Terkini  Popular    Mula Topik

Malaikat Catat Masa Kehadiran Solat Jumaat

2005-06-17 14:44:53
Oleh
jeemiau


DARIPADA Abu Hurairah dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya bermaksud: "Apabila tiba Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, malaikat itu melipat lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah." (Hadis riwayat Bukhari, Nasa'i dan Ibn Majah)

Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan sembahyang Jumaat sangat diutamakan dalam Islam.

Rasulullah menyatakan bahawa kedatangan jemaah ke tempat sembahyang Jumaat juga ada penulisnya dari kalangan malaikat.

Mereka menulis kedatangan setiap orang menurut tertib. Ia bermula dari orang yang mula tiba hingga ke imam naik mimbark membaca khutbah.

Ketika itu malaikat berhenti menulis, lalu melipat surat catatan mereka dan datang mendengar khatib membaca khutbah.

Dengan itu dapat difahami bahawa orang yang datang selepas imam naik mimbar tidak tercatat antara yang mendapat fadilat susunan kehadiran walaupun mendapat fadilat solat Jumaat.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my