Terkini  Popular    Mula Topik

Surat Cinta..

2005-06-21 08:10:25
Oleh
kejora
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan
menumpahkan cahaya dibawah kaki langit
khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.
Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen
menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti
rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti
cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing
salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali
kasut dan pasu bunga.

Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan
aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang
tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan
yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang
akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak
lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan
Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada
penebangan pokok getah secara besar-besaran di
Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q
secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar
setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku
seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan
terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya
tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelahaku tersungkur dalam percintaan yang
berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan
hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di
dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat
basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah
setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan
satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak
itu kau sering melarikan diri bila terserempak
dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari
bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-
bual dengan pokok betik untuk mengisi masa
lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren
pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban
hari aku termenung di dalam peti sejuk
mengenangkan dirimu yang entah kemana
menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil
makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku
tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan
membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah
sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua
bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau
rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga
kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni
batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita
yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75
ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini
segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap
oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut
di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.
Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa
aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi
segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga
bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-
idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.
Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi
capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah
pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh
mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang
untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini,
diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau
akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai
kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan
Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu
sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku
menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia
belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan
mektamad untuk menunggu tiang elektrik
dihadapan rumahku berbuah.

kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan
buahnya kepadamu. Nak tak?






--------------------------------------------------------------------------------

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my