Terkini  Popular    Mula Topik

Khusus Buat Perokok...ehehehe

2005-06-28 15:35:15
Di bawah ini satu perbincangan tentang merokok bagi sesiapa yang mahu berfikir.

Merokok


Merokok itu Makruh.

Ulama Silam telah menghukumkan merokok itu sebagai makruh. Ini adalah sebab utama kebanyakan manusia sekarang berpegang yang merokok itu makruh.

Memang betul yang ulama silam menghukumkan ia makruh. Apa yang mesti di fahamkan ialah yang dihukumkan makruh itu adalah rokok yang telah dibuat kira-kira 300 tahun yang lampau. Ini kerana jika kita kaji fatwa-fatwa makruhnya merokok, kita akan lihat yang ianya berumur antara 700 tahun sehingga 300 tahun lampau. Rokok pada zaman itu diperbuat daripada daun tembakau yang tidak dicemari dengan racun-racun yang digunakan sekarang. Rokok-rokok ini diperbuat dengan tangan, dan dihisap sebaik sahaja digulung. Daun-daun yang digunakan juga adalah campuran daun-daun tembakau dengan daun-daun lain.

Keadah merokok dalam dunia Islam 300 tahun lampau juga adalah dengan mengunakan alat yang ada sistem penapisan yang memastikan asap panas tidak masuk ke dalam badan manusia.

Rokok sekarang.

Rokok sekarang adalah jauh berbeza dari apa yang dihukumkan makruh. Ianya barang yang berlainan. Kaedah mengisap pun telah berubah, dengan tiada penapisan dengan air.

Oleh kerana ' Mass production’ daun-daun tembakau sekarang ditanam dengan mengunakan banyak racun-racun yang kekal di atas daun-daun itu, rokok rokok yang ada sekarang seperti Peter Syversant, Dunhill, Benson and Hedges, Malboro dan lain-lain lagi, adalah rokok-rokok yang dihasilkan dengan banyaknya selepas ‘industrial revolution’ ( 1932) walaupun ia boleh dibuktikan yang banyak rokok ini telah wujud dari 1850, kita dengan selamat boleh mengatakan yang ada sekarang adalah yang mula dihasilkan dari 1932. Kajian saintifik ke atas rokok-rokok ini menunjjukan wujud paling minima 12 jenis asap beracun yang keluar setiap kali mengisap rokok. Asap-asap ini adalah akibat pengunaan banyak racun-racun serangga, racun pesticide, dan lain-lain racun, yang kekal pada daunnya.

Kemudian untuk menaikkan ketagihan pada pengisap, daun-daun tembakau ini yang sarat dengan racun-racun yang merbahaya, di‘cure' dengan mengunakan arak, untuk memastikan ada kemasamannya.

Kajian yang di jalankan ke atas rokok “Kretek” yang di perbuat di Indonesia menunjjukan ia mempunyai kira-kira 2 kali jumlah racun yang ada di dalam rokok-rokok seperti Dunhill. Rokok-rokok ‘kretek’ ini adalah yang digulung dari tembakau yang baru, dan bukan daripada baki rokok-rokok yang dikumpulkan untuk dijadikan rokok baru seperti apa yang dibuat di Indonesia.

Jika dulu rokok dihasilkan secara kecil-kecilan, sekarang ia dihasilkan secara besar-besaran dan kebayakan syarikat rokok dunia adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi. Kajian menunjjukan yang hari ini, 12 peratus dari keuntungan atas semua jualan rokok diagihkan pada perjuangan Isreal dalam menentang orang Islam.


Kesimpulan antara dua rokok.

Jika difikirkan secara rasional maka dengan jelas wujud perbezaan cara pembuatan rokok yang wujud 300 tahun lampau dan rokok yang ada sekarang, kita TIDAK boleh berhukum dengan pendapat ulama yang berhukum dengan barangan dahulu. Bagaimana kita boleh berhukum atas rokok yang dibuat sekarang dengan rokok yang di buat 300 ratus tahun dahulu?

Apakah cara kita berhukum.

