Terkini  Popular    Mula Topik

Macam - Macam Ada...

2005-03-09 15:50:07
Oleh
HaniS
Edisi Utara: Hidu tahi lembu


KUALA KURAU: Segelintir penagih terutama golongan remaja, termasuk pelajar di daerah ini, dikatakan sanggup menghidu najis lembu yang dicampurkan dengan minyak tanah untuk menghilangkan gian.

Difahamkan, mereka melakukan tindakan itu sekalipun menyedari ia tidak menghilangkan masalah ketagihan 100 peratus, sebaliknya boleh meracun diri sendiri.

Ini berikutan najis lembu atau kerbau dicampurkan
minyak tanah dalam bekas tertutup itu dipercayai mampu menghasilkan sejenis gas yang boleh mengkhayalkan serta menghilangkan ketagihan.

Ketua Unit Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia
(Pemadam) cawangan Parit Tok Hin, Rahim Hashim, berkata kegiatan menghidu najis lembu itu dipercayai bertujuan merangsangkan ilusinasi otak penagih dadah bagi menghilangkan gian.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati kegiatan itu dikesan sejak beberapa bulan kebelakangan ini membabitkan sekumpulan pelajar di beberapa sekolah
menengah di sini.

“Perbuatan seperti itu pernah dibongkar beberapa tahun lalu tetapi ia menular semula sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutama membabitkan penagih remaja.

“Keadaan itu (menghidu najis lembu) dianggap
membimbangkan kerana jika tidak dibendungkan, akan menyebabkan golongan terbabit terus ketagih dan mungkin beralih kepada pelbagai jenis dadah sebenar jika tidak dibendung dari awal lagi,” katanya, semalam.

Rahim berkata, golongan pelajar terbabit kebiasaannya menggunakan tempurung kelapa yang diisikan dengan najis lembu sebelum dicampurkan minyak tanah.

Katanya, mereka kemudian menghidunya bagi tujuan melepaskan gian mereka.

“Kebiasaannya penagih menggunakan najis lembu kering serta najis lembu yang masih segar untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memantau tingkah laku anak masing-masing kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesihatan pelajar terbabit.

“Ini kerana setiap kali tempurung kelapa itu disedut, gas yang terhasil daripada campuran najis lembu dan minyak tanah, didakwa boleh mendatangkan rasa khayal, sama seperti pengambilan dadah biasa termasuk ganja.

“Golongan pelajar terbabit mengambil kesempatan
menghidu najis lembu berikutan ia mudah didapati
kerana kawasan ini mempunyai beberapa ladang ternakan haiwan berkenaan,” katanya.



Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my