Oleh Mami Ros
03-Jun-2005 09:45:03
Berlin :
Jika bidalan "sudah jatuh ditimpa tangga", cukup menggambarkan nasib malang berturutan menimpa seseorang, seorang lelaki di Jerman boleh disifatkan dua kali ganda bernasib malang.
Dia dirompak bukan sekali sebaliknya tiga kali di kelab malam dalam masa satu jam ketika menunggu kehadiran polis untuk menyiasat rompakan pertama.
Reiner Hamer 27, dari Oberhausen, kehilangan dompet yang mengandungi wang $120 pound sterling (RM840) dan telepon bimbit apabila tiga lelaki menyerangnya dalam tandas sebuah kelab malam .
Dia segera menghubungi polis dari luar kelab malam itu menggunakan telefon bimbit rakannya tetapi ketika menantikan ketibaan polis, dia didatangi tiga lelaki lain yang merompak jam tangan dan rokoknya.
Sedang dia bersandar didinding untuk menenangkan diri, sekumpulan lima lelaki pula datang dan mengancamnya serta melarikan jaket dan saki baki wang kecil yang ada padanya -
Agensi...
Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...

webmaster@mymasjid.net.my