 |
BERKERJA HINGGA TITISAN PELUH TERAKHIR ..
 |
Oleh ashfat
2005-09-05 18:14:20
IP : 211.24.8.121 |
Sambungan (Bahagian II)
Bukan itu sahaja, mereka menganggap jasad dan roh itu terpisah. Kehidupan praktis amat berbeza dengan idealisma. Itu semua berpunca dari memisahkan agama dan dunia, memisahkan antara hidup dan mati, memisahkan amal untuk dunia dan amal untuk akhirat. Dunia lain, akhirat lain kata mereka.
Sebenarnya, itulah rahsia keseksaan jiwa yang menghimpit manusia sejak lama dahulu; malah,
menjadi punca kerisauan manusia di zaman moden ini. Semakin negara maju, semakin ramai mereka yang terkena histeria, gila, mendapat tekana jiwa, darah tinggi, kegoncangan saraf, malah membawa kepada membunuh diri. Waliyazubillah.
Sedangkan manusia itu secara fitrahnya, satu. Ia merangkumi: jasmani, rohani dan akal (roh). Ia meliputi benda dan bukan benda. Ia mengandungi nafsu, jasad dan tuntutan jiwa. Ia ada renungan dan Tasbih rohani. Ia terikat antara satu sama lain. Ia pelbagai tetapi boleh bertemu, boleh bersatu menjadi kekuatan yang paling agong di muka bumi ini.
Kita juga dapat belajar dari hadis ini. Ianya mengajar bahawa putus asa tidak ada dalam kamus hidup seorang muslim. Pekerjaan dan amal mesti berterusan sehingga beberapa saat sebelum berlakunya Kiamat.
Hadis ini juga memberi pengajaran kepada orang yang malas dan menganggur. Janganlah mensia-siakan tenaga muda kamu. Berkerjalah dalam bidang apa juapun; Keilmuan, perindustrian, atau kerja tangan, perniagaan, politik atau lapangan berfikir. Teruskanlah kerja anda. Jangan hiraukan orang berkata: "Apakah nilai kerja itu?" " Apa yang boleh kita capai dengan menabur benih pada saat hari Kiamat hampir tiba?" Bukan kerja anda untuk menentukan hasil usaha anda. Anda hanyalah perlu berkerja dan berusaha. Hasilnya Allah S.W.T. yang akan menentukan.
Taburlah benih dan berdoa kepada Allah S.W.T. Ketika itu anda telah meletakkan benih kena pada tempatnya. Anda telah menunaikan janji anda kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan memelihara anda. Bukan kerja anda untuk bertanya,
"Bilakah tanaman itu akan berbuah?" Anda tidak boleh mengubah "QADAR" dan anda juga tidak tahu tentang ilmu ghaib. Anda hanyalah makhluk Allah S.W.T. yang hidup bergerak, ada kekuatan dan ada tempat dalam sejarah. Berdoalah kepadaNya setelah berkerja dan berusaha sebaik mungkin. Dialah yang Maha Mengetahui. Yang pentingnya, anda telah meletakkannya digarisan yang benar atau sesuatu yang kena pada tempatnya.
Sekian. Wassalam.buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali. |
|
Komen..
|
ibn amir 05-Sep-2005, 10:22:52 pm
IP:219.95.99.92 |
|
|
:-) Dikeluarkan oleh Ibnu Majah (2433) dan Ahmad (IV:136) dari Sa'ad bin Al-Athwal bahwa saudaranya meninggal dunia dan meninggalkan tiga ratus dirham beserta anak isterinya. Saya ingin memberikan harta itu semua kepada anak isterinya. Maka Nabi s.a.w menjawab: Sesungguhnya Sa'ad terkurung kerana hutangnya. Maka bayarlah hutangnya dahulu...." Hadiths itu shahih sebagaimana dinyatakan Al-Albani dalam "Ahkamul Jana'iz hal.15No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve. |
| |
|
|
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- Majlis Ilmu - Ceramah Bulanan
Masjid Kampung Makam , Penang, 2009-01-06
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- Majlis Ilmu - Ceramah Bulanan
Masjid Batu Maung , Penang, 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Salam Perkenalan
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 6:11:39 pm
-
re: Paku Di Dinding Hati Mu . . .
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:23:06 pm
-
re: KURMA,MADU dan KISMIS...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:20:24 pm
-
re: Korang pernah cuba takkk.. ....
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:19:57 pm
-
re: sila ke gerai saya...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:41:54 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
Qorie Afifi, puterarindu, Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


42 online user(s)
|