myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

PUASA DITUNAIKAN, SOLAT DIRINGAN-RINGANKAN (BAHAGI ..

Oleh ashfat
2005-09-19 17:58:08
IP : 211.24.7.251

 

Kenapa? Renungilah jawapan di bawah!!

1. Syarat puasa tidak ketat. Syarat solat ketat.
Tidak menutup aurat boleh puasa. Berlainan
dengan solat. Adakah jawapan ini betul? Kalau
betul orang tersebut telah dipimpin oleh syaitan.
Segeralah bertaubat sebelum terlambat....!

2. Puasa setahun sekali. Solat ditunaikan setiap
hari. Tinggalkan puasa menyesal tak sudah.
Tinggalkan solat satu waktu tak rasa nak
menyesal. Adakah jawapan ini betul? Kalau
betul tolong jumpa Tok Guru atau Tok Imam
untuk mendapat penjelasan supaya tidak tertipu
dengan hasutan syaitan.

3. Puasa amalan fi'li (perbuatan). Solat amalan fi'li
(perbuatan) dan qauli (perkataan). Setelah niat
puasa terus dikerjakan. Setelah niat, solat
dilakukan amalan qauli dan fi'li. Adakah kita
fikir amalan puasa mudah dan amalan solat
susah ditunaikan, maka kita meringankan
amalan solat? Tolong perbetulkan pemikiran ini
sebelum terlambat.

4. Adakah puasa yang sanggup ditunaikan itu
kerana amalan berterusan? Dengan lain
perkataan puasa ditunaikan dari naik fajar
sehingga jatuh matahari tanpa berhenti.
Sedangkan solat terputus-putus, iaitu solat
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'
ditunaikan tidak berterusan. Oleh itu amalan
puasa tiada masaalah untuk ditunaikan.
Pemikiran sebegini merugikan diri sendiri.
Tolong cepat bertaubat dan rajin-rajinlah
menunaikan solat.

5. Puasa dikaitkan dengan kesihatan jasmani.
Solat tidak terdapat unsur-unsur kesihatan.
Mungkin kerana ini orang lebih berminat
menunaikan puasa dan meringankan solat.
Sebenarnya menunaikan perintah Allah S.W.T.
rahsia atau hikmah semuanya sama. Tidak ada
beza antara amalan puasa dan solat.

6. Puasa boleh ditunaikan walaupun dalam
keadaan tidak bersih. Solat disyaratkan bersih.
Kalau inilah puncanya, kita lebih utamakan
amalan puasa dari amalan solat, segeralah
bertaubat dan memohon petunjuk dari Allah
S.W.T. dan segeralah belajar semula bab solat
semoga kita tidak sesat sepanjang hayat.

Bersambung...

buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.

Komen..

Zana
21-Sep-2005, 2:04:26 pm
IP:219.93.8.15

Aurat... merangkumi semua wajib samada dlm puasa atau solat...

Solat tiang agama...
Aurat tuntutan hukum yg utama..
puasa bonus dari Allah menguji ketaatan hambanya jua hikmah agar mengerti penderitaan insan lain yg lapar bukan setakat bulan puasa tapi makanan tak ada...

Walahualam..

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
21-Sep-2005, 1:59:01 pm
IP:211.24.0.205

Mami dah faham. Zana pula bagaimana?
Tunggulah Bhg.II yang akan menyusultidak lama lagi.

buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.

   
muhd azmi ishak
20-Sep-2005, 2:04:25 pm
IP:203.121.38.4

Sape kata puasa tak perlu tutup aurat. Jgn salah faham kerana Allah menurunkan ayat yg berbeza dalam menyuruh hambaNya berpuasa dan tutup aurat.

   
Mami Ros
20-Sep-2005, 9:35:08 am
IP:192.94.94.106

..

Namun tahukah kita diantara kedua dua itu ada perbedaan perbuatan.

Puasa memang benar , aurat tidak perlu ditutup, yang pastinya ada beberapa perkara kena tutup demi kepentingan puasa itu sendiri. Adakah kita mahu menahan lapar dan dahaga hanya kerana disuruh berpuasa tanap mengetahui hikmah puasa itu sendiri.

Mata, telinga dan mulut minta ditutup supaya perbuatan puasa itu lebih bermakna dan membawa kepada kebaikan.

Manakala solat pulak ditunaikan demi tugas kita manusia sebagai hambaNya yang patuh, ditempat yang bersih dan dengan hati yang kusyuk. Mungkin disini kita perlu sedikit atau lebih prihatinnya dalam mencari keredhaan solat itu sendiri.

Rasanya solat jugak punya kelebihan sendiri dimana tatkala itu kita merehatkan jasad tubuh kita dengan rukuk , sujud dan berdiri tegak. Dimana dalam keadaan ini, pengaliran darah dalam tubuh berlaku. Manakala puasa hanya menahan lapar dan dahaga. Dan kemudian di isi dengan makanan tiba pada waktu berbuka. Kita boleh makan semahunya selagi perut masih boelh menerima. Manakala solat pulak , hanya memerlukan pergerakkan tubuh.

Walaupun apa pun presepsi tentang kedua dua rukun ini, setiap sesuatu punya kekuatan dan kelebihan sendiri. Hanya mereka yang melalui dan melakukan dengan rasa rendah diri dan tawaduk akan merasai nikmat perlaksanaan pada diri.

Apapun, tiadalah ada hak akan diri seseorang melabelkan seseorang yang lain akan kelebihan dan kekurangan diri orang yang dilabelkan.

Membimbing seseorang kejalan yang diredhai amat payah dari membimbing seorang buta melintas jalan.

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
,
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:50 Asar : 16:44
Subuh : 06:00 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:33
Zohor : 13:22    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

puterarinduAsis the GladiatorzatieyAna Husnikakraihanima_4280yleadhDOLnurDiaZAIashfatputri zazayUsAnGgErIkpak tua manSazaliAdilhasnorCahaya AnjaQzairinzazmayuMOKHRISSZana.lyni_hayuhafeezzulQorie Afifiadeila danealleabang_bisoCahaya CintanunwowroBib

Komuniti Telatah Orang Kampung

36 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com