Terkini  Popular    Mula Topik

Berkerja Hingga Titisan Peluh Terakhir

2005-08-13 19:35:36
Oleh
ashfat
Mungkin tajuk di atas dianggap agak luar biasa bagi sesetengah orang. Namun walauapapun tanggapan, mari kita sama-sama bicarakan hadis Nabi S.A.W. yang ada hubung-kait dengan tajuk tersebut.

Sabda Rasullallah S.A.W. yang bermaksud:

"Jika berlaku Kiamat sedangkan di tangan kamu ada benih, maka jika sempat sebelum Kiamat itu berlaku, maka tanamlah benih itu."

Hadis riwayat: Bukhari.

Mungkin ramai yang menyangka dalam keadaan gawat itu Rasullallah S.A.W. akan meminta kita supaya menumpukan sepenuhnya beramal untuk akhirat, bertasabih, berzikir atau mengajak manusia membersihkan hati mereka untuk menghadapi ujian hisab di Padang Mahsyar.

Apa yang dianggap berlaku bahawa Nabi Muhammad S.A.W. mungkin berkata, Ayuh, cepat ! Beristighfarlah kamu ... tinggalkan segala apa jua urusan dunia ini. Putuskan hubungan kamu dengan segala apa jua urusan dunia ini kerana Kiamat telah tiba." Tetapi, Nabi mengatakan, "Jika masih ada benih di tanganmu, tanamlah benih itu ...."

Itulah sebuah kata-kata yang mudah difahami tetapi ia menggambarkan sebuah kaedah dalam kehidupan manusia. Kaedah sebuah kehidupan Islamiah. Ia membawa erti bahawa jalan ke akhirat dan jalan ke dunia tanpa ada perbezaan, tiada terpisah, malah merangkumi ke dua-duanya sekali.

Bukan yang Ibadah itu akhirat dan berkerja itu dunia. Dunia itu permulaan, dan akhirat itu kesudahan. Tidak ada pemisah di antara kerja dan Ibadah.

Berkerja mesti diteruskan hingga ke titisan peluh terakhir, hingga ke hujung penghidupan. Hatta hingga setelah Kiamat tiba.

Dalam hadis lain Rasullallah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

"Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan berkerjalah (beramal) untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Hadis riwayat: Ibn Asakir.

Demikianlah Islam amat memberikan nilai yang besar terhadap kerja. Nabi S.A.W. mengungkapkan kerja itu ada hubung-kait dengan akhirat. Kerja itu menjadi jambatan ke akhirat.

Tetapi sejarah manusia dahulu dan sekarang, ramai yang masih menganggap antara kerja dan Ibadah adalah dua perkara yang terpisah dan berbeza. Mereka menganggap dan berpendapat amal untuk akhirat memerlukan kita memutuskan diri dengan dunia. Sementara amal untuk dunia akan menghalang dan memutuskan waktu untuk akhirat.


buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my