Terkini  Popular    Mula Topik

Sape Suka Sambal Tumis ???

2005-06-23 13:04:57
JASIN: Sambal tumis, nasi lemak serta kuih popiah yang sudah basi dipercayai menjadi punca 35 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Air Baruk, di sini mengalami keracunan makanan.

Keadaan itu menyebabkan semua mangsa terbabit yang majoritinya terdiri daripada murid tahun enam sakit perut serta muntah-muntah hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Jasin, semalam.

Mereka dikatakan mengambil sarapan di kantin sekolah berkenaan, pagi kelmarin sebelum mengadu sakit perut sejurus selepas perhimpunan harian, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Seorang mangsa, Saiful Afif Jalil, 12; berkata dia kerap bersarapan di kantin sekolah sebelum perhimpunan pagi tetapi tidak pernah mengalami sakit perut seperti semalam.

Bagaimanapun, katanya,selepas perhimpunan, perutnya terasa sakit dan apabila pergi ke bilik air, dia mengalami muntah. Kejadian itu berlaku beberapa kali sebelum dimaklumkan kepada guru.

“Saya dapat rasakan sambal nasi lemak yang berharga 50 sen sepinggan itu seperti sudah basi tetapi tidak memberitahu peniaga kantin mahupun guru.

“Tetapi selepas mengalami sakit perut, barulah saya memaklumkan kepada guru,” katanya ketika ditemui di Hospital Jasin, semalam.

Timbalan Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abu Pit turut melawat mangsa berkenaan sambil diiringi Penyelia Hospital Jasin, Dr Amit Mamat.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Mohd Hamizan Zulkifli pula berkata, dia tidak menyangka kuih popiah yang dibeli di kantin sekolah berkenaan sudah basi sehingga menyebabkan sakit perut dan muntah-muntah.

Katanya, keadaan itu secara tidak langsung menyekat usahanya untuk mengikuti pembelajaran di kelas serta gagal melakukan pelbagai aktiviti harian di sekolah dan di rumah.

“Saya percaya kuih popiah yang dibeli di kantin sekolah untuk sarapan pagi tadi (semalam) sebagai punca perut saya sakit,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Jasin berkata, 25 daripada 35 murid yang ditempatkan di wad hospital itu sudah dibenarkan pulang manakala selebihnya masih dirawat.

Bagaimanapun, katanya, 10 mangsa yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan itu dijangka dibenarkan pulang selewat-lewatnya jam 5 petang ini. CleaR Wata....Don'T sAngKa..No BoyA....

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my