Oleh Zindagi Ekk Safar
20-Jul-2005 14:11:18

Edisi Utara: Siswa kemaruk seks
Oleh Rashidi Karim
KANGAR: Segelintir pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) Perlis dikesan menjadikan hotel murah di negeri ini ala Pekan Siam, apabila menyewa bilik mengikut jam untuk melakukan kegiatan maksiat.
Beberapa pasangan pelajar IPT sudah ditahan Bahagian Penguatkuasa Syariah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) kerana berkhalwat di hotel murah itu, terutama di Kuala Perlis.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasa itu berkata, paling menyedihkan mereka yang ditahan itu sudah di tahun akhir pengajian dan menjejaskan masa depan mereka kerana boleh disingkirkan pihak pengurusan IPT terbabit.
“Pasangan pelajar IPT ini menjadi hotel murah di bandar ini dan Kuala Perlis bagi melepaskan gelora nafsu dengan membayar RM30 untuk menyewa bilik selama dua jam.
“Mereka tidak sedar tindak-tanduk diperhatikan kerana pegawai penguat kuasa agama sudah mengenal pasti hotel murah digunakan pelajar berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Difahamkan, kegiatan menyewa bilik hotel mengikut jam hanya berlaku di Pekan Siam di Thailand membabitkan penduduk tempatan yang mendapatkan khidmat pelacur.
Beliau berkata, ada pelajar perempuan yang ditahan berkhalwat itu menangis kerana menyesal tetapi tindakan itu tidak boleh menjamin pengajian mereka seterusnya.
“Besar kemungkinan mereka akan disingkirkan meneruskan pengajian dan ia memberi kesan kepada keluarga yang sudah mengeluarkan banyak wang untuk memastikan kejayaan anak mereka.
“Bukan segulung ijazah atau diploma yang diperoleh sebaliknya sekeping resit pembayaran denda kerana ditangkap berkhalwat. Kegiatan maksiat ini sering berlaku pada siang hari,” katanya.
Menurutnya, pemilik hotel pula mementingkan keuntungan dengan bertindak menyembunyikan fakta atau nama pasangan terbabit ketika menyewa bilik mengikut jam itu.
“Kami mempunyai kaedah tersendiri untuk mendapat maklumat berhubung kegiatan negatif pelajar IPT berkenaan,” katanya.
Selain itu, katanya, pihaknya juga mengenal pasti tempat pasangan remaja, terutama bawah umur berkhalwat seperti kawasan Denai Larian di Pangkalan Asam, Bukit Kubu, Kuala Perlis, pusat rekreasi Sungai Batu Pahat dan Gua Cenderawasih di sini.
“Kami sudah menahan beberapa remaja bawah umur kerana didapati berkhalwat dan memanggil keluarga mereka untuk diberi kaunseling,” katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhan jumlah kes khalwat di Perlis meningkat sejak tujuh bulan tahun ini iaitu menyamai rekod kes sepanjang tempoh 12 bulan tahun lalu.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20050720101140/Article/indexm_html"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku" [http://zumindar.250free.com]
webmaster@mymasjid.net.my