. Kadang-kadang kita rasa umat Islam tlh berjaya diperbodohkan sbb dok ikut perjanjian perdamaian. Tapi masih tak damai2. lagi dirampasnya hak kita. Kita tengok masa Iraq perang dgn Israel. Sampai skrg masih tak habis. Tapi Setiap hari umat islam kat sana kena tembak pluru buta. Pasal ape? Pasal kita kat sini masih dok sokong Amerika (bapa pengganas)tu.sambil berkata OIC. oooooooooo........iiiiiiiii........ccccccc.........Wahai kaum muslimin! Bangkitlah dari zon selesa. Tinggalkan hedonisme, tinggalkan pronograpi,tinggalkan perkara2 buang masa. Boikot ape saja barangan mereka. Tanamkan rasa sayang pada saudara2 seislam kita disana. Sakit mereka, sakitlah kita juga. Jadikan kemusnahan negara mereka sebagai pedoman kita. Kerana apabila tuhan ditinggalkan buruklah padahnya. Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi> |
| |
|
|
 |
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Bahrul Mazi Jilid 17
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-09
- SIRAH NABI
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-10
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Paku Di Dinding Hati Mu . . .
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:23:06 pm
-
re: KURMA,MADU dan KISMIS...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:20:24 pm
-
re: Korang pernah cuba takkk.. ....
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:19:57 pm
-
re: sila ke gerai saya...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:41:54 pm
-
re: BERHENTILAH MAKAN SARDIN, ADUUUH..
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:40:21 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
puterarindu, Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, Qorie Afifi, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


36 online user(s)
|