Pada semuanya, yang haram, harus, makruh atau halal itu ada sebabnya. Rokok ini telah dikaji oleh para ahli sains Islam di merata dunia orang Islam, dan didapati ia merosakan tubuh manusia yang dijadikan Allah swt dan di amanahkan oleh Allah swt untuk dijaga oleh manusia. Orang yang tahu akan haqiqat insan, tahu yang jasad manusia itu bukan haq manusia, tapi haq Allah swt yang dipinjamkan kepada manusia untuk masa ia di muka bumi. Apa yang dibuat oleh manusia itu yang merosakkan jasad itu, akan di pertanggungjawabkan padanya di hari muka. Atas dasar yang jasad manusia itu bukan haq manusia, Yang Punya memberitahu yang ini dan itu tak boleh diberi pada jasad, seperti arak, dll.

Jika ini disedari, maka kita tahu yang apabila manusia merosakkan jasad yang di amanahkan oleh Allah swt kepadanya, maka ia melakukan satu kesalahan . Asap rokok yang masuk ke dalam badan manusia telah terbukti mengandungi 12 racun yang tersangat merbahaya pada tubuh manusia, begitu juga dengan asap yang keluar dari mulut perokok, ia lebih merbahaya.

Setiap manusia Islam diwajibkan supaya tidak membazir. Pembaziran berlaku apabila seorang melakukan apa jua tanpa mendapat apa-apa kebaikan daripada kelakukan atau perbelanjaannya. Kalau kita kaji, kesemua yang telah diharamkan oleh Allah swt adalah barangan yang mendatangkan keburukan pada manusia, dan perbelanjaan atas barangan ini tentulah satu pembaziran.Bagaimanapun, pada kebanyakan barangan yang di haramkan, ada juga gunanya. Arak mithalnya boleh digunakan dalam beberapa jenis ubat. Setahu saya bagi rokok tidak ada kebaikan yang diperolehi dari mengisapnya. Ia tidak mempunyai satu kebaikan. Yang ada kebaikan padanya adalah untuk membunuh pacat yang melekat pada kaki . Begitulah busuknya air tembakau, sehingga pacat pun tak suka.



Bagi mereka yang benar-benar berfikir, akan realiti yang ada pada menghisap rokok yang ada sekarang, mereka akan jelas faham dan tahu ia memudaratkan jasad kita. Atas dasar ini sahaja, ia haram.

Majlis Fatwa kebangsaan, Malaysia, Singapura, Brunei, UAE, Saudi Arabia dan banyak lagi negeri orang Islam telah menfatwakan ia HARAM. Mereka telah mengkaji rokok yang ada sekarang, bukan rokok yang di fatwakan makruh oleh ulama silam, kerana rokok itu telah secara amnya tidak ujud lagi . Kalau kita masih mahu berhukum dengan fatwa ulama silam, maka kita tanam tembakau sendiri, dan guna huggah dengan sistem penapisan yang baik. Barulah boleh kita hukum dengan hukum makruh itu..

Tapi kalau kita hisap rokok Malboro, Dunhill, Benson, Keretek(rokok ini mengandungi DUA kali kekuatan RACUN jika di bandingkan dengan rokok Dunhil, Benson etc) maka sebaiknya kita lihat fatwa ahli-ahli sains Islam dan alhi fiqh Islam yang telah mengajinya dengan mendalam. Mereka telah menghukumkan ia HARAM.

Bab berguru dengan orang yang hisap rokok dunhill, malboro, kretek etc:

Hukum fiqh pada berimam pada sesiapa yang secara istiqamah melakukan satu perkara yang haram, adalah jelas. Sesiapa yang apabila diberitahu dengan dalil-dalil yang jelas dan terang akan hukum pada sesuatu, tapi berdegil dengan hawa nafsu, maka ia jelas menolak hukum. Oleh itu, ia menjadi manusia yang tidak boleh kita berimam padanya.

Sesiapa yang kaji latihan nafi isbat, tahu yang ia adalah latihan menafikan apa yang tidak dibenarkan Allah swt dan mengisbatkan apa yang dibenarkan Allah swt. Ini tahap nafi isbat yang terendah. Kalau ini tak boleh di patuhi, yang lain....?

Semoga kita semua diberkati Allah swt

sumber dari ; http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=5213&forum=1Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my