Terkini  Popular    Mula Topik

Sejadah Merah . . .

2005-05-31 09:17:18
Oleh
Zana.
>
> Satu hari aku terdengar
> Esak tangis sungguh berdegar
> Mungkinkah hantu mungkinkah pontianak
> Atau pun orang tengah buang anak
>
> Rupanya datang dari bawah meja
> Sejadah merah empunya suara
> Aku pun mula la naik takut
> Memang seram, memang kecut
>
> Heran plak camne sejadah boleh menangis
> Pikir pikir ikhtiar aku dah abis
> Aku pun mula la dapat satu idea
> Kalau sejadah reti nangis, mesti dia pandai berkata²
>
> Ku tanya sejadah apakah gerangan
> Hingga menangis cam tak ingat Tuhan
> Teresak² sejadah pun menjawab
> Sungguh tak sangka dia pandai bercakap
>
> "Aku sedih pasal nasib diri aku
> Dulu aku berguna, skang dah jadi macam batu
> Hari ni aku kena campak bawah kerusi
> Esok lusa ntah² kena buat lap kaki"
>
> "Dulu aku diguna lima kali sehari
> Aku masa tu bangga dapat berbakti
> Sekarang aku haram tak bersentuh
> Zohor Asar Maghrib Isyak.. apetah lagi Subuh"
>
> "Apesal tuan aku buat aku macam ni
> Semayang tak, asyik melanggok depan TV
> Bangun pagi terus breakfast gitar
> Sampai aku pun tak tau bila nak sedar"
>
> "Tuan aku mungkin masih tak sedar diri
> Esok lusa belum tau idup mati
> Dia dah besar, aku tak boleh buat apa lagi
> Pandai² la dia pikir pasal idup dia sendiri"
>
> Iskkk.. aku pun mula la sayu
> Mendengar kisah sang sejadah yang begitu pilu
> Aku pun dah lama sedar pasal benda ni
> Cuma aku anggap tu masalah deorang sendiri
>
> Kekadang aku heran perangai manusia
> Bencana yang datang dianggap bala
> Tak pernah terpikir hikmah di sebaliknya
> Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa
>
> Kalau hidup kau penuh masalah
> Mesti ada something yang kau buat salah
> Allah takde nak hukum hamba-Nya macam tu aje
> Mestila kau ada cacat dan cela
>
> Sedar la kita ni semakin tua
> Ajal dan maut bukan kita yang empunya
> Telinga kau dah makin pekak
> Kepala kau makin naik botak
> Mata pulak dah makin tak nampak
> Arah idup kau masih lagi kabur
> Esok lusa sapa tau kau nak ke kubur
>
> Itu ajelah kisah aku hari ni
> Bukan mengutuk sekadar melampias isi hati
> Anggaplah ini satu nasihat
> Aku pun bukannya perfect sangat...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my