Terkini  Popular    Mula Topik

Tips Menulis Cover Letter Nak Mintak Keje ....

2005-06-15 15:40:25
Oleh
mAtA haRi
di petik dari satu forum lain ..

Selamat bertemu lagi dalam ruangan "Tips Temuduga", ruangan yang amat2 dinantikan oleh mereka yang masih lagi dalam alam mencari pekerjaan dan mengharapkan ruangan ini akan menjadi pemangkin semangat dan pencetus idea untuk anda menghadapi temuduga di masa akan datang, jika anda bersedia untuk berhadapan dengan kegagalan dalam sekelip mata.
Kali ini kita akan memperkatakan tentang bagaimana untuk menulis cover letter untuk mencari kerja. Kepada mereka yang mempunyai IQ yang setanding dengan kulit bawang, adalah diingatkan bahawa cover letter digunakan untuk anda menulis surat kepada bakal majikan anda menyatakan kesediaan anda untuk bekerja dengan syarikatnya, dalam apa jua jawatan yang ada, termasuklah jawatan despatch, walaupun anda mempunyai kelayakan sebagai ketua eksekutif, kerana anda dah menganggur terlalu lama, dan mengikut nasihat doktor anda hanya boleh hidup sebulan lagi jika hutang along anda tidak dilangsaikan secepat mungkin.

Mengikut rumus yang telah digunakan sekian lama oleh ahli2 kaunselor pekerjaan, cover letter mesti ditulis dengan jelas dan teratur supaya ianya boleh dibaca oleh orang yang bakal membaca cover letter anda. Jika anda tidak mempunyai keupayaan untuk membaca dan menulis, sebab, sebagai contoh, mungkin anda buta dan kudung, ataupun telah meninggal, adalah dinasihatkan supaya anda mendapatkan bantuan mereka yang tidak mempunyai kekurangan seperti anda. Cari seseorang yang boleh menulis menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh bakal majikan anda, dan juga anda, jika anda sudah boleh membaca.

Langkah seterusnya ialah memastikan kandungan yang ditulis di dalam cover letter dapat mencuri perhatian pembacanya. Ianya mestilah mampu untuk 'menangkap' minat pegawai yang membaca cover letter anda tadi untuk terus membaca. Anda boleh memulakan tajuk cover letter anda seperti di bawah untuk mendapatkan perhatian yang maksima :

Tuan,
Perkara : Cara memebesarkan alat sulit dalam masa dua (2) hari.

dan diikuti dengan gambarajah bewarna yang boleh dijadikan panduan oleh pembaca. Tetapi, sudah semestinyalah ia akan dikoyak2kan oleh pembaca jika dia adalah seorang perempuan. Perempuan mendapati perkara2 seperti ini merupakan sesuatu yang meloyakan. Oleh itu, anda perlu berhati2 dan jika diketahui pembaca surat adalah perempuan, anda perlu mengubah semula kepala surat anda seperti di bawah, demi untuk menjaga sensitiviti, dan yang paling penting, maruahnya sebagai seorang perempuan :

Puan,
Perkara : Cara membesarkan buah dada dalam masa satu (1) hari.

Dan sertakan bersama gambarajah bewarna untuk rujukan.

Kemudian ianya diikuti oleh kandungan seterusnya yang akan menceritakan sedikit latar belakang anda, secara ringkas, dan diikuti oleh pengalaman kerja, dan kelebihan anda yang boleh disumbangkan kepada syarikat jika diambil bekerja. Isi kandungan surat mestilah bersifat sopan dan tidak menyentuh perasaan sesiapa. Contoh cover letter yang sesuai adalah seperti di bawah :

[selepas gambarajah bewarna]

Merujuk perkara di atas, iatu perkara selepas dari ayat "Contoh cover letter yang sesuai adalah seperti di bawah :", adalah saya dengan ini ingin memohon sebarang jawatan yang bersesuaian di syarikat tuan, jika ada.

Dari lampiran sijil-sijil yang saya sertakan bersama, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa saya sememangnya layak untuk mengisi kekosongan di syarikat tuan, jika ada, dikuatkan lagi oleh pengalaman kerja, dan kelebihan saya yang boleh disumbangkan kepada syarikat jika diambil bekerja oleh pihak tuan. Saya juga tidak akan menyentuh perasaan sesiapa.

Diharap permohonan saya ini akan dipertimbangkan oleh pihak tuan dan saya memohon maaf jika surat ini dianggap kurang sopan oleh pihak tuan, jika ada.

Sekian,
Yang mengharap
Wan Nasran Wan Bahazim.

Selepas anda menulis surat ini, bolehlah anda buang terus dalam bakul sampah kerana percayalah, tak akan ada seorang majikan pun yang akan mengambil anda bekerja jika anda menulis surat seperti di atas.

Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk menulis seperti di bawah, dan hantar terus kepada CEO syarikat :

Tuan,
Perkara : Memohon sebarang jawatan di syarikat tuan.

Tanpa perlu membuang masa untuk merujuk perkara di atas, adalah dengan ini saya ingin memohon untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan di syarikat tuan.

Bersama ini dilampirkan bersama sisipan gambar GRO berbogel bersama tuan di salah sebuah Kelab Dangdut terkemuka yang di ambil ketika tuan sedang mabuk.

Diharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan untuk mengelakkan pertimbangan dari pihak akhbar.

Yang benar,
PanJanG

Akhir sekali, Selamat berjaya!
Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my