myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

TAKUTNYA NIFAK YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH HANZLAH ..

Oleh Wan Kasmah Daud
2005-09-29 09:28:30
IP : 203.121.38.4

 

....


"Kami berhadapan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. apabila Baginda s.a.w. berkhutbah pada suatu hari. Kutbah Baginda s.a.w.. menakutkan hati kami. Kami mencucuri airmata mengenangkan keadaan kami pada masa itu, kemudian saya pun kembali kerumah menemui anak dan isteri saya. Ditengah-tengah kesibukan kami sekeluarga, kesan kuthbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebentar tadi semakin hilang. Saya menyedari yang keadaan saya telah berubah. Kalau tadi saya berdukacita kini saya berasa gembira.Tiba-tiba saya berkata didalam hati saya:"Oh Hanzlah, engkau ini seorang munafik." Perasaan hiba yang menyelubungi fikiran saya yang tidak dapat dibayangkan. Saya meninggalkan rumah saya sambil berkata: "Hanzlah telah menjadi seorang munfik." Apabila saya menemui Abu Bakar saya meneruskan kata-kata saya tadi. Katanya: "Subhanallah! Apa yang kamu katakan ini. Hanzlah tidak mungkin menjadi seorang munafik."

Saya menceritakan segala-galanya kepadanya. Kata saya:"Semasa kita mendengar kutbah Nabi Muhammad s.a.w. tadi terasa oleh kita bahawa syurga dan neraka seolah-olah berada dihadapan kita, tetapi apabila balik bertemu dengan keluarga kita dirumah, kita melupakan kampung akhirat." Kata Abu Bakar: "Ya, keadaan aku pun demikian juga." Kemudian kami bersama-sama menuju ketempat kediaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kata saya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Rasulullah, saya telah menjadi munafik." Setelah mendengar penjelasan saya Nabi Muhammad s.a.w..:"Demi Allah , yang jiwaku ditanganNya, seandainya kamu dapat memeliharakan selama-lamanya keghairahan yang diwujudkan dalam sanubari kamu semasa berada disisiku, sudah tentu para malaikat akan mengucap selamat kepadamu semasa kamu berjalan dan semasa kamu tidur, tetapi wahai Hanzlah, ini adalah satu perkara yang jarang-jarang berlaku."

Menurut pendapat Nabi Muhammad s.a.w. walau bagaimanapun teguhnya keimanan seseorang, dia tidak dapat menumpukan segala tenaganya terhadap urusan 'Ukhrawinya' semata-mata kerana sebagai seorang manusia dia terpaksa bertanggung jawab terhadap urusan-urusan'Duniawi' yang lain. Walaupun ada manusia yang boleh berbuat demikian sudah tentu bilangan mereka itu terlalu kecil. Namun demikian, kita hendaklah memupukkan perasaan yang akan membolehkan kita sentiasa mencurigai tentang keteguhan iman kita sepertimana yang telah dipertunjukkan oleh sahabat Hanzlah.

Bagaimanakah kita hari ini .....

Komen..

puterarindu
29-Sep-2005, 12:35:25 pm
IP:218.111.140.26

ari maujan berpayung ler kitak

tapi sekarang ni dah berteknologi, dah pakai terowong dah

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
salopet
29-Sep-2005, 12:32:51 pm
IP:60.50.130.58

cam ne plak kok kau...arimau ujan...

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

   
puterarindu
29-Sep-2005, 12:31:13 pm
IP:218.111.140.26

pakai tak berpantang le gamaknya. harimau U.

kalau hari-hari-mau hemmmmmmmmmm


sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
salopet
29-Sep-2005, 12:25:28 pm
IP:60.50.130.58

aper plak masuk kandang rimau panggil kawan buat tahlil...........salah ler...

masuk kandang rimau....panggil ambulan ...kan berpantang maut sebelum ajal...

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

   
puterarindu
29-Sep-2005, 12:22:52 pm
IP:218.111.140.26

biasa ler sal...

masuk kandang kambing mengebek
masuk kandang lembu mengembooooo
masuk kandang rimau.. panggil kawan buat tahlil

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 12:13:12 pm
IP:203.121.38.4

sal ... serba bolelah tu kiranya ...
anak M'sia ... kemana pun boleh dibawa .. jangan ketinggalan ...

   
salopet
29-Sep-2005, 12:08:43 pm
IP:60.50.130.58

ni ceta pasal aper benonyer....
memprosa sajak ker....prosa tazkirah ....

hehehe...

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 12:04:50 pm
IP:203.121.38.4

memacam ajer yleadh ni ...
mantu ke nantu ke?
tak kisah ler .... ...

   
puterarindu
29-Sep-2005, 11:42:51 am
IP:218.111.140.26

tul tu Sham...

berkali-kali saya membacanya mencari sesuatu yang terdiam didalam sanubari Y.

indah persis deru laut pagi, menerjah lengkit malam, menarik rundum taqwa. buat kita insan yang serba kekurangan.

TQ Y

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
yleadh
29-Sep-2005, 11:41:29 am
IP:219.95.146.118

errk kak wan nak amik saya jadi mantu..?

errrrrrr..

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 11:29:42 am
IP:203.121.38.4

alaa ..... yleadh sesusah sangat ...
ambik buat menantu ajeler ...
sonang cito ...

   
yleadh
29-Sep-2005, 11:28:16 am
IP:219.95.146.118

betul kak wan,

tanam dgn tanah kerendahan
kerana ke dalam tanahlah juga
kita akan ditanam..

he he he

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 11:25:44 am
IP:203.121.38.4

Hisham ....
memangpun puisi yleadh amat syahdu dan menyentuh hati sekali ...

Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan,
sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam,
maka tidak sempurna hasil buahnya ...

   
yleadh
29-Sep-2005, 11:23:37 am
IP:219.95.146.118

kak wan, kat sini ramai, rekemen le kat apis n putera tuh.. sian meka.. tapi.. errr putera..? heh heh heh

bro rugger, gitu le gamaknya beb, lagi le aku teringat kepok lekor..

"Udep Sare Mati Syahid"

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 11:17:00 am
IP:203.121.38.4

ooo betul ke putera? ....
maap ler kak wan tak tahu lah pulak tu ..
tapi tak perrr ... itu baru sessi singapura ..
m'sia lum lagi kan? ....
hermmm bisa di atur ...
kat sini kan ramai ...

   
HISHAM
29-Sep-2005, 11:15:30 am
IP:203.106.242.227

syahdunya nukilan rasa mu bro yleadh

RUGBY RUGGER'S RUGGED

   
yleadh
29-Sep-2005, 11:13:28 am
IP:219.95.146.118

apis utk sesi s'pura??

ha ha ha ingat adeq manja pis..?

"Udep Sare Mati Syahid"

   
yleadh
29-Sep-2005, 11:12:35 am
IP:219.95.146.118

sErPiHaN kEaMpUnAn

Dalam ku melayari senja
Ku meminjau kehidupan silam
Penuh angkara nafsu tersasar
Kehidupan ku yang penuh nista

Di belenggu kealpaan dunia
Mendorongku kelembah durja
Sujudku kepada dilupa
Atas tingkahku yang hina

Kini ku sedari
Hinanya sebuah jiwa
Yang diselubungi
Dosa dan noda

Ku menanggis memohon keampunan
Ku menagih keredaan tuhan
Ampunkan
Diriku atas kelemahan

Wahai tuhan tiadalah dapat diri ini
Menyembunyikan perderitaan
Berikanlah padaku sekuntum hidayah
Agar perjalanan hidupku kini restui

"Udep Sare Mati Syahid"

   
puterarindu
29-Sep-2005, 10:54:44 am
IP:218.111.140.26

laaa kak wan tak tahu ker??

apis dah... tapi untuk sesi s'pura punya.
untuk sesi m'sia lum lagi.

kat s'pura dah jadi suami orang.
kat m'sia kira masih teruna...

tul tak pis

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 10:54:40 am
IP:203.121.38.4

itulah suratannya begitu putera ...
tapi tu lah bila dah ada dua rasa boleh menten nak tambah lagi ...
begitu lah seterusnya ....
manusia takkan berapa puas dengan apa yang dikurniakan Allah ...

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 10:47:36 am
IP:203.121.38.4

betul tu pis ....
kot mampu tak per nya pasang lebihpun ....
anak ramai boleh jadi pemimpin masa depan ...
Insya Allah jika diizinkan Allah ...
hehhh hehh ...
apis bila lagi ...

   
puterarindu
29-Sep-2005, 10:44:59 am
IP:218.111.140.26

bukan terniat pong, bagi kita orang lelaki nak pasang 4, tapi ia jadi dengan tak sengaja. macam kak wan tengok madu tiga. 10 tahun tu... pastu tup tup kawin sampai tiga.

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
BiLa Ku kEnang...ku
29-Sep-2005, 10:39:22 am
IP:203.106.242.227

jgnlah sebut kawhin 4
cukuplah dgn bersederhana

jika byk duit, mampu, lebih dr cukup, tu takpe, sbb kita dapat membantu banyak wanita dan dpt anak ramai yg insyaAllah jadi pembimbing masa depan.

jika semata2 nak kan keseronokan....susah nanti..

bersedrahana itulah yg terbaik..

eh kalo bersederhana...kahwin dua lah ye ..hehehe

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 10:20:33 am
IP:203.121.38.4

hemmm pandaiii .... putera ....
yang satu pong kekadang tak terjaga ...
nak pasang empat ?...

   
puterarindu
29-Sep-2005, 10:12:49 am
IP:218.111.140.26

so kena belen ler kita.

sebab itu lelaki bolih kawin sampai empat untuk menguji ke-belen-gan antara dunia dan akhirat

kawin 4. ujian, tu kak wan..

orang lelaki bukan hendak sangat kawin lebih dari satu, tapi kerana terpaksa

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 10:05:23 am
IP:203.121.38.4

hermmm ...
betullah tu putera ....
kalu kita benci dunia tak boleh plak ....
tapi berpada dengan apa jua ....

   
puterarindu
29-Sep-2005, 9:57:48 am
IP:218.111.140.26

tul tu...

tapi jangan kita tak menyintai dunia lak, nanti dunia tak sudi nak kawan ngan kita.. kita nak duduk kat maner, nak kena pindah kat planet lain la pulak

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Wan Kasmah Daud
29-Sep-2005, 9:54:23 am
IP:203.121.38.4

Rasulullah s.a.w bersabda:

Cinta kepada dunia itulah induk/pokok dari segala dosa ....

   
puterarindu
29-Sep-2005, 9:51:08 am
IP:218.111.140.26

kita hari ni macam ni la...

sebab itu Allah menyampaikan intuisi kepada sesuatu makhluk untuk mencipta sesuatu ciptaan untuk kemudahan ummah.

dengan itu terciptalah kaset, cd, dvd, dan selepas ini sesuatu yang baru akan ada, ini adalah kerana untuk memudahkan manusia merakam dan bolih mendengarnya berulang-ulang kali bagi mengetuk kesedaran kepada kita.

kan melayu tu mudah lupa

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

Asis the GladiatorQorie AfifiputerarinduzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzuladeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

38 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com