myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Amalan baik rosak angkara maksiat ..

Oleh Wan Kasmah Daud
2006-06-19 15:12:02
IP : 203.121.38.4

 

Assalamualaikum ….

SESUATU yang haram itu tidak akan menjadi halal apabila dalamnya bercampur perkara mungkar atau maksiat hanya sekadar diselubungi dengan tujuan baik atau kerana cita-cita itu murni.

Dalam kaedah fiqh perkara itu dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Dalam umat ini akan terjadi peristiwa ditelan bumi, berubah rupa bentuk dan dilempar dengan batu, Seorang lelaki daripada kalangan kaum Muslimin bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah terjadi peristiwa itu?” Baginda bersabda menjawab: Apabila muncul penyanyi perempuan dan alat muzik yang ditiup dan pelbagai jenis minuman arak.” (Riwayat at-Tirmizi)

Ibnu Hajar dalam kitabnya Al-Zawajir menjelaskan orang yang duduk bersama-sama orang minum arak, orang fasik dan ahli hiburan yang haram (seperti majlis tari menari walaupun dengan isteri sendiri), sedangkan dia berkuasa untuk menegah perkara itu atau berkuasa meninggalkan majlis itu adalah suatu dosa besar.

Menurut Imam Al-Qurtubi pula, sentiasa mendengar nyanyian juga boleh menyebabkan sifat bodoh dan tertolak persaksiannya (syahadah). Lebih ditakuti lagi menyebabkan nifaq, seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Nyanyian itu menumbuhkan sifat nifaq (munafiq) dalam hati seperti air menumbuhkan sayuran.” (Riwayat al-Baihaqi)

Justeru, ingatlah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah sementara dan sebagai jalan untuk menuju kebahagiaan di akhirat. Kita perlu sentiasa waspada dan ingat bahawa Allah menyediakan azab bagi orang yang terlalu mengutamakan kehidupan dunia, tanpa menghiraukan larangan-Nya dan rasul-Nya. Azab sama akan diberikan kepada mereka yang lalai dan leka oleh perkara mungkar dan maksiat.

Hal itu dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanya (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur berkecai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Allah juga mengkhabarkan apabila umat Islam tidak berpandukan syarak dalam menjalankan segala urusan dunia dan akhiratnya, kadang-kadang timbul sangkaan baik mereka terhadap sesuatu amalnya, pada hal adalah sebaliknya.

Jika ada suatu amalan itu mengandungi perkara yang tidak selaras dengan syarak, maka rosak binasa segala amal usahanya yang mereka sangka baik itu. Dan tidak akan mendapat sebarang harga pada hari kiamat kelak, bahkan mereka akan menerima kehinaan dan azab seksa seburuk-buruknya.

Hal itu diceritakan oleh dalam firman-Nya bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi serugi-rugi amal perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa saja yang mereka lakukan. Merekalah orang yang kufur, ingkar akan ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal mereka; maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat nanti. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahanam, disebabkan mereka pula kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai ejekan.” (Surah al-Kahfi, ayat 103-105)

Komen..

Wan Kasmah Daud
21-Jun-2006, 2:25:20 pm
IP:203.121.38.4

yleadh .... sama-sama ... bukannya apa cuma kak wan mengingatkan diri sendiri dan buat tatapan bersama ....

   
yleadh
21-Jun-2006, 10:28:59 am
IP:219.95.146.118

hermmm.. kak wan.. bila bawa artikel.. memang meremangkan bulu tengkok..

thanks kak wan..

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Wan Kasmah Daud
20-Jun-2006, 5:23:00 pm
IP:203.121.38.4

Waalaikumsalam ...

Ros dan Sal ....khabar baik, lamanya tak sembang-sembang kan! ...rindu lak rasanya ....

   
salopet
20-Jun-2006, 10:36:50 am
IP:60.50.134.1

waalaikumsalam kak wan.....
apa kabo......

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

   
Mami Ros
20-Jun-2006, 9:27:02 am
IP:192.94.94.105

Assalammualaikum wbt, kak wan...

apa kabar...

terimakaseh... semoga kita semua dirahmati Allah...

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."

   
Wan Kasmah Daud
19-Jun-2006, 3:24:02 pm
IP:203.121.38.4

Menunda amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik amat merugikan sekali ....

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

puterarinduAsis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

47 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com