Terkini  Popular    Mula Topik

Sebab Doa Tak Makbul

2005-07-21 13:02:25
BUAT RENUNGAN DAN INGATAN DIRIKU SENDIRI DAN SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN...

IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang
sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta
disebabkan beberapa perkara iaitu:

# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.

# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan
sunnahnya.

# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.

# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.

# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk
memasukinya.

# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.

# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri
kedalamnya.

# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah
mempersiapkan diri menghadapinya.

# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan
keburukan diri sendiri.

# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun
mengambil iktibar daripadanya.
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my