 |
SESAL DAHULU BUKAN SESUDAH ..
 |
Oleh 14088
2005-07-18 13:47:54
IP : 211.24.4.123 |
Ramai orang faham ungkapan,
"Ingat Sebelum Kena, Jimat Sebelum Habis".
Malah Rasulallah S.A.W. sendiri telah berpesan melalui hadis baginda yang bermaksud:
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
# Hidupmu sebelum mati.
# Sihatmu sebelum sakit.
# Masa lapangmu sebelum suntuk.
# Mudamu sebelum tua.
# Kayamu sebelum papa.
Kelima-lima perkara di atas merupakan asam garam kehidupan. Ia pasti berlaku, tetapi itulah yang paling tidak dikehendaki; tua, sakit, sibuk, papa bahkan mati pasati berlaku. Persoalannya apa yang misti dilakukan sebelum semua atau salah satu perkara tersebut berlaku. Berapa orangkah yang ingat? Kerana orang yang beringat itulah yang beroleh kejayaan.
Setiap orang pasti mati. Takut? Yang pelu kita takut ialah cukupkah bekalan yang disedia sebelum mati, kerana bila telah mati amalan baik dan buruk ikut bersama, selainnya akan tinggal. Balasan pula berdasarkan kepada amalan mana yang lebih banyak dilakukan semasa hidup. Orang yang beringat menggunakan kesempatan yang ada sebelum datang mati. Kesempatan untuk menambah saham dunia dan saham akhirat kerana ia faham bahawa jalan ke dunia itu berhubung kait dengan jalan ke akhirat. Ia juga mengerti dunia ini merupakan jambatan ke akhirat. Baginya dunia juga merupakan sebagai pelabuhan sementara untuk mencari sebanyak-banyak bekalan bagi meneruskan pelayaran ke alam akhirat.
Syukur Al-Hamdulillah, kalau fizikal, mental dan emosi kita masih sihat, tetapi ingat, kita juga tidak akan tahu bila kita akan jatuh sakit. Orang yang beringat pasti akan menggunakan kesempatan tatkala dia masih sihat walafiat. Amalan untuk kerja dunia dan akhirat dilakukan sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya, kerana dia faham, apabila sakit tiada lain yang boleh dilakukan selain dari melayan "kerenah" kesakitan.
Disuatu masa dan ketika semua orang pasti mengalami kesibukan, kadang-kadang datang dengan tiba-tiba dan mungkin berpanjangan. Pada masa itu orang akan mengerti betapa berharganya masa lapang, masa yang patut diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah, dan yang mendatangkan hasil bukan disia-sia, atau diisi dengan perkara-perkara mungkar atau bertentangan dengan norma-norma masyarakat atau menyalahi peraturan atau undang-undang agama dan negara. Oleh itu hargai dan gunakanlah sebaiknya peluang ketika sedang lapang kerana kesibukan biasanya penghalang kepada kesempurnaan atau menggagalkan sesuatu urusan atau kerja.
Sabda Rasulallah S.A.W. yang bermaksud,
"Dua nikmat yang sering aiabaikan oleh manusia ketika masih sihat dan ketika masa lapang"
Hadis riwayat Bukhari.
Papa membawa pelbagai maksud. Papa wang, ilmu, harta benda, sahabat dan lain-lain. Bila sudah papa barulah menyesal, sedangkan sebelum itu kurang berusaha. Tak mahu hadir di majlis ilmu, tak mahu masuk "masbuk" orang, tak mahu menabung, tak mahu melabur, tak mahu belajar, tak mahu mendengar nasihat orang dan lain-lain "tak mahu" hinggakan perkataan "tak mahu" telah menjadi pegangan bahkan sudah sebati dalam jiwa. Akibatnya rugi dunia dan akhirat.
Apa terjadi apabila tua? Yang pasti tenaga sudah kurang; nafsu besar tetapi tenaga semakin berkurangan. Masa semakin suntuk sedangkan banyak yang perlu dilaksanakan. Sementelahan pembalasan dan sesalan atas keburukan yang telah dilakukan semasa muda dan bertenaga dahulu dirasai semasa tua. Jika masa muda dahulu selalu menyakitkan hati kedua ibu bapa, masa tua anak-anak sendiri akan menyakiti hatinya. Jika masa muda dahulu suka ambil harta haram, di masa tua hidup tak juga bahagia. Jika masa muda dulu asyik joli sana joli sini, boros dan tidak menabung dan melabur, masa tua akan menghadapi masaalah kewangan. Jika masa muda dahulu markas utama ialah kedai kopi, masa tuapun masih di kedai kopi juga. Jika masa muda dahulu asyik sergah orang, dimasa tua orang tidak akan peduli siapakah dia. Jika semasa muda meringankan sembahyang, masa tua sering disindir kerana sembahyang setahun sekali atau menjenguk ke masjid bila ada jamuan makan atau memerlukan khidmat orang-orang masjid atau bila ada orang-orang "tertentu" datang ke masjid. Yang paling malang keburukan dan kejahatan yang dilakukan semasa muda " menghantui" hidup di hari-hari tua. Insaflah dan bertaubatalah sebelum terlambat.
