Oleh kejora
28-Jun-2005 13:59:15
Semoga menjadi ikhtibar utk kita semua...
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung
Pulau
Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar
dirahsiakan
bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang
bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau
mengubati
setiap penyakit yang pelik ,beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja
ada seorang budak melalui rumah Omar.Budak itu adalah Salleh pencerita
kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang
agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba
mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang.
Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana
lubang
tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.
Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.Akhir nya dia ketemu,dia
mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar
tetapi
sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul
dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain
putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.Bulu
romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai
saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada
bapanya.
Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui
perihal Omar... Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu
peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit
beliau
akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan
lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya.Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk
membuktikan
pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu kata hatinya. Selepas makan Salleh
terus
masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti
bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa
amat berat sekali... Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya
tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci
yang
diingatinya. Akhirnya dia dapat berteriak memanggil bapanya. kemudian
dia
pengsan.
Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya
sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir. Dia kembali
terlelap.
Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin kemasjid. Dia menanya bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu
kita pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan
penuh
dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik
mandi.
Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya. Sesampai ditanah
perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur.
Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik .... apa ni!!!
Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya Salleh cuma
melihat dari jarak beberapa kaki dari kubur tersebut. Dia melihat
orang-orang dewasa seperti mengangkat sesuatu. Melihat dari mimik muka
mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa
yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas
tol :
1-800-ubikayu
* Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
* Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
* Kerepek Ubi Manis - RM 1.50 sebungkus
* Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI......UBI...
SAPER NAK BELI UBIIIII.....hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan
marah... kiter pun kena jugak..

webmaster@mymasjid.net.my