myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

ISLAM KEMBALI DAGANG ..

Oleh Wan Kasmah Daud
2006-05-19 16:10:00
IP : 203.121.38.4

 

Assalamualaikum ...

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.

Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Sumber:
Buku 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman - oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

Komen..

wanita akhir zaman
22-May-2006, 1:45:55 pm
IP:203.106.216.90

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berdoa semoga diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjaga nur dan hidayahNya..dengan corak hidup akhir zaman ni, terlalu hebat rasanya dugaan kita...moga Allah tak sesatkan kita setelah diberinya petunjuk dan hidayah....Ameen..

   
yleadh
22-May-2006, 11:01:19 am
IP:219.95.146.118

jika nak lihat sesebuah negara akan datang, lihat lah generasi muda sekarang..

la ni generasi muda gemar sangat kat hiburan.. so agak agak camno..?

lagi satu golongan yang mempunyai anak anak berusia sekitar 20 an, adalah mereka yang berusia antara 50- 60 tahun.. mereka ini dizaman remaja dahulu adalah ketikanya negara kita dilanda virus hiburan dan masaalah sosial yang sangat dahsyat.. lihat jelah filem filem terbitan sekitar tahun itu.... dan hasilnya adalah sekarang..

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Mami Ros
19-May-2006, 4:50:09 pm
IP:192.94.94.106

Assalammualaikum wbt kak wan,

terimakseh....semoga kita mendapat menafaat dan berfikir ke arah kejayaan....

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."

   
Wan Kasmah Daud
19-May-2006, 4:24:42 pm
IP:203.121.38.4


.... Siapa yang diberi petunjuk (hidayat)oleh Allah maka inilah yang mendapat petunjuk hidayat, dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak akan engkau dapatkan pelindung atau pemimpin untuknya ...

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

puterarinduAsis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

35 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com