myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

AdaP WaNiTA KeLUaR rUMah.... ..

Oleh pakusu
2005-10-16 22:11:38
IP : 219.95.228.202

 



1. Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat
yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak. Contohnya:
-Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya
tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya.
-Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
-Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara
atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
-Untuk menjadi saksi.

2. Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan
manusia serta syaitan.

3. Apabila tempat tujuan kurand dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh
ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah
wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4. Hendaklah menutup aurat supaya:
- Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
- Tidak ada gangguan
- Mendapat keampunan Allah

5. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah
berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6. Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya)
atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki
atau kasut berladam).

7. Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di
jalanan.

8. Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika
memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur
sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10. Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"

Komen..

kmn
19-Oct-2005, 7:57:08 am
IP:210.187.111.53

Item no 3 tu, apakah yang dimaksudkan dgn muhram?Anggota keluarga atau kawan2 yg tiada hubungan kekeluargaan?Seandainya lelaki dan perempuan yg ditangkap berkhalwat dikatakan bukan muhrin.Tapi apakah istilah muhram disini?

   
kmn
18-Oct-2005, 3:01:43 pm
IP:210.187.111.53

kemusykilan no 3, muhram disini bermaksud siapa? adakah yg mempunyai hubungan kekeluargaan sahaja?Cth adik,kakak,abg,bapa,datuk. Bagaimana dgn kawan2 atau yg sering wanita moden sekarang berjalan bersorangan?

   
pakusu
17-Oct-2005, 11:38:20 am
IP:219.95.187.193

apa kabar semua??.sehat2 ye..

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"

   
salopet
17-Oct-2005, 11:15:29 am
IP:218.111.166.133

hari ini semalam dan mungkin jugak esok dan keesokan hari nyer.......

sang penyebab terlalu ramai utk hari ini...menjadi pemanggil wanita2 ini melupai adap2 diri...sekali gus tidak kenal langsung dgn semua ini.........


dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

   
Itaarissa
17-Oct-2005, 11:06:36 am
IP:203.115.226.141

Hakikat hari ini??????erm.........

   
salopet
17-Oct-2005, 11:04:19 am
IP:218.111.166.133

herm....ramai yg telah mencacatkan kecantikan dan keindahan itu.............

dan ramai jugak yg menjadi penyebab kepada kecacatan itu....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

   
Iffah
17-Oct-2005, 7:57:08 am
IP:61.6.38.132

ISLAM ITU CANTIK..

Jalan Menuju Bahagia itu tidak ditaburi Bunga mawar Yang Harum Tetapi Sebaliknya dipenuhi onak dan duri.

   
mAtA haRi
17-Oct-2005, 7:35:31 am
IP:203.121.44.4

islam itu indah ...

Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

Asis the GladiatorQorie AfifiputerarinduzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

28 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com