Terkini  Popular    Mula Topik

Sampai Bila Nak Aman Ni...?

2005-10-07 17:25:15
Oleh
ilham
Dr Mahathir Tidak Menyetujui Tuntutan Anwar

http://segerausaha.blogspot.com

PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyetujui tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut beliau memohon maaf dan membayar pampasan sebanyak RM100 juta berhubung perkataan-perkataan memfitnah yang didakwa dilafazkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dalam surat balasan kepada surat tuntutan bekas timbalannya itu, Dr Mahathir berkata beliau akan bersungguh-sungguh mempertahankan prosiding memfitnah yang dibawa terhadapnya dan menerima khidmat proses undang-undang jika Anwar bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Surat daripada peguam Dr Mahathir, V.K. Lingam & Co itu telah diserahkan kepada peguam Anwar, Tetuan S.N.Nair & Partners.Dalam suratnya, Dr Mahathir berkata Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya pada 2 Sept tahun lepas malah telah secara khusus menemui fakta bahawa Anwar sebenarnya terlibat dalam kegiatan homoseksual.

Pada 23 Sept, Anwar menyerahkan surat tuntutan melalui peguam-peguam Dr Mahathir yang menuntut Dr Mahathir supaya memohon maaf secara sepenuh dan sebenar-benarnya dengan secara bertulis dalam tempoh 14 hari.

Permohonan maaf itu hendaklah disiarkan di dalam semua akhbar utama dan media elektronik pilihan Anwar.

Kandungan surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa peguam-peguam Anwar telah menerima arahan daripada Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang jika permintaan itu tidak dituruti.

Dalam surat itu, Anwar berkata beliau telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan melakukan sodomi dan bahawa perkataan-perkataan memfitnah yang didakwa dilafazkan oleh Dr Mahathir itu telah secara langsung dan tidak langsung memberi gambaran bahawa Anwar seorang yang homoseksual.

Anwar mendakwa Dr Mahathir telah melafazkan perkataan-perkataan yang memfitnahnya itu dalam sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Menara Tun Razak pada 9 Sept yang dilaporkan oleh agensi-agensi berita, media elektronik dan media bukan elektronik.

Pada 2 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membebaskan bekas timbalan perdana menteri itu daripada tuduhan melakukan sodomi.

http://segerausaha.blogspot.com

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my