Terkini  Popular    Mula Topik

Fahami Apa Itu Sunnah...

2005-04-09 10:42:32
Oleh
Itaarissa


copy and paste...semoga ada manfaat....

Assalamualaikum

Kita fahami maksud sunnah dan hukum sunnah. Jangan ada yang terkejut dengan apa yang saya katakan nanti.

Definisi: Sunnah bermaksud segala perbuatan, perkataan dan diam baginda s.a.w adalah sunnah.

Hukum: Sunnah boleh jadi harus, sunat, makruh, haram dan wajib.

Contoh sunnah:

Harus: Segala perbuatan nabi yang tidak memaksudkan sunat, wajib, haram atau makruh. Contohnya cara nabi makan, cara nabi minum, cara nabi mandi, cara nabi berpakaian, cara nabi berserban dan sebagainya.

Sunat - segala perbuatan atau percakapan nabi yang berbentuk perintah tetapi tidak sampai kepada wajib. Contohnya solat sunat, puasa sunat, menyimpan janggut, dye rambut dan sebagainya

Wajib - segala perbuatan atau percakapan tau diam baginda yang berbentuk perintah dan menjadikan ia suatu perkara yang dihukumkan wajib. Contohnya solat 5 waktu, puasa bulan ramadahan, zakat dan sebagainya.

Makruh - segala perbuatan yang dilarang oleh nabi tetapiu tidak membawa maksud haram. Contoh memakan benda berbau dan membawa ke dalam masjid utk solat berjamaah.

Haram - segala perkara yang dilarang secara tegas oleh nabi.

Hendak juga kia fahami perkara ini.

Ada kala perkara itu wajib pada sesetengah org tetapi haram pada orang yang lain. Contohnya sebagai seorang pemimpin dia wajib melaksanakan hukum Allah swt. Tetapi sebagai orang biasa haram kita melaksanakan tanpa kuasa. Contohnya seseorang mencuri wajib bagi seorang pemerintah menghukum potong tangan. Tetapi sekiranya rakyat biasa tiba2 hendak melaksanakan hukum sendiri ia jadi haram. Hukum wajibnya kerana perbuatan nabi itu adalah pada masa baginda menjadi pemerintah.

Ada juga sunnah itu hanya wajib utk diri nabi dan bukan utk manusia lain. Contohnya menerima wahyu dan menjadi nabi hanya utk nabi. Kalau ada org lain kata dia menerima wahyu maka haram hukumnya.

Persoalannya: Apakah hukum beserban dan berjubah? atau makan 3 jari dan sebagainya.

Jawapan: HUkumnya harus. Kenapa? kerana tidak ada hadis menyentuh ia sehingga dapat ditafsirkan ia sebagai satu suruhan sama ada sunat atau wajib. Semua hadis yang dikatakan menyuruh (amr) itu sama ada dhaif atau mauduk.

Keduanya nabi bukan diturunkan semata2 hendak memberikan kita cara berpakaian. Apa yang kita perlu lihat adalah illat atau sebab disebalik pakaian itu. Illatnya hendaklah menutup aurat dan dalam keadaan bersih. Kalau berserban dan berjubah tapi jarang masih tetap haram. Kalu berserban dan berjubah tapi pengotor pun tetap tidak disukai.

Q: Maka apakah tidak dapat pahala org yang berserban dan berjubah kerana hukumnya hanya harus?

J: Kalau dia setakat berserban dan berjubah sahaja, maka ia hanya sekadar pakaian dan samalah dia seperti makan dan minum. Setakat dapat kenyang sahaja. Tetapi kalau dia berpakaian kerana cintakan nabi maka dia mendapat pahala mengikut nabi tetapi bukan dapat pahala berserban dan berjubah.

MAka kalau kita berpakaian biasa sekali pun tetapi berniat mengikut sunnah nabi menutup aurat, insya-Allah kita dapat menutup aurat dan juga dapat pahala sunnah. Walaupun kita tidak berserban dan berjubah. Tambahan, siapa tahu jubah dan serban nabi macam mana?

Di harap penjelasan sudah menjawab persoalan.

wallahualam
TJ

sumber: BMM/BDN




Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my