Kerana itulah orang yang beringat adalah orang yang mahukan kejayaan, baik masa muda mahupun masa tua akan berusaha bersungguh-sungguh supaya dihari tua kelah akan selesa dan aman dan boleh menumpukan kepada membuat ibadah, kerja-kerja kebajikan dan akan menjadi orang tua yang baik dan dihormati masyarakat ataupun sekurang-kurangnya tidak menyusahkan orang lain.
Renungan:
"Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain"
Hadis riwayat: Al-Quha'
"Tidak sempurna iman orang yang suka mengecam, orang yang suka melaknat, orang yang bercakap kotor dan orang yang suka mencarut".
Hadis riwayat: Ahmadbuat baik berpada2 buat jahat jangan sekali. |
|
Komen..
|
puterarindu 19-Jul-2005, 9:12:56 am
IP:218.111.140.26 |
|
|
| hii cahaya winduuu nya... balik kampung ker, lama tak ujud kat sini sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita |
| |
|
|
|
Cahaya Anja 18-Jul-2005, 10:16:48 pm
IP:60.50.36.31 |
|
|
Sorry ye...menyimpang sikit,
Secara logiknya kesal timbul atas perkara yang tak ingin berlaku , tapi berlaku , kalau benda tu belum berlaku ..nak rasa kesal macamana?
Beringat sebelum kena ...tu betul.Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan...... |
| |
|
|
|
BiLa Ku kEnang...ku 18-Jul-2005, 3:09:44 pm
IP:203.106.242.227 |
|
|
alhamdulillah
sifat manusia, yg pelupa (insan= 'nasiya'=lupa)
sudfah menjadi sifat manusia yang perlu diberi peringatanHanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku... |
| |
|
|
|
Zana 18-Jul-2005, 2:40:39 pm
IP:219.93.8.15 |
|
|
Allah Rabbul Izzati....
Carilah dia pasti bahagia sudahnya...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." |
| |
|
|
|
puterarindu 18-Jul-2005, 2:19:50 pm
IP:218.111.140.26 |
|
|
peringatan tu telah dimaklumkan 1400 tahun yang lampau. bahagialah bagi mereka yang sedar tetapi lebih bahagia bagi mereka yang tidak sedar kerana selepas itu dia akan sedar setelah disedarkan olih teman atau rakan.
PEGANLAH
peganlah tanganku
seadanya kau sampai menyentuh tanganku
kucuplah harumku
seadanya kau terkucup harum itu
carilah sembunyiku
seadanya kau terlalu perlukan aku
temuilah diriku
seadanya kau terlalu rindu padakusekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita |
| |
|
|
Laman : 1
Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.
|
|
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:50 |
Asar |
: |
16:44 |
| Subuh |
: |
06:00 |
Magrib |
: |
19:18 |
| Syuruk |
: |
07:22 |
Isyak |
: |
20:33 |
| Zohor |
: |
13:22 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
Iklan
|
Majlis Ilmu
- tafsir al quran
taman klebang jaya chemor, 2009-01-07
- TAJWID
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-07
- DURUL NAFIZ
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-08
- Bahrul Mazi Jilid 17
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-09
- SIRAH NABI
Masjid Abd. Rahman Putra Kg. Keladi, Kulim, Kedah., 2009-01-10
- Lihat lain-lain majlis ilmu.
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Salam Perkenalan
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 6:11:39 pm
-
re: Paku Di Dinding Hati Mu . . .
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:23:06 pm
-
re: KURMA,MADU dan KISMIS...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:20:24 pm
-
re: Korang pernah cuba takkk.. ....
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 3:19:57 pm
-
re: sila ke gerai saya...
oleh puterarindu,06-Jan-2009, 2:41:54 pm
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
puterarindu, Asis the Gladiator, zatiey, Ana Husni, kakraihan, ima_4280, yleadh, DOL, nurDia, ZAI, ashfat, putri zaza, yUsAnGgErIk, pak tua man, Sazali, Adil, hasnor, Cahaya Anja, Qzairinz, azmayu, MOKHRISS, Zana., lyni_hayu, hafeezzul, Qorie Afifi, adeila danealle, abang_biso, Cahaya Cinta, nunwowro, Bib, |
|
|


40 online user(s)
|