 |
HUTANG MERESAHKAN TIDURMU, PENGHINAAN DI SIANG HAR ..
 |
Oleh 14088
2005-08-06 19:46:10
IP : 211.24.8.214 |
Sebut sahaja perkataan hutang, semua orang tahu mengenainya, hatta kanak-kanak sekalipun. Kenapa? Sebab hutang telah sinonim dengan kehidupan kita. Sebahagian besar dari kita memang terlibat dengan hutang. Hutang makan dan minum, hutang pakaian, hutang rumah, hutang kelengkapan rumah seperti perabot, alat-alat elektrik d.l.l., hutang motor, hutang kereta, hutang ceti, hutang bank, hutang kad "kredit", hutang 'Along' dan berbagai-bagai lagi jenis hutang.
Permasaalahan timbul apabila hutang melebihi pendapatan, melebihi kemampuan untuk membayar balik. Berhutang mengikut kehendak hawa nafsu, bak kata pepatah "Tak mahu mengukur baju di badan sendiri" atau"Besar kerak dari periuk". Akhirnya hutang di sekeliling pinggang. Ketika itu keresahan dan ketidaktenteraman hidup mula menemani diri. Tidur malam yang dahulunya nyenyak, kini mula dibelenggu oleh mimpi-mimpi buruk dan ngeri; resah gelisah diganggu hutang, fikiran pula banyak tertumpu kepada masaalah hutang; manakala di siang hari pula sipemiutang menagih hutang dengan berbagai-bagai cara. Selain dari peringatan, tak kurang pula dengan ugutan dan ancaman. Maruah kita mula tercabar, diganggu-gugat oleh "mereka" yang mula menguasai diri dan kehidupan kita. Mereka mula memasukkan agenda mereka ke dalam kehidupan kita dan akhirnya kita jadi "hamba" mereka.
Oleh itu, berhati-hatilah sebelum terlibat dengan hutang. Fikirkanlah, Apakah ianya perlu? Jika perlu, buatlah penganalisaan kewangan atau kemampuan untuk membayar balik pinjaman itu. Berkiralah supaya hutang itu tidak berunsur riba dan penipuan.
Jangan mudah terpedaya dengan kempen atau promosi yang diwar-warkan oleh peniaga.
Ingat: Hutang hendaklah dilunaskan semasa hidup, semoga ianya tidak akan menjadi pusaka untuk ditinggalkan kepada waris dan sanak-saudara kerana itu akan menjadi satu bebanan kepada mereka. Orang yang mati dengan membawa hutang bersamanya akan dibelenggu di dalam kubur sehingga hutangnya dijelaskan. Rasullallah S.A.W. pernah suatu ketika enggan menyembahyangkan jenazah seseorang kerana kematiannya dalam keadaan berhutang hinggalah hutangnya dijelaskan terlebih dahulu.
Sambil kita berusaha menjauhkan diri dari kemelut hutang, marilah kita sama-sama amalkan doa yang diajarkan oleh Rasullallah S.A.W. kepada seorang sahabat:-
"Wahai Tuhan kami, kami mohon perlindungan-Mu daripada resah dan dukacita, daripada lemah dan malas, daripada penakut dan bakhil dan juga kami berlindung dengan-Mu daripada menanggung beban hutang dan daripada dikuasai orang".
InsyaAllah, doa kita akan dimakbulkan.nullbuat baik berpada2 buat jahat jangan sekali. |
|
Komen..
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Bahrul Mazi Jilid 17
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-09
- SIRAH NABI
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-10
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: sila ke gerai saya...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:41:54 pm
-
re: BERHENTILAH MAKAN SARDIN, ADUUUH..
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:40:21 pm
-
re: please take note
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:35:19 pm
-
re: Kenapa mesti menjerit?
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:33:09 pm
-
re: Dosa kah Aku..arr
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:29:30 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
puterarindu, Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, Qorie Afifi, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


37 online user(s)
|