Terkini  Popular    Mula Topik

Sembahyang Sunat Hadiah

2005-05-18 08:24:22
Oleh
Zana.

Diriwayatkan bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan, sesungguhnya hebat benar suasana yang datang kepada mayat itu. Oleh kerana itu, sebagai menolong berdoa bagi yang telah pulang ke rahmatullah itu, dianjurkan bagi keluarga yang meniggal itu, agar melakukan sembahyang sunat Hadiah bagi si mayat. Semoga di dalam kuburnya, dia dikurniakan Allah kebaikan dan kebahagiaan yang sempurna dan menggembirakan.

Sembahyang ini dinamakan sembahyang Hadiah.

Cara melaksanakannya

1. Setelah jenazah itu di kuburkan pada siangnya, maka pada malamnya, sesudah Maghrib atau sesudah Isyak, bolehlah dilakukan sembahyang Hadiah.

2. Sesudah berwuduk, lalu berdirilah mengerjakan sembahyang ini dengan lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal hid-yati rak'ataini lillahi ta'ala
Ertinya:"Sahaja aku sembahyang hadiah dua raka'at sunat kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan ayat atau surah selepas Fatihah pada raka'at pertama dan kedua adalah sama iaitu:

a) Ayatul-Kursi (Surah Al-Baqarah:2) sekali, diikuti
b) Surah At-Takathur sekali, diikuti
c) Surah Al-Ikhlas sepuluh kali.

4. Lakukanlah yamg dua raka'at itu sebagaimana sembahyang-sembahyang sunat yang lain, sehingga sampai kepada salam.

5. Selepas memberi salam, maka berdoalah kehadrat Allah, agar sembahyang hadiah itu disampaikan Allah kepada orang yang dimaksudkan. Doanya ialah seperti berikut:

Allahumma inni solla itu haazihis solaati wa-anta ta'lamu maa uriid. Allahummab 'ath thawaabahaa qabri falaanib ni fulaan.
Ertinya:"Ya Allah, Sesungguhnya aku telah menyembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah, Mohonlah aku kepadaMu, agar engkau sampaikan ganjaran/pahalanya kepada kubur sifulan bin/binti fulan."
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my